“Panduan Mudah Untuk Blogger”
12 Apr
KUALA LUMPUR 25 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengakui kesilapan besarnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 ialah mengabaikan kempen secara siber dalam Internet yang telah digunakan sepenuhnya oleh parti- parti pembangkang.
‘‘Kita telah melakukan kesilapan serius kerana menganggapnya tidak penting dan kita ingat yang penting ialah akhbar dan televisyen.
‘‘Tetapi generasi muda membaca blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
‘‘Kita pastinya telah tewas dalam perang Internet, perang siber. Saya telah melihat keputusan pilihan raya dan wujud keperluan untuk berubah,’’ kata Abdullah semasa menyampaikan ucaptama pada Persidangan Pelaburan Malaysia 2008 di sini hari ini.
Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Abdullah mencatat prestasi terburuk dalam sejarah pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, dengan lima negeri jatuh ke tangan pembangkang dan hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.
Parti pembangkang, yang tidak mendapat layanan di media arus perdana, menggunakan kempen secara dalam talian menerusi blog, laman web berita dan SMS menerusi telefon bimbit.
Dalam konteks ini, Abdullah berkata, kerajaan BN bersedia untuk melakukan perubahan dan memberi maklum balas secara berkesan serta memperkasa golongan muda di negara ini.
‘‘Ia adalah sesuatu yang memedihkan, namun ia berlaku tepat pada masanya, bukan sesuatu yang sudah terlambat,’’ kata beliau.
Perdana Menteri berkata, kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang tidak jumud atau terkurung dalam dogmatisme.
‘‘BN adalah kerajaan yang praktikal, yang lebih daripada bersedia untuk mendengar suara rakyat. Paling utama, ia adalah kerajaan yang bersedia untuk berubah dan menangani kebimbangan serta aduan rakyat,’’ ujar beliau.
Beliau berkata, kerajaan BN bersedia berubah dan memiliki keupayaan untuk berubah serta yakin untuk berjaya, seterusnya mencapai wawasan sebuah negara yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Sumber: Utusan.com.my
6 Responses for "Akui silap abai kempen secara siber"
Hehee….Tahu tak perr!
Nasib baik 5+1 jer…
Majulah blogger untuk negara.
Kalau Pak Lah jadi blogger kan best.
Pak lah kena sabotah. Mereka yang menggunakan blog boleh menulis apa sahaja sama untuk kebaikan dan juga keburukkan.
Kerana blog dapat menguasai segalanya pada ketika ini.
bersama kita bersatu utk,negara.
saya amat berminat dalam bidang ini dan ingin tahu dengan lebih lajut mengenai blog
Saya ada beberapa syor untuk saudara zul.
1. Ebook yang sedia ada perlu diupgrade sebagai mana zul mengeluarkan video panduan upgrade. perkara yang perlu diupgrade:
a- teknik memasang kod adsense disedebar, kerana banyak blog yang saya lawat sidebar akan bermaslah bila diletakna kod di sidebar( untuk newbie)
2. Ajar cara bagaimana untuk buat susunan yang menarik di dalam blog terutama sidebar-langkah demi langkah….boleh buat duit lagi kan..
3. wordpress sentiasa diupgrade..dan ada setengah fungsi butangnya yang berbeza…boleh buat satu panduan khas penggunaan butang atau apa sahaja ikon dalam wordpress…ini pun boleh buat duit ni….kalau dah keluar kasi diskaun ye…
4. Benda yang remeh bagi anda tidak semestinya remeh bagi semua orang, anda boleh tunjukkan teknik yang anda gunakan untuk diselitkan dalam upgrade bloggingstep anda.
terima kasih, kalau tak bernas maaflah..aku pun baru nak melangkah ni
Leave a reply