Baiklah, tentu anda sudah ingin tahu apakah langkah pertama yang patut dilakukan sebelum mula membina blog bukan? Jadi di tulisan ini, saya akan menulis langkah pertama kita iaitu menentukan tema penulisan blog kita.

Tema blog kita bergantung kepada dua keadaan:

1. Blog untuk bidang produk kita

2. Blog untuk program adsense atau affiliate

Bagi keadaan pertama, amat mudah untuk anda menentukan tema blog kerana temanya adalah yang berkaitan dengan bidang produk anda. Sebagai contoh, jika anda menjual buku resepi kek, maka blog anda boleh hanya fokus kepada penulisan mengenai kek sahaja. Apa? Sikit?? Hmm, setahu saya begitu banyak jenis kek di atas muka bumi ini bukan? ;)

Apa yang perlu anda tulis untuk blog jenis bisnes ini?

- resepi

- tips, teknik

- berita

- review produk anda (review, bukan promosi..) ;)

- cerita mengenai kehidupan anda (jangan terlalu banyak). Cerita mengenai anda akan mendekatkan lagi pembaca dan anda. Mereka kenal anda, dan tidak susah untuk mereka membeli dari anda sebab mereka telah mempercayai diri anda

- apa-apa sahaja yang berkaitan dengan masakan, tetapi jika boleh, banyakkan mengenai kek

Anda perlu tahu, blog bisnes berbeza dengan blog peribadi. Blog bisnes anda adalah untuk mempromosikan produk anda dalam diam. Jangan sesekali mempromosikan produk anda dalam tulisan secara terus, sebaliknya buat review produk iaitu menekankan kelebihan produk. Jangan sesekali menulis, “belilah!”. Jangan. Dengan menulis kebaikan produk anda, pembaca dengan sendirinya akan yakin dan mahu membeli.

Di tulisan yang seterusnya nanti saya akan kongsi bagaimana untuk menulis blog yang efektif samada untuk pembaca dan enjin carian. ;)

Bagi blog kedua, iaitu untuk adsense atau affiliate atau kedua-duanya, maka tugas pertama sedikit berat, iaitu kajian pasaran yang niche. Anda perlu menggunakan tools seperti overture, nichebot untuk menentukan topik apakah yang niche. Niche bermaksud menumpu atau khusus. Topik pilihan mestilah tidak begitu ramai pesaing dan permintaan pula tinggi. Sebagai contoh, saya buat kajian mengenai jam jenama rolex. Dengan menggunakan tools nichebot, maka saya mendapat senarai jumlah carian (permintaan) dan jumlah pesaing bagi kata-kunci tertentu. Sila lihat di sini:

http://nichebot.com/?term=rolex

Daripada kajian itu, saya dapati, keyword “rolex replica watches” mempunyai pesaing yang tidak begitu ramai, dan mempunyai permintaan (carian) yang tinggi juga. Maka, saya akan membina sebuah blog untuk membincang mengenai rolex replica watches sahaja.

Atau, mungkin saya boleh memilih topik “swiss rolex replica watches” yang mempunyai lagi sedikit pesaing dan carian pun boleh tahan juga. Tapi, saya juga boleh menggabungkan kedua-dua ‘topik’ ini di dalam hanya satu blog..

Kajian saya ini hanyalah ringkas sahaja dan sebagai contoh untuk menggambarkan langkah kajian. Anda boleh merujuk di mana-mana sumber lain mengenai cara kajian yang lebih detail lebih-lebih lagi jika anda lakukan untuk adsense kerana keyword adalah satu aspek yang penting di dalam program adsense. Saya tidaklah begitu pakar di dalam kajian untuk program adsense, tetapi anda boleh merujuk ebook panduan rajaAdsense yang menerangkan cara kajian untuk adsense dan ia di dalam bahasa Melayu.

Jadi, katakan blog saya mengenai jam rolex tadi, maka saya hanya menulis khusus apa-apa hal yang berkaitan dengan topik pilihan saya tadi. Saya boleh menulis berita, produk terkini, review produk (affiliate), pendapat peribadi, tips dan apa sahaja selain meletakkan iklan adsense.

Kesimpulan di sini, jika anda telah mempunyai perniagaan internet sendiri, bina dan wujudkan sebuah blog untuk perniagaan tersebut yang menyentuh mengenai perkara yang berkaitan dengan bidang produk anda itu. Kedua, jika anda ingin membuat blog hanya semata-mata untuk adsense dan affiliate, maka mulakan dengan kajian kata-kunci dan tentukan topik yang tidak banyak pesaing, niche dan ada demand (permintaan) yang tinggi.

Di tulisan yang seterusnya nanti, saya akan sentuh langkah kedua di fasa perancangan ini. InsyaAllah.

PS. Anda sudah ada laman web perniagaan tapi sudah bersedia untuk mewujudkan blog? Tunggu.. Anda perlu rancang dahulu apa yang anda ingin tuliskan dan lain-lain perkara.. ;)

PPS. Anda ingin menjual produk / servis sendiri? Maka, anda juga perlu bermula dengan kajian pasaran dan ini saya tidak akan sentuh dalam blog ini. Anda boleh rujuk buku atau di mana-mana sumber mengenai kajian pasaran untuk menentukan produk. Tapi caranya salah satu adalah seperti yang saya tunjukkan untuk kajian keyword tu. Produk anda akan menentukan tema blog anda..

Last 5 posts by smartzul