“Panduan Mudah Untuk Blogger”
16 Apr
Apa khabar para pembaca semua?
Akhirnya, projek yang telah saya usahakan dalam hampir dua bulan (actually tak time sebulan sahaja untuk siapkan all materials), telah siap dan anda boleh mendowload beberapa item PERCUMA seperti ebook dan juga video.
Untuk maklumat lanjut, lawati blog smartusaha.com di sini.
Atau, untuk terus ke laman web download, sila klik salah satu link di bawah:
URL web 1: http://smartusaha.com/7blogger
Jika laman web melalui link di atas tidak dapat dibuka atau slow (perlahan loadingnya), gunakan link alternatif berikut:
URL alternatif: http://malaysiasoho.com/7blogger
Harap maklum.
yang ikhlas,
SmartZuL
5 Apr
Pada tulisan saya yang lepas, saya telah mendedahkan salah satu program yang telah saya lakukan iaitu text-link-ads.com. Walaupun hasil yang sedikit, namun ia adalah satu permulaan yang memuaskan hati saya. Lagipun, ia hanyalah sebagai side income sahaja, bukan primary income saya.
Ramai mereka yang ingin membuat duit dengan blog merasa teruja dengan pendapatan puluhan ribu oleh orang lain. Lantas, orang tersebut menjual formula mereka yang mana katanya ia telah digunakan olehnya sendiri untuk menghasilkan duit menggunakan blog. Ramai yang tidak tahu cerita di sebalik kejayaan mereka itu. Bagaimanakah mereka bermula? Apakah ranjau atau ujian yang dihadapi? Apakah asas dan pengetahuan yang perlu kita ada selain formula tersebut? Dan, berapa banyakkah blog yang mereka ada? Adakah semua teknik yang mereka guna adalah legal? Tiada siapa yang tahu… Maka, jangan cepat teruja dengan janji manis mereka. Lain orang, lain rezekinya. Maka, usahalah dengan bijaksana dan ambillah masa.
3 Apr
Untuk makluman semua, wordpress versi terkini iaitu 2.1.3 untuk siri 2.1, dan versi 2.0.10 untuk siri 2.0 telah dikeluarkan beberapa jam yang lalu.
Anda boleh merujuk maklumat berkaitan di sini: Wordpress 2.1.3 (click here)
Untuk download Wordpress versi 2.1.3, sila ke http://wordpress.org/download
Nota: Jika anda menggunakan Fantastico untuk blog anda, proses update ke versi yang lebih terkini boleh dilakukan menggunakan Fantastico.
2 Apr
Apakah pendapat anda, sekiranya saya mengatakan begitu ramai yang rakus, tamak dan mahu hasil cepat walaupun dalam perkara yang baik? Contohnya, dalam menuntut sesuatu ilmu, mereka inginkan hasil dalam waktu yang cepat. Analoginya umpama memakan sebiji burger special yang mengandungi pelbagai bahan pada burger tersebut. Semasa memakannya, semua bahan-bahan itu dikunyah dan dimakan sekaligus. Kenyang pun cepat. Namun, itu burger, ia tidak sesuai diaplikasikan dalam dunia ilmu.
Saya sehingga kini, masih lagi belajar dan terus belajar mengenai blog, blogging dan perkara-perkara yang berkaitan. Saya bermula di arena blog ini sejak penghujung tahun 2005 yang mana tatkala itu, saya amat zero dan bermula dengan cuba-cuba.