“Panduan Mudah Untuk Blogger”
7 Nov
Disebabkan Irfan Khairi ada menganjurkan satu bengkel mini bertajuk “Pelanggan Tanpa Had” iaitu menambah prospek perniagaan melalui blog, maka saya mengambil kesempatan untuk membuat sedikit pandangan terhadap teknik yang mungkin beliau gunakan untuk mendapatkan trafik ke blog beliau.
Daripada pemerhatian saya, antara beberapa teknik yang telah Irfan Khairi gunakan adalah:
1. Media massa seperti:
Kita sedia maklum, Irfan Khairi sentiasa tampil di pelbagai saluran media massa di Malaysia ini. Dengan pendedahan yang berulang-kali, maka sudah pasti bilangan orang yang mahu mengakses blog beliau semakin bertambah.
Kehebatan promosi melalui media massa tidak dapat kita sangkalkan. Ini kerana saluran sebegini mempunyai berjuta-juta orang prospek!
2. Promosi Mulut Ke Mulut (“Cakap-Cakap Depan”)
‘Cakap-cakap depan’ adalah cakap-cakap yang positif mengenai Irfan Khairi. Pujian, sokongan, hormat dan lain-lain sering diperkatakan di mana-mana sahaja.
Akibat daripada promosi mulut ke mulut ini, sudah pasti dinyatakan juga laman web atau blog Irfan Khairi. Contoh, “Kau masuklah blog dia, IrfanKhairi.com”.
Atau paling kurang, yang berminat ingin tahu akan mencari di Google.com.
3. “Cakap-Cakap Belakang”
Lain dengan “cakap depan”, “cakap belakang” pula ada cakap-cakap negatif, fitnah, umpatan dan kata-kata dengki. Walaupun ia negatif, tapi promosi tetap promosi.
Terima kasih kepada mereka yang suka cakap-cakap belakang. Lain kali, jangan pandang cakap belakang. Rugi woo, promosi free free je kat orang yang kita umpat tu.
4. Buku
Buku “Rahsia-Rahsia Jutawan Internet Terbongkar” adalah satu buku yang betul-betul mendapat sambutan hangat oleh rakyat Malaysia.
Pada tahun 2005, buku ini mendapat ‘meletup’ dengan hebatnya dan sudah pasti seiringan dengan itu nama Irfan Khairi juga naik sama. Malah sehingga sekarang pun buku beliau tetap mendapat sambutan.
Jadi apabila ada nama, sudah pasti orang akan mencari. Melalui internet, sudah pasti salah satunya adalah blog beliau.
5. Newsletter
Trafik yang masuk ke blog beliau tidak dibiarkan begitu sahaja. Jadi teknik newsletter digunakan di mana emel pengunjung diminta agar mereka dapat dihubungi pada bila-bila masa melalui emel.
Di dalam emel, link ke blog sudah pasti akan diletak. Namun hanya dengan emel itu sahaja sudah memadai untuk terus menyematkan nama beliau di kotak fikiran prospek.
Kesimpulan
Tidak salah kalau saya katakan, trafik ke blog Irfan Khairi bukan 100% daripada usaha promosi melalui Internet. Tapi, beliau bijak mengaplikasikan segala medium offline mahupun online untuk menarik pengguna internet melayari blog beliau.
Di blog, beliau akan menunjukkan kepakarannya dalam bidang motivasi dan perniagaan. Lantas, apa sahaja produk yang dikeluarkan, sudah pasti hasilnya sudah ada di dalam tangan kerana beliau telah mempunyai prospek dan audiens tersendiri yang meyakini beliau.
Apa yang dapat saya simpulkan adalah, pengguna internet di Malaysia ini sudah mencecah jutaan termasuk pengguna dial up. Cuma sahaja kita perlu mempromosikan blog dengan pelbagai cara yang ada sama ada offline mahupun online.
“Creating Buzz”
Apa yang saya maksudkan dengan istilah ini adalah, salah satu faktor terbesar blog Irfan Khairi mempunyai ramai pengunjung adalah kerana wujudnya “Buzz”.
Contoh termudah “Buzz” adalah cakap-cakap orang. Pada mula-mula beliau muncul pada tahun 2005, boleh dikatakan kalau orang bercakap mengenai perniagaan Internet, nama Irfan Khairi pasti disebut.
