“Panduan Mudah Untuk Blogger”
Jika anda adalah seorang usahawan Internet, atau bakal melakukan perniagaan Internet, maka adalah satu kerugian besar jika anda tidak mempunyai blog dot com anda sendiri.
Pengalaman saya setelah menggunakan blog untuk promosi perniagaan dan diri saya sendiri selama dua tahun lebih, cukup membuktikan bahawa, blog adalah satu ‘alat’ yang wajib digunakan oleh usahawan Internet.
Ini kerana, saya telah mendapat impak dan manfaat yang begitu banyak sekali. Tidak dapat saya senaraikan kesemua manfaat yang telah saya dapat itu kerana ia begitu banyak sekali.
Jika anda perhatikan usahawan-usahawan Internet yang berjaya, mereka mempunyai blog masing-masing. Di situlah mereka berkongsi ilmu, pengalaman, menghebahkan mengenai produk-produk mereka dan sebagainya. Ini membuktikan, blog adalah satu ‘alat’ yang betul-betul berkesan untuk diri mereka atau perniagaan mereka.
Dengan penulisan di blog, orang ramai yang membacanya akan bertambah yakin dengan kita kerana fungsi blog adalah untuk melakukan komunikasi dua hala dengan pembaca. Penulisan itu seolah-olah antara dua pihak iaitu pembaca dan juga penulis (usahawan tadi).
Salah satu perkara yang biasanya ditulis di blog ialah apa yang telah dan sedang dilakukan. Contohnya, anda menulis tentang anda yang baru sahaja pulang dari bercuti di luar negara. Di sini, anda telah menunjukkan yang anda adalah jujur dan anda memang benar-benar ‘wujud’ (bukan seorang penipu). Hasilnya, jikalau anda menjual sesuatu, orang yang mengenali anda tidak akan takut untuk membeli dengan anda.
Banyak lagi faedah-faedah mempunyai blog untuk diri anda dan juga bagi perniagaan Internet. Ia adalah wajib, dan rugi besar jika tidak menggunakannya.
Yang ikhlas,
Mohd Zulfadli
http://blog.smartusaha.com
“Blog Perniagaan Internet”
P.S: Jikalau anda ingin membina blog dot com sendiri sama ada untuk perniagaan Internet atau apa-apa jenis perniagaan, Pakej Kit Blogger dapat membantu anda. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Leave a reply