Terma dan Syarat Pembelian & Penggunaan

Berikut adalah terma dan syarat untuk "Pakej Kit Blogger". Dengan membaca terma dan syarat ini, maka anda terikat sepenuhnya terhadap perkara tersebut.

Harga Ebook, Pengkhususan, Hak Eksklusif dan Support

1. Harga tetap untuk Pakej Ebook ini adalah RM50.00, melainkan jika pihak kami, bloggingsteps.com, melakukan sebarang promosi atau potongan harga atau dalam maksud yang lain menurunkan kepada harga yang lebih murah, maka harga akan kurang daripada jumlah tersebut. Pihak kami juga berhak menaikkan harga apabila perlu dan bila-bila masa sahaja tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu secara umum atau secara langsung.

2. Harga RM50.00 adalah untuk "Ebook Panduan Asas Wordpress", "Pelan Tindakan Blog" dan "Ebook Buat Duit Dengan Blog". Lain-lain 'bonus' adalah bahan tambahan sahaja dan tidak tertakluk kepada harga pakej ini. Maka, bonus 'add on' yang dinyatakan di laman "sales letter" bila-bila masa boleh diberhentikan penawarannya.

3. Jika kami dapati anda menggunakan ebook yang diperolehi daripada sumber yang haram (cetak rompak), maka kami akan menggunakan apa sahaja cara termasuk tindakan undang-undang. Pakej ebook ini hanya boleh diperolehi melalui laman web bloggingsteps.com/kit sahaja dan juga di laman web reseller yang sah.

4. Pakej Kit Blogger ini lebih menumpu kepada "Cara Membina dan Memulakan Blog Dengan Betul". Pakej ini tidak sama sekali mengajar secara khusus mengenai program affiliate, google adsense atau cara buat duit dengan cara-cara yang lain.

5. Hanya pembeli yang sah sahaja yang berhak menggunakan segala kelebihan dan bonus eksklusif seperti yang dijanjikan di laman utama web ini.

6. Support hanya melalui emel sahaja. SMS hanya untuk masalah download ebook dan pembelian sahaja dan BUKAN untuk pertanyaan masalah teknikal.

Jaminan Pulangan Wang

Pihak kami tidak memberikan sebarang jaminan pulangan wang untuk produk ini. Jadi sebelum membeli produk di laman web ini, sila buat keputusan yang sewajarnya.

Penerimaan Bayaran, Pesanan dan Link Download Ebook

1. Pembeli mesti mengikut langkah-langkah pembelian yang telah di-aturkan agar proses penyemakan pesanan dan pengesahan bayaran tidak bermasalah.

2. Pembeli perlulah memasukkan maklumat yang betul ke dalam borang pesanan dan pengesahan bayaran di bahagian halaman pembelian. Kegagalan anda melakukan hal ini dengan cermat, akan melambatkan proses pengesahan pembayaran dan penghantaran link download kepada anda.

3. Link download ebook mestilah dirahsiakan dan hanya 'milik' anda. Jika kami dapati anda mengedarkan link download, kami akan bertindak tegas.

4. Sebarang masalah dengan link download, file rosak (corrupt) atau sebagainya, sila laporkan kepada kami dengan segera untuk kami selesaikan masalah tersebut.

5. Kebiasaannya, file ebook adalah tidak bermasalah, cuma talian internet pembeli yang bermasalah menyebabkan file tidak dapat di-download dengan sempurna. Maka ia adalah di luar daripada bidang kami. Jika ia berlaku, kami akan bantu anda melalui beberapa alternatif lain.

- Tamat Terma & Syarat -

Jika anda bersetuju dengan Terma dan Syarat di atas, maka teruskan membeli Pakej Ebook Wordpress ini.

Jika tidak bersetuju, maka anda tidak digalakkan membeli Pakej Ebook Wordpress ini untuk mengelakkan ketidakpuashatian anda kelak.

 

 Copyright 2006-2007 BloggingSteps.com. All Right Reserved.