Mengapa Blog Anda Mati?

Memulakan sesebuah blog amat mudah. Klik klik dan klik, siap! Mungkin dalam sehari, beribu-ribu buah blog dibina…

TETAPI, daripada ribuan blog yang ‘lahir’ itu, berapa banyak yang akan bertahan lama sekurang-kurangnya 3 tahun? Adakah blog anda ada yang sudah ‘mati’ (tidak terurus, tidak update..)??

Antara sebab sesebuah blog jadi ‘mati’ kerana:

  • Tiada matlamat dan objektif yang jelas mengapa blog itu diwujudkan. Jika sekadar ikut-ikutan, ia tidak akan sampai ke mana-mana. Akan tersungkur jua…
  • Tiada perancangan yang rapi dari segi ‘content’ dan juga pemasaran untuk blog. Blog adalah juga sama seperti produk. Ia perlu dipromosikan dan dijadikan menarik untuk orang ramai masuk.
  • Content yang tidak menarik dan relevan. Jika blog anda mengenai teknologi, tulis sahaja mengenai teknologi. Jangan kongsi resipi pula di blog tersebut. Perlu fokus. Begitu juga cara penulisan, ia perlu segar dan unik!
  • Blog yang begitu banyak iklan. Utamakan content yang berguna. Minimakan iklan.
  • Tidak serius dalam mengurus blog. Jika niat kita hanya mahu buat duit dengan blog, sampai satu masa kita tiada lagi minat yang mendalam untuk update blog. Tetapi jika niat kita mahu memberi nilai kepada orang lain (pembaca) dan kita lihat ia bukan saja untuk bisnes kita (buat duit), malah memberi pahala untuk kita di akhirat, kita akan lebih bersungguh. Kesimpulannya, lakukan secara profesional dan anggap blogging bukan sekadar suka-suka. Blogging juga adalah satu cabang bisnes jika kita laksanakan dengan cara bisnes.
  • Blog sukar dilayari. Contohnya meletak popup yang meminta pelayar blog tunggu 1200 saat! Itu satu kerja gila sebenarnya. Jangan menyusahkan pelanggan anda! Ya, pembaca dan pelayar blog kita adalah pelanggan! Mereka umpama mahu masuk ke kedai kita, tetapi kita sukarkan mereka untuk masuk berurusan.

Itu saja yang sempat disenaraikan di sini…

Berita baiknya, sebuah blog yang mati boleh dihidupkan kembali! Bagaimana?? Caranya adalah selesaikan semua perkara di atas!

Last 5 posts by bstepsteam

2 thoughts on “Mengapa Blog Anda Mati?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Spam Protection by WP-SpamFree