Ramai di kalangan blogger atau mereka yang mempunyai blog yang gagal di separuh jalan. Blog yang mereka bangunkan tidak hidup, ‘tidak laku’, tiada sambutan, lantas akhirnya berkubur begitu sahaja.

Juga, setelah membina blog, ramai yang tidak tahu menulis apa. Kekeringan idea. Kenapa ini berlaku? Kenapa blog tidak laku? Kenapa ramai yang gagal di dalam blogging? Kenapa dan kenapa?

Jawapan mudah adalah:

Anda memulakan langkah pertama anda dengan membina blog dahulu. Inilah langkah yang salah walaupun betul.

Langkah pertama di dalam mewujudkan sesebuah blog adalah dengan dimulai dengan:

PERANCANGAN YANG DETAIL DAN JELAS

Ramai yang malas dan tidak mahu meluangkan sedikit masa walaupun mereka tahu mereka mesti membuat sedikit perancangan (planning) sebelum membina blog dan seterusnya menulis.

Disebabkan mereka bermula dengan langkah yang salah, maka sudah pasti di kemudian hari mereka akan menghadapi masalah seperti tiada idea penulisan dan juga tiada trafik ke blog mereka. Begitu hebat tamparan jika anda tiada perancangan.

Bagi mereka yang telah ada blog dan menghadapi masalah trafik atau masalah tertentu, jangan risau, saya juga akan memberikan tips bagaimana untuk meningkatkan trafik ke blog anda dengan menggunakan teknik-teknik tertentu.

Ini adalah tulisan ringkas. Nantikan tulisan saya yang seterusnya bagaimana membuat perancangan untuk blog anda. Pastikan anda sudah membaca tulisan saya sebelum ini mengenai buat duit dengan blog terutama mengenai 3 jenis kategori blog.

Jumpa lagi!

- SmartZul

PS. Masukkan blog anda ke carta blog smartusaha di http://cartablog.smartusaha.com. Di sana anda boleh menganalisis hit dan trafik ke blog anda dan membuat perbandingan dengan blog lain –> Analisis

Last 5 posts by smartzul