Soalan dan Pertanyaan Lazim

 

Soalan 1:

Adakah Panduan Kit Blogger yang anda jual ini adalah dalam bentuk cetakan?

Jawapan:

Tidak. Produk kami ini bukan buku bercetak, tetapi ia adalah Ebook di dalam format file PDF. Selepas anda membuat bayaran, kami akan menghantar link download untuk anda mendownload Ebook dan item yang berkaitan ke komputer anda.

 

Soalan 2:

Adakah Ebook yang dijual di laman web ini akan dihantar melalui Pos terus ke rumah saya?

Jawapan:

Tidak. Segala Ebook dan item yang berkaitan perlu anda download terus di ruang download (laman web) yang akan kami berikan selepas anda membuat bayaran. Kami tidak menyediakan penghantaran melalui pos untuk produk di laman web ini. Ia adalah 'downloadable product', iaitu produk yang perlu anda download dari Internet.

 

Soalan 3:

Siapakah anda dan apakah yang membolehkan saya percayakan anda? Maklumlah, di dunia Internet ini banyak sekali penipuannya.

Jawapan:

Anda boleh mengenali diri saya dengan membaca mengenai saya di sini.

Secara sepintas lalu, saya adalah seorang usahawan Internet yang dikenali ramai termasuklah oleh beberapa usahawan Internet yang telah berjaya. Sebut sahaja nama SmartZul atau Zul SmartUsaha, mereka akan kenal nama tersebut. InsyaAllah.

 

Soalan 4:

Berapakah harga produk di laman web ini?

Jawapan:

Harga tetap untuk Pakej Kit Blogger yang kami jual di laman web ini adalah RM50.00. Namun, bergantung kepada keadaan tertentu, harga mungkin akan berkurangan (seperti ada promosi) dan mungkin akan dinaikkan. Tetapi secara asasnya, RM50.00 adalah harga asasnya.

 

Soalan 5:

Adakah Pakej Kit Blogger ini benar-benar dapat membantu saya membina blog dot com saya sendiri walaupun saya tiada pengetahuan komputer yang tinggi?

Jawapan:

Saya tidak dapat menjawab Ya di sini. Cuma, jika anda ada usaha dan kesungguhan, ditambah dengan panduan kami yang langkah demi langkah ini, kami amat yakin anda akan dapat membina blog dot com anda sendiri. 

Sekali lagi, sehebat mana pun produk panduan kami ini, ia tidak akan berguna jika anda tiada kemahuan untuk berjaya, tiada usaha dan tidak mendisiplinkan diri di dalam melakukan apa yang kami tunjukkan (panduan ini).

Apapun, ramai pembeli Pakej Kit Blogger yang mempunyai asas komputer dan Internet yang rendah, dapat membina blog dot com mereka sendiri. Ini kerana, kami telah sedaya upaya menghasilkan sebuah panduan yang mudah difahami dan langkah demi langkah.

 

Soalan 6:

Sebagai pembeli, kami mempunyai hak yang tertentu. Begitu juga yang menjual mempunyai hak yang tertentu. Pendek kata, ada 'perjanjian' antara si pembeli dan penjual. Adakah anda menetapkan sebarang syarat atau 'perjanjian' yang tertentu?

Jawapan:

Ya, sudah tentu ada. Kami sentiasa memikirkan hak yang sama-rata antara kami dan pembeli. Syarat-syarat ini diwujudkan agar tidak berlaku sesuatu perkara yang boleh memberikan kesan yang negatif atau persoalan yang tidak sepatutnya.

Kami mahu mereka yang ingin membeli produk kami membaca terma dan syarat yang telah kami gariskan dahulu sebelum mereka membeli. Kami tidaklah mahu menjadi pihak penjual yang mahukan keuntungan semata-mata. Sebaliknya, kami mahukan sebuah urusniaga jual-beli yang saling redha meredhai antara satu sama lain.

 

Soalan 7:

Bagaimanakah cara untuk saya membuat bayaran?

Jawapan:

Buat masa sekarang, kami menerima bayaran melalui satu cara sahaja iaitu melalui bank. Anda boleh membuat bayaran dengan memasukkan ke akaun bank seperti yang dinyatakan pada bahagian Pembelian Pakej Kit Blogger di sini

Anda boleh menggunakan Online Banking seperti Maybank2u atau CIMBClicks. Jika anda tidak mempunyai akaun bank Maybank atau CIMB, anda boleh membuat GIRO Transfer dari mana-mana akaun bank seperti Public Bank, RHB-Bank atau Bank Islam yang mana semua bank tersebut mempunyai Online Banking. Sila rujuk kami dahulu sebelum membuat GIRO Transfer.

Jika anda mahu membuat bayaran secara Offline, anda boleh pergi ke bank dan memasukkan bayaran (wang) ke akaun kami melalui ATM Deposit Machine atau mengisi borang simpanan wang melalui kaunter di bank yang berkaitan (Maybank atau CIMB).

Sebarang pertanyaan, anda boleh merujuk atau bertanya kepada kami dengan menggunakan borang pertanyaan di sini.

 

Soalan 8:

Apakah yang perlu saya lakukan selepas membuat bayaran?

Jawapan:

Selepas membuat bayaran, anda perlu mengisi Borang Pengesahan Bayaran di sini. Ini adalah langkah yang amat penting yang mesti anda lakukan. Jika tidak, kami tidak dapat menguruskan pesanan dan pembelian anda.

