Sebagai blogger (pemilik blog), kita perlu menguasai beberapa perkara berikut:

  • Penulisan (content)
  • Teknikal blog (HTML, Themes, WordPress…)
  • Promosi & Marketing
  • Monetizing (menjana pendapatan)
  • Pengurusan

Keempat-empat perkara tersebut perlu dimiliki oleh setiap blogger bagi menjadikan blog sebagai sebuah blog yang berjaya.

Seorang blogger yang berjaya akan tahu cara menulis atau menghasilkan ‘content’ yang bernilai. Kemudian, dirinya tahu serba sedikit (sebaiknya banyak), hal-hal teknikal blog agar apabila ada sebarang masalah, ia boleh diurus sendiri.

Manakala, promosi juga adalah satu kemahiran yang penting. Tanpa kemahiran ini, mana mungkin blog akan dilawati oleh ramai orang.

Kemudian, mahu tidak mahu, seorang blogger perlu fikirkan sesuatu untuk menghasilkan pendapatan melalui blognya. Pendapatan ini sama ada memang itu tujuan utamanya, ataupun sekadar dana untuk terus menyokong operasi blog (kos-kos berkaitan).

Akhir sekali adalah pengurusan. Pengurusan ini adalah dari segi pengurusan penerbitan ‘content’ (editorial calendar), pengurusan masa untuk menulis, pengurusan blog, pengurusan ‘kejayaan blog’, penjenamaan dan sebagainya. Dengan pengurusan yang baik, blog yang biasa-biasa akan menjadi sebuah blog yang hebat!

.

Ingin miliki blog dot com sendiri? Maklumat lanjut di sini.

.

Last 5 posts by smartzul