"Kini sebahagian persoalan anda akan terjawab, bagaimana membuat duit dengan blog.."

 

Dari Meja SOHO,
SmartUsaha.Com

Assalamu'alaikum / Salam Sejahtera.

Selagi anda belum mendapatkan ebook atau special report "buat duit dengan blog" ini, persoalan anda bagaimana membuat duit dengan blog tidak akan terjawab, lebih-lebih lagi anda seorang 'newbie' atau orang yang baru ingin berkecimpung di dalam bidang ini.

Ebook ini secara ringkasnya membentangkan kepada anda:

1. Penerangan mudah mengenai blog

Saya yakin, masih ramai yang tidak tahu apa itu blog. Di dalam ebook ini, saya menerangkan mengenai asas blog yang perlu anda ketahui termasuk beberapa istilah asas.

2. Mengapa blog dan mengapa tidak laman web statik?

Ada perbezaan yang ketara antara kedua jenis laman web ini (blog juga adalah laman web). Saya ada menerangkan secara mudah apa beza blog dan laman web statik. Anda akan tahu, apakah keistimewaan dan kelebihan blog.

3. Pemilihan Perisian Blog Yang Sesuai

Begitu banyak perisian atau sistem blog di pasaran, namun, yang mana satukah sesuai untuk anda? Di bahagian ini, anda akan mengetahui jenis-jenis perisian blog dan kelebihan serta kekurangan masing-masing. Anda akan tahu, yang mana satu sesuai dan diperlukan oleh anda.

4. Teknologi Di dalam Blog

Terdapat satu teknologi yang begitu "powerful" di dalam sistem / perisian blog. Apakah teknologi itu? Apakah kelebihan dan kepentingannya? Anda akan mengetahuinya dan diterangkan di dalam bahasa yang tidak begitu teknikal, dan keterangan ini teramat sukar untuk diperolehi di dalam bahasa Melayu dan ia diolah di dalam bahasa yang mudah difahami! Ia amat teknikal, tetapi di dalam ebook ini, anda tidak akan percaya, perkara yang anda mungkin anda anggap susah difahami, anda akan memahami sebaik sahaja selesai membaca ebook ini!

5. Tiga Cara Membuat Duit Dengan Blog

Inilah bahagian yang begitu bernilai sekali. Saya membentangkan kepada anda tiga cara utama untuk membuat duit dengan blog berserta dengan tekniknya sekali. Cara pertama dan kedua, sudah ramai yang tahu, tetapi cara ke-3, awas! Ia amat "berkuasa" jika diaplikasikan dengan betul, di mana anda akan mendapat manfaat yang berganda-ganda! Apakah cara ke-3 itu? Baca, dan anda akan tahu..

6. Lima Teknik Efektif Promosi Blog

Ramai yang berputus-asa dan akhirnya menjadi bosan dengan slogan "buat duit dengan blog", kerana mereka gagal membawa ramai pelawat ke blog mereka, dan gagal membina komuniti pelawat tersendiri. Adakah anda begitu juga? Di dalam bahagian ini, anda akan didedahkan dengan lima teknik yang efektif untuk menjana trafik (pelawat) 'tanpa batasan' ke blog anda. Tanpa trafik, tiada $$$$.

7. Teori + Praktikal = Mahir

Ya, anda bukan hanya mendapat ilmu teori mengenai hal-hal yang dinyatakan, malah anda akan melakukannya secara praktikal. Ebook ini akan membimbing anda melakukan dua perkara yang penting di dalam proses 'marketing' blog. Apa dua perkara itu? Yang pasti, dua cara tersebut membantu blog anda di-indeks dengan cepat oleh enjin carian seperti yahoo dan google! Kini, anda akan mendapat satu kemahiran yang selama ini mungkin anda abaikan atau sukar dicari di dalam bahasa Melayu! :)

Saya amat yakin, jika anda seorang yang baru, newbie, zero atau dalam kekeliruan, ebook ini sedikit sebanyak akan membantu anda merungkai beberapa persoalan anda terutama mengenai blog dan membuat duit dengannya.

Ketahuilah, blog amat "powerful", begitu berkuasa dan membantu! Jika kena caranya, tepat tekniknya, konsisten kaedahnya, anda pasti dapat menjana pendapatan di internet melalui blog. Percayalah.. Namun, saya tidak mahu menanam 1001 impian di dalam minda anda. Satu sahaja pesan saya, kejayaan kadang-kadang mengambil masa yang lama. Namun kadang-kadang, ia datang dengan cepat juga.. Yang penting, USAHA + SABAR + DOA + KONSISTEN + FOKUS. InsyaAllah, anda akan berjaya.

 

Sekian, salam sukses.

Mohd Zulfadli bin Suddin
dikenali sebagai SmartZul

http://www.smartusaha.com

http://bloggingsteps.com/tips

 

Hakcipta Terpelihara © 2006-07 SmartUsaha.Com