Inilah kehebatan “Buzz”. Ia memberikan kuasa getaran yang hebat untuk menghasilkan sesuatu yang menguntungkan. Tetapi, untuk mencipta buzz bukanlah semudah disangka.
Irfan Khairi pandai mengambil peluang yang ada. Beliau menampilkan dirinya dengan bukunya dan membongkar mengenai perniagaan internet yang selama ini tidak begitu diminati oleh rakyat Malaysia.
Walaupun beliau bukan orang pertama jutawan Internet di Malaysia, namun peluang sudah digarapnya dengan baik dan buzz sudah tercipta. Maka jutawan Internet lain tenggelam tanpa dipedulikan oleh orang lain.
Nah, inilah kehebatan buzz. Sukar saya mahu perjelaskan. Harap-harap anda fahamlah apa yang saya cuba maksudkan. Mudah ceritanya, “satu perkara semua orang bercerita”. Nama Irfan Khairi di mana sahaja.
Mencipta Buzz ini bukan satu teknik baru. Malah kebanyakan blogger yang terkenal menggunakan teknik ini. Mereka bukanlah promosi sangat pun blog mereka. Tapi dengan buzz yang kena tunenya (tepat pada masa, keadaan, cara), hasil yang diperolehi adalah trafik/pelawat blog yang melimpah ruah.
Bagi kes Irfan Khairi, buzz berlaku terhadap beliau bukan sahaja di Offline, malah di Online juga. Maka tak disangkalkanlah beliau mempunyai trafik yang melimpah luah tak habis-habis berkunjung ke laman web atau blog beliau.
Anda tanyalah mana-mana pakar perniagaan, teknik Buzz ini adalah salah satu strategi perniagaan. Bagi saya amat mudah, kalau tak ramai yang tahu perniagaan anda, maka salah satu sebabnya tiada “kuasa buzz” yang anda usahakan.
Wujudkan Sistem Aliran Trafik
Bagi saya, untuk memastikan pelawat akan datang semula ke blog kita, satu aliran ‘sistem’ perlu diwujudkan. Contohnya:
Akhir kata, apa yang saya tulis ini adalah cakap-cakap depan. Satu promosi percuma untuk blog beliau. Oh!
1
Anda pula bagaimana? Tiada blog sendiri? Usah gulana. Pakej Kit Blogger kan ada.
ps. Nak baca artikel mengenai Perniagaan Internet? Klik di sini. Saya jamin anda berpuas hati dengan artikel-artikel yang ditulis.
35 Responses for "Analisa: Bagaimana Irfan Khairi Mendapat Trafik Ke Blog Beliau?"
tahniah atas kejayaan zul selama ini. juga terima atas sokongan zul kpd abg sejak dulu lagi
mungkin lain kali zul boleh ulaskan mengenai teknik “jenama” abg irfan yang amat jarang usahawan Internet atau IM malaysia gunakan
Thanks IK. Orang yg baik dan usaha yg baik, kita perlu sokong.
Pasal jenama tu, hmm, insyaAllah nanti saya cuba kaji dulu. Hehe..
BTW, semoga terus berjaya. Amin.
satu kajian kes yang menarik ni zul, IK siap datang jenguk blog ni lagi.jenama smartzul pun apa kurangnya kan.
assalamualaikum,
Saya amat berminat utk menceburkan diri dalam bidang ni.
Tapi saya kurang paham, macamana dengan menghasilkan blog dalam internet, dapat menjana pendapatan?
Bagaimana bila org layari web kita, kita akan dapat pulangan pendapatan?
Dihrap dapat memberi sedikit penjelasan kepada sy.
terima kasih
salam
salam..
saya pun minat gak ngan blog nii tapi tak pandai ngan trafik..susah jugak nak buat duit..blog nii creat dah 2 bulan tapi baru 0.55 sen jee huuaaa…tu yang tensionn
sorry yaa link tadi silap yaa
[...] review, viral marketing, artikel dan banyak lagi. Anda boleh baca satu artikel padat saya mengenai cara Irfan Khairi menarik trafik ke blog [...]
