“Panduan Mudah Untuk Blogger”
Salah satu perkara yang amat penting dalam pembinaan laman web atau blog adalah kelajuan semasa mengaksesnya. Jika kita sahaja yang mengakses, soal kelajuan adalah satu pilihan, bukan satu kemestian yang penting. Namun, jika blog kita diakses oleh ribuan pelawat sehari katakan, maka soal kelajuan adalah satu aspek yang AMAT KRITIKAL. Kepada semua blogger, pastikan blog anda dapat diakses dengan cepat oleh para pelawat blog anda. Jika tidak, mereka akan meninggalkan blog anda begitu sahaja selamanya jika mereka adalah pelawat kali pertama.
Di tulisan ini, saya akan kongsikan satu tip sahaja dahulu. Kebanyakan blogger terutama yang menggunakan Wordpress, mereka sangat suka menggunakan pelbagai jenis Plugins.
Plugin adalah umpama aksesori tambahan untuk menambahkan sesuatu fungsi yang tiada pada versi asas sistem Wordpress.
Tip kali ini adalah, JANGAN menggunakan terlalu banyak plugin yang tidak diperlukan. Tiada manfaatnya jika plugins tersebut hanya sedap mata memandang tetapi berat bahu memikul. Maksudnya, disebabkan penggunaan plugins yang terlampau banyak dan yang tidak diperlukan, maka akses ke blog akan menjadi perlahan. Ini biasanya melibatkan plugins yang menggunakan pangkalan data (database). Keadaan akan menjadi lebih kronik jika server yang anda gunakan untuk blog adalah server yang slow serta ada limit dalam akses ke database. Silap haribulan, akaun hosting anda akan di-suspend kerana penggunaan database yang overload (berlebihan).
Kesimpulan di sini, gunakanlah plugin yang diperlukan sahaja iaitu plugin yang dapat memberikan hasil dan faedah kepada anda sebagai blogger. Sebagai contoh, jika anda melakukan program Google Adsense, maka sudah pasti plugin Adsense perlu digunakan untuk memudahkan anda mengurus dan menjalankan program tersebut dengan mudah dan berkesan. Jika plugin tersebut hanya menyedapkanmata semata-mata, maka jika boleh elakkan. Pastikan blog anda kemas, ‘clean’, simple dan cepat diakses sekurang-kurangnya kurang daripada satu minit.
Banyak lagi aspek-aspek lain yang akan menentukan sesebuah blog itu dapat diakses dengan cepat (laju). Cuma tip kali ini adalah salah satu perkara yang amat penting diketahui oleh blogger yang menggunakan sistem blog seperti Wordpress yang boleh menggunakan 1001 jenis plugins.
Kesimpulannya, berpada-padalah dan besederhanalah dalam penggunaan plugin. Gunakan yang diperlukan sahaja dan yang memberikan faedah.
Sekian.
PS. Dapatkan 7 siri tips ‘hebat’ blogging. Klik di sini untuk mendaftar.
One Response for "Bagaimana Melajukan Akses ke Blog?"
Terima kasih bro kerana kongsi maklumat
Leave a reply