“Panduan Mudah Untuk Blogger”
21 Jul
Sebelum ini saya pernah menulis mengenai buat duit dengan pelbagai cara melalui blog. Antaranya Google Adsense, Bidvertiser dan juga menjual produk.
Ada lagi cara yang lain untuk buat duit dan salah satunya ialah Nuffnang. Mungkin anda baru mendengarnya atau mungkin anda sudah mengetahuinya.
Nuffnang adalah sebuah program buat duit yang sama sahaja seperti program yang lain iaitu berlandaskan kepada konsep Pay Per Click atau pengiklanan. Dan apa yang perlu anda lakukan hanyalah meletakkan iklan di blog anda. Jika iklan itu diklik oleh ramai pelawat, maka pendapatan juga semakin tinggi.
Sudah ramai yang buat duit dengan Nuffnang ini. Saya dulu ada buat juga tapi sekejap sahaja semasa Nuffnang mula-mula dilancarkan. Akibat program Nuffnang ini banyak masalah di awalnya, maka saya berhenti.
TAPI sekarang sudah jauh bezanya. Program Nuffnang sudah semakin maju dan mendapat sambutan daripada pihak pengiklan seperti McDonald, DiGi dan pelbagai syarikat besar yang lain.
Bagaimana Melakukannya?
Tiada rahsia dan tiada trik. Anda hanya perlu letakkan kod iklan pada template blog anda sahaja. Tidak perlu saya menulis panjang mengenai Nuffnang di sini. Anda boleh download ebook percuma yang disediakan oleh saudara Noorizam Shah.
Klik ke blog NoorizamShah untuk download Panduan Nuffnang.
Daftar program Nuffnang di: http://www.nuffnang.com.my
13 Jul
Sila tonton video di bawah:
Dapatkan Pakej Kit Blogger untuk membina blog dot com anda sendiri.
9 Jul
Apa khabar semua? Diharapkan sihat selalu.
Sekadar pengumuman ringkas, saya akan mula melakukan proses kemaskini Pakej Kit Blogger mulai sekarang.
Beberapa perubahan akan dilakukan dalam versi kali ini dan saya pasti ia adalah pelajaran baru yang akan diterima oleh pembeli sedia ada.
Versi Hak Jualan Dibuka Semula
Saya juga telah membuat keputusan untuk membuka semula peluang Resell Rights untuk produk ini. Walaupun saya menyatakan saya tidak akan membukanya lagi, namun setelah memikirkannya semula, saya rasa saya perlu membuka semula dengan beberapa sebab:
1. Tidak sampai 50% reseller aktif menjual pakej ini. Akibatnya, target jualan yang saya tetapkan untuk produk ini tidak tercapai.
2. Saya mahu melebar-luaskan lagi penjualan pakej kit blogger ini. Akibat hanya segelintir reseller sahaja yang aktif, saya mahukan mereka yang lebih serius untuk memasarkan produk ini kepada khalayak ramai.
Jadi, kepada mereka yang berminat, sila tunggu pengumuman saya kelak.
Tarikh Siap?
Jika di atas kertas, saya merancang untuk menyiapkan versi kemaskini ini sebelum atau pada 28 Julai 2008 ini.
Kepada pembeli sedia ada, saya akan hubungi anda terus melalui emel untuk donwload versi terbaru secara percuma. Kepada yang akan membeli, anda boleh menunggu versi baru atau boleh membeli versi sekarang.
>> Panduan Asas Wordpress (Pakej Kit Blogger)
Sekian.
-SmartZuL
22 Jun
Adakah anda melakukan program Google Adsense? Adakah anda hanya bergantung harap kepada program itu sahaja? Jika Ya, anda dalam kerugian!
Selain Adsense, banyak lagi cara lain untuk buat duit di Internet dengan menggunakan blog. Salah satunya ialah Bidvertiser.com.
Bidvertiser ialah satu program pengiklanan yang lebih kurang sama dengan Google Adsense iaitu meletakkan iklan mereka di blog anda. Bila ada orang klik iklan tersebut, anda akan mendapat bayaran.
Yang menarik mengenai Bidvertiser ialah anda tidak perlu menunggu minima payout sebanyak $100 seperti Adsense, tapi minima bayarannya ialah hanya $10.00.
Bagaimana untuk melakukannya?
Beberapa tahun yang lepas, ramai yang melakukan program Bidvertiser ini, namun akibat beberapa kekurangan yang ada, maka ramai yang berputus-asa.
Namun kini, program ini kembali diminati dan yang menariknya sebahagian besar rahsia untuk menjana duit daripada program ini telah dikaji secara serius oleh orang Malaysia!
Ya, beliau ialah saudara Anwar di mana beliau telah menerbitkan sebuah Ebook yang bertajuk “Raja Bidvertiser“:
Di dalam ebook ini, beliau menggariskan lebih kurang 11 teknik efektif untuk memaksimakan pendapatan daripada program ini.
Lihat sahaja salah satu pendapatan penulis ebook ini:

Tidak bermaksud anda akan dapat sama seperti beliau, tapi mungkin kurang atau lebih daripada itu. Apa yang beliau kongsikan di dalam ebook ialah apa yang beliau praktikkan sendiri.
Pembayaran Pendapatan: TIDAK sama seperti Google Adsense, Bidvertiser akan membayar anda melalui Paypal! Saya yakin, kebanyakan anda sudah mempunyai akaun paypal bukan?
Review Saya
Setelah saya menelaah ebook ini, saya dapati anda mesti ada asas blog dan amat bagus jika sudah ada blog. Sebab itu saya menyarankan ebook ini kepada mereka yang sedang melakukan program Adsense sebab dengan asas kefahaman sedia ada itu boleh diaplikasikan juga kepada program Bidvertiser.
Ebook ini tidak mengajar anda cara buat blog atau asas-asas blog, tapi ia terus menyentuh mengenai teknik-teknik agar anda mendapat pendapatan daripada program ini.
Jadi, sudah semestinya anda perlu mempunyai asas perkara-perkara yang berkaitan.
Satu perkara yang perlu anda tahu iaitu beza Bidvertiser dan Adsense. Jika iklan adsense keluar berdasarkan kandungan blog, tapi tidak untuk Bidvertiser. Para pengiklan akan memilih target mereka dan iklan mereka akan dipaparkan di blog yang sesuai dengan target mereka.
Jadi tidak muncullah kerisauan iklan akan keluar atau tidak. Sebaliknya iklan tetap akan keluar bagi bidvertiser. Menarik bukan?
Namun, di dalam ebook ini, anda akan diberikan beberapa tip agar iklan keluar di blog anda.
Bertindak hari ini juga untuk menambahkan sumber pendapatan anda di Internet.
Klik di sini untuk maklumat lanjut dan seterusnya mendapatkan Ebook Raja Bidvertiser ini.