Tip Blog, Blogging dan Wordpress

“Panduan Mudah Untuk Blogger”

Archive for January, 2012

Minggu Media Sosial Malaysia (Malaysia Social Media Week) 2012 akan diadakan di PTWC pada 13 hingga 17 Februari 2012.

Saya sebagai seorang blogger perniagaan Internet dan juga pengguna tegar media sosial terutama Facebook dan blog, sudah pasti tidak akan melepaskan peluang menyertai program ini.

Malaysia Social Media Week

Saya sebagai seorang blogger perniagaan Internet dan juga pengguna tegar media sosial terutama Facebook dan blog, sudah pasti tidak akan melepaskan peluang menyertai program ini.

Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Minggu Media Sosial (Malaysia Social Media Week) 2012…

.

Kemahiran utama dalam blogging

Sebagai blogger (pemilik blog), kita perlu menguasai beberapa perkara berikut:

  • Penulisan (content)
  • Teknikal blog (HTML, Themes, WordPress…)
  • Promosi & Marketing
  • Monetizing (menjana pendapatan)
  • Pengurusan

Keempat-empat perkara tersebut perlu dimiliki oleh setiap blogger bagi menjadikan blog sebagai sebuah blog yang berjaya.

Seorang blogger yang berjaya akan tahu cara menulis atau menghasilkan ‘content’ yang bernilai. Kemudian, dirinya tahu serba sedikit (sebaiknya banyak), hal-hal teknikal blog agar apabila ada sebarang masalah, ia boleh diurus sendiri.

Manakala, promosi juga adalah satu kemahiran yang penting. Tanpa kemahiran ini, mana mungkin blog akan dilawati oleh ramai orang.

Kemudian, mahu tidak mahu, seorang blogger perlu fikirkan sesuatu untuk menghasilkan pendapatan melalui blognya. Pendapatan ini sama ada memang itu tujuan utamanya, ataupun sekadar dana untuk terus menyokong operasi blog (kos-kos berkaitan).

Akhir sekali adalah pengurusan. Pengurusan ini adalah dari segi pengurusan penerbitan ‘content’ (editorial calendar), pengurusan masa untuk menulis, pengurusan blog, pengurusan ‘kejayaan blog’, penjenamaan dan sebagainya. Dengan pengurusan yang baik, blog yang biasa-biasa akan menjadi sebuah blog yang hebat!

.

Ingin miliki blog dot com sendiri? Maklumat lanjut di sini.

.

Cara mendapat idea menulis blog

Mendapatkan idea penulisan bukanlah sesuatu yang sukar. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan:

  • Daftar newsletter bagi topik yang sama dengan topik blog.
  • Sertai forum-forum yang mempunyai topik sama dengan blog.
  • Minta subscribers mailing list ataupun pembaca blog bertanya soalan.
  • Baca buku yang berkaitan dengan topik blog.
  • Layari website EzineArticles.com dan klik pada topik yang sama dengan topik blog kita.
  • Sertai group-group di Facebook yang sama topik dengan blog kita.

Setelah mendapat idea, maka tulis sesuatu yang lebih kurang sama (bukan copy & paste), ataupun respons (pendapat) terhadap perkara tersebut (contohnya respons terhadap tulisan blogger lain).

Selamat mencuba.

ps. Ada sesiapa berminat untuk mendapatkan ‘coaching’ WordPress dan Blogging? Pengambilan peserta secara terhad akan dilakukan dalam masa terdekat. Para peserta akan dibimbing secara personal dalam satu tempoh masa untuk menghasilkan projek blog masing-masing untuk tujuan tersendiri sama ada untuk bisnes, buat duit online, membina jenama dan sebagainya. Hubungi saya untuk tempahan awal dan maklumat lanjut.

.