“Panduan Mudah Untuk Blogger”
13 Jun
Pertama sekali, terima kasih kepada saudara Sukeri dari Sukeri.com kerana mencadangkan agar saya mengemaskini Pakej Kit Blogger terutama panduan utama iaitu Panduan Asas Membina Blog Wordpress.

Untuk makluman semua, saya memang dalam perancangan untuk mengemaskini Pakej ini. Tapi bukan dalam masa terdekat ni lah.
Seperti yang anda maklumi, Pakej Kit Blogger versi sekarang mengajar anda memasang blog dengan menggunakan Wordpress versi 2.2.1. Ya, ia adalah versi yang agak lama juga. Sekarang Wordpress sudah versi 2.5.1. (Semasa artikel ini ditulis)
Sekali difikirkan, sudah kurang sesuai menggunakan versi tersebut sekarang.
Namun, jika anda meneliti Pakej Kit Blogger secara keseluruhan, saya telah ‘merekabentuk’ Pakej ini secara tersusun di mana:
1. Pembeli akan belajar memasang blog dengan versi Wordpress yang lama.
2. Mereka akan belajar mengkonfigurasi blog, menulis dan mengurus blog.
3. Mereka diajar bagaimana untuk upgrade blog kepada versi yang terkini.
Di dalam blogging, asas yang paling penting ialah “cara memasang”, “cara konfigurasi” dan “cara mengurus”. Jika mahir asas-asas ini, maka tidak ada masalah lah dengan apa-apa versi. Mahu tidak mahu, anda perlu menyesuaikan diri jika ada perubahan. Namun dalam blogging, asas tetap sama. Yang beza hanya rekabentuk dalaman sistem Wordpress sahaja.
Jadi, tidak kisahlah di dalam Pakej Kit Blogger ini diajar pemasangan dengan versi lama kerana kelak akan keluar pula versi 2.6, 2.7, 2.8 dan seterusnya.
Info: Sistem Wordpress biasanya akan diupdate 4 kali setahun iaitu 3 bulan sekali.
Jadi, jika saya update panduan ini, bermaksud setiap kali keluarnya versi Wordpress terbaru, maka saya perlu kemaskini panduan ini. Oh, ia satu kerja yang memerlukan masa yang banyak.
Jadi sebab itu lah, Pakej Kit Blogger Edisi sekarang sebenarnya telah disusun dengan penuh perancangan agar pembeli boleh ’survive’ dengan versi-versi terbaru sistem Wordpress.
Pesan saya kepada pembeli Pakej Kit Blogger, ikutlah apa yang disarankan dalam File Baca Ini Dahulu dan juga Pelan Tindakan. Lakukan satu persatu dengan penuh teliti.
Jika anda belajar dan membaca panduan ini dengan cepat dan skip-skip, saya yakin anda tidak akan memahami struktur pembelajaran di dalam Pakej Kit Blogger ini. Maka akan timbullah masalah.
Pendek kata, Pakej Kit Blogger telah disusun agar pembeli bukan sahaja belajar, malah mereka boleh ‘berfikir’, merasa dan berdikari. Walhasilnya, mereka berusaha untuk terus mencari dan belajar tanpa rasa jemu. Inilah cara belajar yang terbaik, sebaliknya bukan 100% bergantung kepada panduan semata-mata.
Idea Kemaskini Ebook?
Baiklah. Seperti yang saya katakan, saya akan kemaskini ebook ini kelak. Untuk itu, saya perlukan cadangan, pendapat dan idea daripada anda. Apakah yang anda mahu saya masukkan dalam edisi kemaskini ini?
Apa pun, yang pasti saya akan gunakan Wordpress versi 2.3.3 untuk edisi kemaskini kelak. Kalau anda mahu belajar cara pemasangan versi 2.5.x, tunggu projek saya yang seterusnya.
Harap maklum dan terima kasih.
