Manfaatkan Kuasa Blog Untuk Perniagaan

Jika diperhatikan, masih banyak pihak perniagaan besar terutama yang ada nama dan maju tidak menggunakan blog sebagai satu platform pemasaran yang berkos rendah. Mungkin tahap kesedaran mereka terhadap kuasa blog masih di tahap rendah di samping menganggap blog hanyalah tempat mengutuk dan berpolitik semata-mata.

Jika biasanya kita menjemput para wartawan untuk membuat sidang media, tapi ada satu pihak yang tidak boleh kita pandang sebelah mata iaitu para blogger (pemilik/penulis blog).

Malah dapat dikatakan, kuasa penulis blog adalah lebih hebat daripada media massa yang besar atau prima kerana blogger lebih dekat dengan para pembaca (dari hati ke hati dan lebih telus, serta jauh daripada spekulasi). Malah setiap blogger mempunyai para audiens, target dan pengikut tersendiri.

Jika anda adalah seorang usahawan dan pemilik sebuah perniagaan yang mempunyai produk untuk dipasarkan, manfaatkanlah para blogger. Saya tidak pasti berapa ramai blogger yang ada di Malaysia (terutama blogger yang serius dan sebagai satu kerjaya), tetapi yang pasti jumlahnya semakin meningkat malah sudah ada persatuan atau kelab tersendiri. Itu belum dikira blogger yang bergerak secara bersendirian dan dalam kumpulan-kumpulan yang kecil.

Jadi bagaimanakah caranya untuk memanfaatkan kehebatan mereka? Jawapannya mudah iaitu adakan satu ‘sidang blogger’ seperti mana diadakan sidang media untuk menerangkan mengenai produk perniagaan anda. Atau jemput sekali para blogger di sidang media yang diadakan.

Andaikata 20 orang blogger datang ke sidang atau majlis penerangan tersebut, bayangkan kebarangkalian berikut:

1. Katakan secara purata setiap orang blogger mempunyai 500 orang pembaca tetap atau pengikut.

2. 500 orang akan membaca ulasan blogger tersebut mengenai produk atau perniagaan anda.

3. Di kalangan 500 orang itu juga mempunyai blog dan mereka menulis kembali ulasan kmengenai produk anda atau sekadar membuat link back kepada ulasan blogger sebelum ini. Paling kurang mereka membuka perbincangan di forum-forum terbuka di Internet.

4. Ulasan pembaca tadi akan dibaca oleh pembaca blog mereka atau pengguna Internet yang lain.

5. Dan begitulah seterusnya akan dilakukan oleh para blogger yang lain.

Inilah dikatakan sebagai pemasaran viral (viral marketing) atau dalam bahasa mudah, mulut ke mulut. Dan ia berkos rendah!

Pihak usahawan amat patut menggunakan atau memanfaatkan ruang yang ada ini. Para blogger biasanya tidak akan mengenakan caj untuk membuat ulasan mengenai produk anda kerana biasanya mereka sentiasa mencari isi kandungan terkini untuk dimasukkan ke dalam blog mereka.

Saya hanya menulis secara ringkas. Selebihnya anda bolehlah research sendiri.

Jangan pandang remeh pada blogger. Mereka juga ada “kuasa”.

Rujukan tambahan: Artikel di Utusan Malaysia: Kuasa Blog Automotif

———————

Penulis Artikel Ini: Mohd Zulfadli (smartzul). Lawati blog utama beliau – Perniagaan dan Keusahawanan Internet

Last 5 posts by smartzul

m4s0n501

7 thoughts on “Manfaatkan Kuasa Blog Untuk Perniagaan

  1. Saya setuju bahawa setiap pengusaha bg sesebuah perniagaan seharusnya manfaatkan kuasa yang ada pada blog. Dan ketika ini, aktiviti blogging adalah aktiviti yang penting dan semakin mendapat tempat di dalam dunia pengiklanan.

  2. Sememangnya kemampuan blog untuk menyebarkan maklumat dengan lebih efektif telah terbukti kerana ianya lebih mesra pembaca.semoga semua syarikat yang terlibat perniaagan dapat gunakan blog berkomunikasi dengan masyarakat….

  3. says:

    berita yg tersiar di internet lebih cepat tersebar drp media cetak dan org lebih mempercayainya krn ia lebih telus dtg dr pemikiran individu.

    Namun wajarkah mereka ini disekat kebebasan hy kerana ada sesetgh pihak menyalahguna blog utk kepentingan sendiri dan menjatuhkan org lain?…..

  4. says:

    Yup! Bukti paling menggemparkan apabila BN telah kehilangan beberapa buah negeri..dan ini diakui salah satu ‘kuasa besar’ yang mendorong kepada kekalahan adalah ‘kekuatan info blog’ yang lebih meyakinkan para pengundi berbanding media massa konvensional..ini contoh jer ler! Dan begitu juga seperti yang zul katakan..bayangkan kalau ‘kuasa blog’ ini dipergunakan semaksimanya dalam menjayakan & melariskan jualan..thank’s zul info yang sangat berguna!

  5. says:

    Salam..

    Terima kasih atas pengkongsian yang sedikit sebanyak memberi info tentang blog..memang blog memainkan peranan penting dalam sesuatu perniagaan kerana ia terbukti oelh saudara zul sendir.

    Dengan blog, kita boleh berinteraksi dengan para pembaca, dapat membina relationship dengan mereka dan juga boleh mempromosikan produk kita..

    saya bagi 5star untuk content ini..membuka mata saya untuk terus lagi berusaha.

    Salam
    Amril Muidz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree