Pertama sekali, terima kasih kepada saudara Sukeri dari Sukeri.com kerana mencadangkan agar saya mengemaskini Pakej Kit Blogger terutama panduan utama iaitu Panduan Asas Membina Blog Wordpress.

panduan blog wordpress

Untuk makluman semua, saya memang dalam perancangan untuk mengemaskini Pakej ini. Tapi bukan dalam masa terdekat ni lah.

Seperti yang anda maklumi, Pakej Kit Blogger versi sekarang mengajar anda memasang blog dengan menggunakan Wordpress versi 2.2.1. Ya, ia adalah versi yang agak lama juga. Sekarang Wordpress sudah versi 2.5.1. (Semasa artikel ini ditulis)

Sekali difikirkan, sudah kurang sesuai menggunakan versi tersebut sekarang.

Namun, jika anda meneliti Pakej Kit Blogger secara keseluruhan, saya telah ‘merekabentuk’ Pakej ini secara tersusun di mana:

1. Pembeli akan belajar memasang blog dengan versi Wordpress yang lama.

2. Mereka akan belajar mengkonfigurasi blog, menulis dan mengurus blog.

3. Mereka diajar bagaimana untuk upgrade blog kepada versi yang terkini.

Di dalam blogging, asas yang paling penting ialah “cara memasang”, “cara konfigurasi” dan “cara mengurus”. Jika mahir asas-asas ini, maka tidak ada masalah lah dengan apa-apa versi. Mahu tidak mahu, anda perlu menyesuaikan diri jika ada perubahan. Namun dalam blogging, asas tetap sama. Yang beza hanya rekabentuk dalaman sistem Wordpress sahaja. :)

Jadi, tidak kisahlah di dalam Pakej Kit Blogger ini diajar pemasangan dengan versi lama kerana kelak akan keluar pula versi 2.6, 2.7, 2.8 dan seterusnya.

Info: Sistem Wordpress biasanya akan diupdate 4 kali setahun iaitu 3 bulan sekali.

Jadi, jika saya update panduan ini, bermaksud setiap kali keluarnya versi Wordpress terbaru, maka saya perlu kemaskini panduan ini. Oh, ia satu kerja yang memerlukan masa yang banyak. :)

Jadi sebab itu lah, Pakej Kit Blogger Edisi sekarang sebenarnya telah disusun dengan penuh perancangan agar pembeli boleh ’survive’ dengan versi-versi terbaru sistem Wordpress.

Pesan saya kepada pembeli Pakej Kit Blogger, ikutlah apa yang disarankan dalam File Baca Ini Dahulu dan juga Pelan Tindakan. Lakukan satu persatu dengan penuh teliti.

Jika anda belajar dan membaca panduan ini dengan cepat dan skip-skip, saya yakin anda tidak akan memahami struktur pembelajaran di dalam Pakej Kit Blogger ini. Maka akan timbullah masalah.

Pendek kata, Pakej Kit Blogger telah disusun agar pembeli bukan sahaja belajar, malah mereka boleh ‘berfikir’, merasa dan berdikari. Walhasilnya, mereka berusaha untuk terus mencari dan belajar tanpa rasa jemu. Inilah cara belajar yang terbaik, sebaliknya bukan 100% bergantung kepada panduan semata-mata. :)

Idea Kemaskini Ebook?

Baiklah. Seperti yang saya katakan, saya akan kemaskini ebook ini kelak. Untuk itu, saya perlukan cadangan, pendapat dan idea daripada anda. Apakah yang anda mahu saya masukkan dalam edisi kemaskini ini?

Apa pun, yang pasti saya akan gunakan Wordpress versi 2.3.3 untuk edisi kemaskini kelak. Kalau anda mahu belajar cara pemasangan versi 2.5.x, tunggu projek saya yang seterusnya. :)

Harap maklum dan terima kasih.

Yang ikhlas,

- ZuL

ps. bagi anda yang mahukan video cara Upgrade Blog Wordpress, boleh dapatkan versi terbaru video di sini:

http://bloggingsteps.com/up

Last 5 posts by smartzul