“Panduan Mudah Untuk Blogger”
8 Jan
Dari hari ke hari, begitu ramai yang membina blog tetapi ramai juga yang akhirnya akan meninggalkan blog mereka begitu sahaja. Mengapa ini berlaku?
Salah satu faktornya ialah: TIDAK MENETAPKAN MATLAMAT
Jika anda hanya membina blog dan kemudian menulis apa sahaja yang mahu anda tulis, biasanya anda susah untuk kekal lama di dalam arena blogging. Blog amat berbeza dengan laman web statik kerana blog memerlukan anda menulis atau memasukkan apa-apa kandungan secara konsisten.
Blog pada asalnya dipanggil juga sebagai jurnal atau diari. Anda tahu apa itu diari. Jadi, sebuah diari sudah semestinya ditulis atau diisi dengan sesuatu dari satu masa ke masa sama ada setiap hari, 3 hari seminggu, seminggu sekali atau dua kali sebulan. Terserah kepada anda apa kekerapannya, cuma syaratnya mesti konsisten.
Namun untuk memiliki kekonsistenan itu, anda perlulah mempunyai matlamat untuk blog anda. Anda perlu menetapkan apa matlamat blog yang anda bina itu untuk jangka masa panjang dan bukan hanya main buat (hentam kromo) sahaja.
Contoh Matlamat
Blog saya iaitu SmartUsaha.com mempunyai matlamat tersendiri iaitu digunakan untuk mempromosikan diri saya, perniagaan dan juga produk-produk saya. Jadi, tiada alasan untuk saya meninggalkan blog itu kerana itulah salah satu cara utama bagaimana saya boleh meyakinkan orang ramai.
Berbeza jika saya tiada matlamat untuk blog tersebut, nescaya saya akan berhenti dari dahulu lagi dan akhirnya mungkin nama saya tidak dikenali ramai..
Persoalan di sini bagi anda yang mempunyai blog, apakah matlamat blog anda?
Jika tiada atau tidak dapat menjawab soalan itu, cepat-cepatlah senaraikan objektif dan tetapkan matlamat blog anda sebelum ia mati tidak berkubur. Jangan menangguh, lakukanya sekarang.
Jumpa lagi.
ps. Ingin buat duit dengan blog dan produk informasi digital? Klik di sini untuk maklumat lanjut.
SideRSS Error: Something bad happened! Try again later.