Yang ikhlas,
- ZuL
ps. bagi anda yang mahukan video cara Upgrade Blog Wordpress, boleh dapatkan versi terbaru video di sini:
21 Responses for "Perlukah Pakej Kit Blogger Dikemaskini?"
hasil belajar dari ebook ni yang ambeli setahun lalu… kini am dah boleh buat service pasang blog wordpress, complete seo dan integrate kan ke web 2.0 site. Maybe am boleh add something like free report dalam update ni..
sekarang am dalam proses buat satu seo plugin yang akan kena bayar.. so am boleh bagi free try.. untuk pembeli ebook ni selama 6 bulan..
Assalamualaikum,
Bagi pendapat saya..setakat ni kalau tak updated pon rasa tak apa kot. sebab tak ada perubahan cara “installation” bagi upgrade versi WP yg terkini.
sekadar pandangan saya lah..
P/S: AM, camne integrate ke web 2.0 site..? sy kurang paham lah..
hmm..pada pendapat saya, boleh la letakkan penambahan info:
- macam mana nak masukkan plugin2 terkini
- macam mana nak alter header
- macam mana nak buat website menggunakan Wordpress..
: - )
ya Zul!!
versi update mmg saya tunggu-tunggu sebab versi sebelum ini pun mmg sudah berkualiti.
apa yang ingin saya anda masukkan, ialah plugin-plugin baru yang lebih ‘user friendly’ kepada pengguna..
selain itu, saya juga mahukan anda masukkan cara-cara update versi blog.
p/s: versi baru ini, saya berharap lebih memudahkan newbie.
Assalamualaikum,
Saya merasakan kalau nak update pun lebih kepada detail terhadap penerangan terhadap kegunaan apakah kegunaan atau fungsi2 yang terbina dalam wordpress. mungkin tahap pertengahan. Juga tips dan teknik yang boleh dikongsi kepada pembeli ebook. pengguna baru masih perlu menggunakan versi permulaan.
kasyidi..
2.0 ialah fully optimize untuk mesra search engine.. coded theme dan jadikan dia macam sebuah website.. tapi dalam blog..
juga jadikan membership site gunakan wp..
Pada am lebih baik update sebab this book completely for newbie…macam kita 1st time beli ebook ni.. so bila tengok manual tak sama macam interface jadi serba tak kena..
dulu am berkali2 rujuk panduan ni sebab sering terlupa waktu nak install blog… so disebabkan book ni untuk newbie kenalah tukar..
Saya menghadapi masalah update. Nak tukar new vision. Macam mana cara ya.
Am, untuk projek Am tu, better buat panduan tersendiri.
Kit Blogger mmg untuk newbie dan saya rasa dah menyentuh asas-asas yg penting. Selebihnya kalau nak sesuaikan dengan projek lain, terpaksalah buat sendiri. Saya tak dapat nak memenuhi kehendak setiap reseller. Fokus saya hanya pembeli sahaja, bukan keperluan reseller.
Spt yg saya maklumkan di atas, soal design lain tu bukan masalah besar, menu dia tetap sama, cuma kedudukan dan sedikit penambahan baru sahaja. Sebab tu kena tahu cara upgrade.
happyus, cara nak upgrade blog sila rujuk video yg dibekalkan bersama Kit Blogger.
Thanks all.
Untuk update saya rasa masukkan plug in terkini tapi itu pun sentiasa berubah…….apakata update bagaimana nak letakkan opt-in form subscriber secara detail. Walaupun nampak remeh tapi itu juga sangat penting kerana sekarang ramai juga bina blog untuk perniagaan terutama untuk newbie yang mungkin keliru dan tak tahu macamana nal letak opt-in form di wordpress.
Bagi saya perlu juga untuk bisnes saudara Zul, yelah versi 2.5 ni agak lain sikit rupa bentuk dia, mungkin untuk customer baru
Tapi saya sendiri upgrade versi 2.5 dengan cara lama brader zul ajar, tiada masalah, saya jamin tiada masalah jika anda ikut 1 persatu dalam video upgrade tersebut
pada sesiapa yg nak berjinak-jinak dengan blog wordpress, saya syorkan kit blogger ini
saya setuju dengan cadangan zul tak perlu upgrade version terkini dlm ebook tu. Yang penting semua pengguna tahu macam mana nak upgrade, back up dan lain2. Sebab wordpress ni dinamik. Mesti ada upgrade dari version lama kepada version baru.