Selepas anda menghantar maklumat yang diminta pada borang itu kepada kami, sila tunggu balasan Emel daripada kami yang mengandungi maklumat link download Pakej Kit Blogger.

 

Soalan 9:

Berapa lamakah masa yang perlu saya tunggu untuk mendapatkan Link Download Pakej Kit Blogger?

Jawapan:

Berikan kami selewat-lewatnya 48 jam untuk menghantar maklumat produk selepas anda membuat bayaran dan menghantar maklumat melalui borang pengesahan bayaran. Namun biasanya, kami akan membalas pesanan dan menguruskan pembelian anda pada hari yang sama anda membeli.

Namun begitu, jika berlaku keadaan di luar daripada keadaan yang kami tidak jangkakan seperti berlakunya masalah akses ke Internet atau masalah yang tertentu, maka penghantaran maklumat download produk mungkin mengambil sedikit masa.

Jika anda tidak menerima emel daripada kami selepas 48 jam, sila hubungi kami melalui borang di sini.

Nota: Pastikan dalam tempoh 48 jam selepas anda membuat pesanan, sila semak juga di dalam folder spam emel yang anda gunakan. Jika anda menggunakan emel Yahoo, sila semak di dalam folder Bulk. Jika anda menggunakan emel Gmail, sila semak di dalam folder Spam. Kadang-kala, emel yang kami hantar tidak terus masuk ke bahagian Inbox.

Jika tiada juga emel daripada kami, sila hubungi kami melalui cara yang telah dinyatakan.

 

Soalan 10:

Bolehkah saya berjumpa dengan anda secara 'face to face' sebelum membeli produk ini atau untuk membantu saya selepas saya membeli produk anda?

Jawapan:

Tidak sama-sekali. Kami hanya melakukan urusniaga melalui Internet sahaja tanpa bersemuka. Anda perlu faham bahawa, model perniagaan kami ialah PERNIAGAAN INTERNET, bukan perniagaan konvensional. Konsep asas Perniagaan Internet ialah usahawan Internet tidak bersemuka dengan pelanggan untuk melakukan sesuatu komunikasi dan urusniaga.

Anda perlu yakin bahawa, kami adalah usahawan yang betul-betul melakukan perniagaan dengan serius. Pastikan anda mengenali kami dahulu sebelum membeli. Klik di sini untuk membaca siapakah penulis Ebook Kit Blogger yang juga merangkap sebagai usahawan Internet sepenuh masa.

Sebarang urusan jual beli, pertanyaan dan sokongan selepas jualan (support), semuanya akan dilakukan secara Online (melalui Internet) TANPA bertemu secara bersemuka.

Jika anda tidak yakin dengan kami dan dengan produk kami, maka kami hormati ketidakyakinan anda tersebut. Kami seboleh yang mungkin telah berusaha untuk meyakinkan bahawa kami bukan seperti penipu-penipu Internet yang langsung tidak mendedahkan wajah mereka, No. Telefon mereka atau menceritakan mengenai diri mereka.

Kami adalah benar-benar Usahawan Internet yang melakukan aktiviti perniagaan di bawah  perniagaan yang berdaftar iaitu Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X).

Dengan ulasan dan jawapan yang ringkas tersebut, maka tiada sebab untuk anda tidak yakin dengan kami atau untuk berurusan dengan kami.

 

Soalan 11:

Adakah Pakej Kit Blogger ini juga menerangkan cara untuk mendapatkan trafik (pelawat) ke blog yang telah siap dibina?

Jawapan:

Ya. Melalui Panduan yang diberikan, anda bukan sahaja akan ditunjukkan bagaimana untuk membina blog dot com anda sendiri, malah teknik dan cara mendapatkan pelawat ke blog juga akan diterangkan dengan bahasa dan langkah yang mudah difahami.

Melalui Pelan Tindakan yang disediakan bersama Panduan Kit Blogger ini, anda akan mudah melakukan satu demi satu langkah mengikut masa dan kelapangan anda, termasuklah cara mendapatkan trafik ke blog anda.

 

Soalan 12:

Saya tidak tahu untuk menulis artikel untuk blog yang bakal dibina. Boleh berikan pandangan?

Jawapan:

Usah khuatir mengenai 'masalah' ini. Hakikatnya, ia bukan satu masalah kerana banyak cara-cara yang boleh anda lakukan. Anggapan susah ini hanya pada permulaan sahaja, tetapi apabila anda sudah mula menulis di blog, anda akan mula mendapat 'rentak'nya.

Mungkin artikel berikut boleh menjawab persoalan di atas:

Perancangan Penulisan Blog

Langkah Menulis Artikel di Blog

Tiada Idea Untuk Menulis?

 

Sila Tanya dan Hubungi Kami!

Jika anda mempunyai sebarang persoalan yang mana tidak tersenarai di atas, silakan bertanya kepada kami melalui borang pertanyaan yang kami sediakan di sini.

 

Dapatkan Pakej Kit Blogger
Pada Hari Ini Juga! Klik di sini.

 

 

| Home | 7 Tips Hebat Blogging | Pembelian |

 

 Copyright 2006-2007 BloggingSteps.com. All Right Reserved.
Milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)