“Panduan Mudah Untuk Blogger”
Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, terdapat lima perkara yang akan saya sentuh di blog ini:
1. Plan (perancangan)
Bermula dengan perancangan yang rapi, jelas, faham, clear, detail, apa lagi..??
, kita akan tiada masalah di dalam menguruskan blog. Kalau ada masalah dari segi idea nak menulis pun, tidaklah kritikal mana sebab kita dah ada perancangan. Pesan saya, perancangan yang tebaik adalah di atas kertas, samada bertulis atau ditaip di komputer dan cetak.
Seperti yang saya katakan sebelum ini, perancangan teramat penting. Nantikan tulisan saya nanti mengenai apakah perkara-perkara penting yang perlu kita utamakan di dalam bahagian perancangan ini.
2. Build (pembangunan)
Build bermaksud, pembangunan blog dari segi teknikal itu sendiri. Setup database, setting blog, customize blog, theme / design dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan hal teknikal.
Pengalaman saya, anda tidak akan tahu semua atau banyak perkara dalam masa yang singkat. Anda perlu banyak bersabar di dalam memahami dan menguasai kemahiran teknikal blog. Ia umpama sebuah kereta yang juga perlu dijaga, ‘dibasuh’, ‘dihias’ dan diservis agar terus berfungsi dengan baik.
Di dalam blog ini, saya akan kongsikan tip-tip atau panduan teknikal blog. Oh ya, lupa untuk saya nyatakan, saya akan fokus kepada sistem wordpress, satu ‘perisian’ yang diiktiraf ramai dan banyak support serta add-on. Best!
3. Marketing (pemasaran)
Dah ok planning, dah siap pasang dan configure blog, maka bahagian inilah biasanya ramai yang tak buat, ramai yang keliru, ramai yang tak tahu…. Iaitu promosi atau pemasaran. Bahagian inilah yang akan menentukan blog anda laku atau tak, bahagian inilah yang akan menentukan blog anda ramai trafik atau tak, dan bahagian inilah yang akan menentukan orang tahu atau tidak akan kewujudan blog anda!
InsyaAllah, saya akan berikan pelbagai teknik, tip dan trik bagaimana untuk menarik pengunjung ke blog anda dan mereka akan menjadi pelawat atau pembaca setiap anda! Oh ya, bahagian ini tidak berguna jika langkah satu tidak dibuat dengan baik.
Satu lagi, sudah pasti juga saya akan kongsi bagaimana mewujudkan sebuah blog yang disukai dan ‘dicintai’ oleh enjin pencari seperti google, yahoo dan msn.
Psst, seperti yang saya katakan di tulisan awal, blog ini tersenarai di dalam pangkalan data google dalam masa tak sampai 24 jam. Di yahoo pula kurang dari 48 jam. Macam mana tu yer? Mungkin dah ada yang tahu, tapi saya akan kongsikan dengan anda secara bergambar, langkah demi langkah. PERCUMA!
Ehem, kalau nak tahu bila dah siap, anda perlu daftar di http://smartusaha.com/news. Hanya yang berdaftar sahaja yang akan dapat.
4. Maintain (pengurusan)
Seperti yang saya katakan, blog adalah umpama kereta, perlu dijaga dengan baik dan elok-elok. Salah satu yang menentukan pelawat ingin datang adalah blog kita ada perubahan yang berperingkat dan sentiasa terurus.
5. Generate Revenue (jana pendapatan)
Blog yang dibuat dengan perancangan yang rapi, dibina dengan teratur, dijaga dengan elok dan dilakukan promosi untuknya, insyaAllah akan memberikan pendapatan kepada kita. Oh ya, di dalam blog ini, saya akan lebih kepada “buat duit dengan blog”, bukan blog peribadi atau blog suka-suka.
Blog yang akan saya khususkan adalah blog jenis bisnes dan blog jenis ‘niche’.
Saya akan bincangkan, bagaimana menghasilkan blog yang berkesan dan berkualiti, yang boleh mendatangkan hasil yang baik dengan beberapa cara.
Akhir kata, segala tulisan saya di sini mungkin tidak sama seperti pandangan orang lain, maka mungkin ia berbeza. Ini adalah sistem saya yang saya susunkan mengikut pengalaman saya dan juga dari kajian yang dilakukan.
Tidak kisah blog anda dalam bahasa inggeris ataupun dalam bahasa melayu, yang terpenting adalah anda melakukan dengan betul.
Jumpa lagi!
4 Responses for "Langkah Memiliki Blog Yang Berjaya"
Assalamualaikum Zul.
TQ Zul sbb nak fokus pada blog wordpress…saya kurang arif nak gunakan wordpress. Masih belajar…
Harap dapat belajar dari Zul.
apa beza kita buat web blog sndiri (domain bbyar) dengan blog percuma?.dan kalo nak buat web blog sndiri mcm mane proses men’design’ blog.
[...] Original post by smartzul and software by Elliott Back [...]
saya banyak tak tahu teknikal spt letak gambar dlm post, letak banner affiliate. blh zul terangkan.
Apa lebihnya wordpress banding blogspot?
Leave a reply