Kalau letak perbandingan antara wordpress version lama dengan version baru macam mana ? kat dalam kit tu, bro zul state tentang kelebihan sesuatu version dan saranan kepada newbie.
Saya telah membeli ebook ini lebih kurang 3 bulan yan lalu .memang best sekali ,sekarang saya boleh memasang wordpress dengan senang sahaja,bagi saya nak tambah apa ye?he he he kalau boleh pendapat saya tambah laman web yang menceritakan tentang wordpress ,selain daripada wordpress.org
Produk ni memang saya anggap relevan untuk masa yang panjang dan permintaan terhadapnya juga bagus. Saya tidaklah mengharapkan produk ini diupdate selari dengan versi terkini wordpress.
Pada pandangan saya update setahun sekali pun sudah memadai agar ianya tidak jauh ketinggalan dengan versi semasa.
hanya pandangan saya:
saya rasa, laman eksklusif yang disediakan kepada para pelanggan adalah lebih efektif. kepada rakan-rakan pelanggan, pasti tahu akan perkara ini kan…
dan jikalau perlu dikemaskinikan, saya rasa, tambahan kepada input-input skill dan rahsia menjana duit dengan pelbagai cara (adsense, review dan lain-lain) adalah lebih produktif. ini adalah kerana, saban ketika, ada sahaja teknik dan skill baru yang boleh didapati dengan menghasilkan blog sebagai medium utama. misalnya, dua report Alang yang telah dibongkarnya (di blognya dan di WC). jelas, ini menunjukkan, dengan adanya blog, terdapat pelbagai cara untuk kita menghasilkan duit… pelbagai sungguh!!!
maaf, lupa pula.
boleh tak jika Zul menambahkan fungsi feedburner di blog ini. bolehlah kami, para pembaca, dapat ketahui perkembangan blog ini secara terus melalui emel… maaf, keluat daripada tajuk seketika…
Sukeri, setahun sekali ya? Satu idea yang bagus.
Kepada yang lain-lain, thanks for the ideas. Cuma, Kit Blogger adalah asas sahaja. Mana-mana topik yang lain tu tak dapat dimasukkan. Fokus Kit Blogger ialah untuk pemasangan dan permulaan. Saya tak akan masukkan macam-macam topik sebab tak mahu pembeli hilang fokus.
kalau nak diikutkan version yg lama tu pun tak habis study lagi, tapi memandangkan wordpress dah upgrade version dia , rasanya perlu untuk kita upgrade kan juga knowledge kita…pun sekadar pandangan
hi,
i would like my website http://www.fyroo.com to be review by your blog. how much does it cost?
also if possible to exchange link?
please contact me at support@fyroo.com
baik buat pemnabahan dari segi teknikal…. sebab apa yang ada dalam ebook kit blogger sekarang boleh didapati secara percuma…. seperti pemasangan blog dan buat konfigurasion tu…. kelainana yang saya nampak dalam ebook ni hanyalah pada cara nak pasang form contect me, banner kat side bar…..
apa kata ajar macam mana nak letak banner kat bawah post… mcam dalam blog zul
saya rasa perlu di update untuk customer baru…
mungkin untuk versi wordpress lama tidak sesuai dipraktikan untuk customer/user yang baru…
better mengikut peredaran zaman…
Kasimo, itu dah advance.
Saya tak nak masukkan banyak benda dalam ‘modul asas’.
——————-
Oklah semua. Saya akan update Pakej Kit Blogger ini dengan versi yang terkini. Nanti saya akan umumkan di blog ni beberapa perkara berbangkit.
Thanks all for your ideas.
Leave a reply