Berikut saya senaraikan cara mudah proses menulis sesuatu artikel di blog. Tujuannya, selain daripada ia memberikan kesan dan pemahaman kepada pembaca, artikel kita juga perlu ada aspek SEO yang baik.

1. Tentukan tajuk tulisan (artikel)

Sudah semestinya untuk menulis artikel, ia mesti mempunyai tajuk iaitu apa yang ingin kita sampaikan. Tajuk yang digunakan mestilah ada katakunci utama perbincangan. Contoh, jika artikel yang ditulis mengenai “petua rambut gugur”, maka perkataan “petua rambut gugur” itu perlu ada pada tajuk. Untuk menambahkan lagi minat orang untuk membaca, tajuk artikel mestilah efektif seperti “Petua Rambut Gugur : Bagaimana Mengurangkan Keguguran Rambut dengan Mudah”.

Cara menulis tajuk itu ada dua tujuan. Satu, memastikan pembaca ingin membaca artikel sehingga tamat dan kedua, bagi aspek SEO iaitu jika ada yang mencari petua rambut gugur di enjin carian (google, yahoo, msn..), insyaAllah artikel anda akan disenaraikan di kedudukan yang baik di senarai keputusan carian.

2. Tulis artikel anda sehingga tamat tanpa memikirkan apa-apa sama ada dari segi ejaan, tatabahasa dan lain-lain aspek. Anda hanya perlu menulis sahaja apa yang terlintas di fikiran. Ini dinamakan proses menulis draf.

3. Setelah draf artikel siap, maka proses menyemak ejaan perkataan, struktur ayat (tatabahasa) dan juga kata-kunci utama (keyword) dilakukan. Keyword yang dimaksudkan adalah perkataan utama dalam artikel. Seperti contoh yang diberikan, kita membicarakan mengenai petua rambut gugur.

Maka, di dalam artikel, kita digalakkan mengulangi beberapa kali perkataan dan frasa seperti ‘petua rambut gugur’, ‘petua’, ‘rambut gugur’, ‘rambut’ dan sebagainya untuk tujuan SEO yang dikenali sebagai ‘keyword density’. Namun pastikan, ia tidak menjejaskan penulisan anda iaitu artikel itu boleh difahami.

Jangan kerana menekankan konsep SEO, artikel anda kurang difahami oleh pembaca. Ulangi keyword utama hanya beberapa kali dan jangan terlampau sangat, jika tidak ia akan dianggap ‘keyword spam’ atau ‘keyword stuff’. Amat buruk kesannya dari aspek enjin carian (SEO).

4. Apabila sudah tamat melakukan semakan tulisan (proof reading), maka anda digalakkan menyemak buat kali terakhir. Pastikan tulisan anda tidak bercampur dengan emosi seperti marah, memaki, menyakitkan hati orang dan sebagainya. Elakkan menulis semasa emosi anda sedang tidak elok. Siap semua semakan, maka anda sudah boleh ‘publish’ artikel anda itu.

Itulah 4 langkah mudah (asas) dalam menghasilkan satu tulisan (artikel) bagi blog.

Di tulisan saya yang akan datang, akan dibincangkan apakah teknik atau trik agar pelawat iaitu pembaca blog anda akan membaca artikel sehingga tamat dan juga yang akan membuatkan mereka ingin memberikan komen pada artikel anda.

Sekian dahulu untuk kali ini.

-SmartZuL

PS. Pastikan anda memiliki Pakej Kit Blogger jika anda ingin membina blog anda dengan menggunakan sistem Wordpress. Pakej ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia dalam Bahasa Melayu. Mudah difahami dengan langkah yang tersusun rapi. Maklumat lanjut, sila ke http://bloggingsteps.com/kit.

Last 5 posts by smartzul