“Panduan Mudah Untuk Blogger”
2 Nov
Tak sangka, saya dah lama tak buat TLA ni. Tapi tiba-tiba dapat emel dari paypal bahawa pihak TLA ada membayar saya sebanyak $25.00. Mungkin sebab beberapa link yang masih aktif. Ini bukti bayarannya:

Update: $25.00 hasil daripada referral publisher. Means, saya berjaya refer seorang publisher mendaftar dan menggunakan khidmat di ReviewMe.com.
Hmm, saya bukanlah “money maker” sangat dengan program-program sebegini. Tapi bagi anda yang belum bermula, kenapa perlu tunggu lagi?
Bagi saya, kalau anda dapat paling kurang $100.00 sebulan pun dah kira Ok di samping mendapat gaji dari kerja semasa anda sekarang. Boleh lah buat bayar bil air dan api.
Susah ke buat duit dengan blog?
Saya tak akan kata ia susah dan tak juga senang. Semua perkara perlu dipelajari. Belajarlah beberapa ilmu seperti:
1. Setup dan guna blog (buat blog sendiri atau guna blogger.com)
2. Pelajari cara dapatkan trafik ke blog
3. Bila dah ada blog, utamakan proses link exchange atau backlink. Ini penting untuk program-program seperti TLA. Backlink yang bagus terutama one way akan menaikkan nilai PR blog.
4. Sertai program-program buat duit seperti TLA, reviewme, Adsense dan macam-macam lagi.
Hasil Buat Duit Dengan Blog
Katakanlah anda buat 3 program sahaja. Dan setiap program anda dapat hasil $100.00. Maka anda dah dapat $300.00. Kalau dalam RM, dah RM900 lebih tu. Dekat RM1000 juga tu. Kalah gaji seorang kerani biasa yang bekerja 8 jam sehari.
Padahal, nak buat kerja-kerja blogging dan money making ni beberapa jam sehari sahaja. Kalau anda rancang elok-elok, insyaAllah ada hasilnya.
Dan bagaimana pula kalau ada banyak blog dan banyak buat program? Lagilah banyak hasilnya.
Di blog ini, saya ada berikan beberapa idea buat duit dengan blog. Salah satunya adalah membuat review. Di luar sana, ramai yang penuh poket dengan hanya buat kerja review produk. Mereka ni diam-diam je buat duit, hehe.
Mudah ceritanya:
1. Buat satu blog. Sebelum setup blog, kena tentukan apa topiknya. Kalau boleh yang niche.
2. Dapatkan trafik yang semaksimum mungkin.
3. Hubungi pihak berkaitan atau iklankan blog anda untuk menerima tempahan ulasan produk yang berkaitan.
4. Buat review dan terima bayaran.
*Masa saya tulis artikel ni, dapat satu request untuk tulis review bagi satu web dengan bayaran $5.00. Sikit je, tapi Ok lah kan? Hehe.. Tak caya? Ni dia:

Tak pandai english? Jangan gusar. Tak perlu advance sangat. Asas english sahaja. Cakap je kebaikan-kebaikan dan produk yang disediakan oleh website/company tersebut.
Nak buat benda ni? Ok, saya bagi satu tip untuk anda belajar secara percuma.
Masuk ke google.com dan taip begini:
how to make money with reviewme
step by step make money reviewme
make money with TLA
*TLA tu maksudnya Text Link Ads
Banyak panduan-panduan percuma di internet. Tapi kalau nak belajar terus daripada mereka yang tahu dan dah berjaya, Ok juga. Pilih cara dan jalan yang anda nak.
Idea Lain Buat Duit Dengan Blog
Anda juga boleh jual ruang iklan di blog. Saya lakukan hal ini di blog Perniagaan Internet saya. Sekali orang beli, kadang-kadang lebih RM100.00. Paling kurang, lebih RM50.00 sekali beli. Ok lah tu kan?
Anda juga boleh sertai Nuffnang.com.my. Saya tak tahu sangat program ni. Takat ni jumlah terkumpul baru RM17.50. Sikit dapat sebab saya tak ambil kisah sangat.
Mesti anda tertanya saya ni kenapa suka-suka dan tak ambil kisah sangat? Jawabnya mudah, saya lebih menumpu kepada bidang jualan dan servis. Buat duit dengan program ni hanya sambilan sahaja bila ada masa terluang.
Apa pun, jangan buat macam saya. Kalau anda dah buat, sila buat sungguh-sungguh. Nak dapat $100.00 seminggu pun tak mustahil.
InsyaAllah, artikel akan datang saya akan tunjukkan satu case study cara buat duit dengan blog menggunakan kaedah yang tak pernah saya tulis kat sini.
Kesimpulan
Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Kalau kita rajin belajar, kuat usaha dan banyak bersabar, insyaAllah ada hasilnya.
Buatlah apa-apa perkara pun, kalau tak ada kesabaran dan malas nak belajar, memang kita tak akan dapat apa yang kita mahukan.
Wassalam.
Artikel berkaitan:
1 Nov
Versi terbaru akan dikeluarkan pada November ini iaitu versi 2.7. Perubahan yang amat mendadak terutama pada bahagian dashboard di samping penambahan fungsi-fungsi tertentu.
Versi ini dijangka release pada 10 Nov 2008, tetapi atas sebab tertentu, ia mungkin akan dikeluarkan di akhir November. Pada sekitar 10 Nov, hanya versi Release Candidate sahaja yang akan dikeluarkan.
Apa pun, anda sudah boleh mencuba versi 2.7 ini dengan mencuba edisi Betanya.
Nasihat saya, jangan upgrade blog sedia ada, tapi pasang blog yang baru dengan versi ini. Edisi Beta adalah versi yang belum siap sepenuhnya dan mungkin ada bugs.
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dan download versi Beta 1 ini di sini.
1 Nov
Ramai blogger pening kepala untuk menulis artikel bagi blog mereka. Hakikatnya, mereka bukan tidak boleh menulis atau tiada masa atau kekeringan idea. Itu semua hanyalah mitos semata-mata.
Terdapat dua jenis artikel (post) iaitu:
1. Topik yang terfikir secara spontan
2. Tajuk yang telah dirancang
Untuk mendapat idea yang spontan, ia tidak selalu berlaku. Maka, sebab itu ramai blogger ‘kekeringan idea’ kerana lebih berharap kepada idea yang spontan dan tiba-tiba.
Jadi, untuk membolehkan anda sentiasa menulis pelbagai artikel tanpa sebarang masalah, anda perlu merancang dari awal.
Contohnya, rancanglah lima hingga sepuluh tajuk artikel yang akan diterbitkan secara berkala. Tidak semestinya berlainan tajuk atau topik kerana anda juga boleh menulis dalam bentuk bersiri.
Dengan merancang lebih awal, maka anda sudah tidak ada masalah untuk memikir-mikir apa yang mahu ditulis. Malah, penulisan anda di blog akan lebih konsisten dan tidak terkeluar daripada topik utama. Sebaliknya, apabila sudah tahu tajuknya, maka anda hanya perlu mencari dan memikirkan isinya sahaja.
Luangkanlah sedikit masa untuk merancang bagi penulisan di blog anda. Saya yakin, masalah kekeringan idea tidak akan berlaku lagi.
SideRSS Error: Something bad happened! Try again later.