Terima kasih Zul ….. apa pun yang you tulis memang memberi tunjuk ajar. Shabas. Bermula dengan anda sebagai langkah pertama … saya terus mendalami ilmu pemasaran internet ini.
ajar saya nak buat form subscribe tu..
thanks for sharing knowledge. I hope more people in Malaysia will learn about internet marketing or related to internet technology today.. Many benefits we will get from it and i also hope that Malaysia will come with more professional internet marketer and blogger soon..
http://kalstudio.blogspot.com/
thanks 4 sharing info… really appreciate it..
http://kalstudio.blogspot.com/
the more u learn the more u earn..
jgn lah terlalu memandang kehadapan atau apa yg perkara lalu tetapi pandanglah hari ni kerana saat inilah titik penentu perubahan dalam hdup kita
Thanks zul..byk ilmu akak dapat dari blog2 awak. harap2 satu hari akan jadi blogger berjaya jgk lah. Akak nak try gak ni buat blog, nnt zul komen ek bila dah siap!! Dalam kepala sekarang ni cuma nak tarik customer ke web je, camana ni???
[...] dan banyak lagi cara promosi lain seperti yang saya tulis di sini.. [...]
[...] dan banyak lagi cara promosi lain seperti yang saya tulis di sini… [...]
Nak tanya sikit, leh tak? Camna nak dapat backlink? Kat mana boleh dapat backlink yang banyak trafik?
Aduhai…
analisa yang bagus. namun semua ini mesti berbekalkan usaha yang konsisten & kesabaran. barulah membuahkan hasil.
thanx atas tips yang sangat berguna nie…
saya berminat nak tahu bagaimana nak pastikan blog berada di top10 dalam seacrh engine results?tak berapa faham dengan SEO.ada terbaca tentangnya..
salam saudara zul, bole tak bg tips utk promosikan blog.
[...] dan banyak lagi cara promosi lain seperti yang saya tulis di sini.. [...]
Fuh !…Leh thn juga IK ni..Anyway, thanx Mr. Zul kerana sudi berkongsi maklumat yg jarang2 org dapat fikirkan.
Bru belajar buat blog,tp tk siap lg. .rase kurang semangat,sbb tkde yg support. .thanks kat awak bg tunjuk ajar. .
saya setuju, untuk makluman semua blog saya dah berbulan tapi tidak ada sambutan sebab utama saya rasa:
1. tiada promosi
2. tiada backlink
3. tak kerjasama dengan IM lain atau sama-sama blogger.
4. tidak aktif dalam forum
5. tak bagi komen kat blog orang lain secara serius
6. niche yang saya buat adalah dah tepu dan kurang keyakinan pelawat
7. kata kunci 3 enjin carian dapat yang kurang famous dan kurang permintaan
8. IM lain atau blogger lain dah lama dan mereka sentiasa mendapat keyakinan.
niche blog saya dah banyak sangat dah tentu tiada keistimewaannya. bagaimana dengan pendapat cik zul…..
tahniah…!!irfan khairi mmg jutawan internet punya
Salam, saya dah bloq, nak promosi seoptimanya tak reti, dengan Adwards kena bayar ikut klik, join yahoogroups…..habis..ribuan email spam dan lucah serang in-box email aku….
caya la irfan khairi!!
Assalamualaikum…saya pun baru jugak nak berjinak2 dengan perniagaan internet, cuba mengumpul ilmu sebanyak yang mungkin..percubaan pertama dengan menggunakan kaedah resell rights e book mentor jutawan dan x lain x bukan daripada jutawan internet Irfan Khairi.
Terima kasih zul atas perkongsian bermakna ini
tengah menimba ilmu blogger ni….terima kasih atas info berguna.belum arif pasal trafik la…
Trima kasih share info berguna..saya msh baru dlm dunia blogging..banyak yang harus dipelajari..
Saya bermula wat blog 2008. La nie dbaru wat iklan nuffnang.
Nak aktf berblogging . tak tengok dapat sponsor ke tak.
Terima ksh ats perkongsian info yg berguna ini ..mnta maaf lau brtnya sbb sy ialah seorg newbie ..
Soalan sy adalah mcmmane kita nak wat ping backlink antara blog erk ?
Soalan sy yg kedua pula adalah macamane kita nak wat kajian mengenai niche ataupun keyword artikel di blog ..
saya masih kurang jelas berkenaan perkara ni semua…
Harap otai2 dapat membantu ..Terima kasih ..
bersama sama kita contohi blogger berjaya spt IK… bukan skdar spam utk naikkan ranking… selamat maju jaya…
tq bos kerana membantu..
Leave a reply