“Panduan Mudah Untuk Blogger”
Apa khabar anda semua? Semoga sihat di sana.
Setelah hampir dua bulan tidak menulis di blog ini, insyaAllah, saya akan cuba untuk mengemaskini blog ini sekerap yang mungkin. Sesungguhnya, begitu sedikit panduan dan rujukan mengenai blog (bukan hanya perkara teknikal!) mengenai blog di dalam bahasa melayu.
Beberapa hari lepas saya telah menulis tips mengenai bagaimana mendapatkan idea menulis blog. Sebenarnya, ia bergantung kepada jenis blog anda. Seperti saya, di blog smartusaha.com, ia lebih kepada penulisan dari idea saya sendiri dan tidak menggunakan mana-mana sumber atau mengupah orang lain.
Sebaliknya, jika anda lebih kepada program affiliate dan google adsense, adalah satu kelebihan dan kemudahan jika anda menggunakan sumber dari PLR atau mengupah orang lain. Ini kerana, untuk tujuan tersebut, biasanya anda mempunyai banyak blog dan tidak terurus jika anda seorang sahaja yang mengurusnya.
Baiklah, anda boleh membaca tips mendapatkan idea yang saya berikan dan baca juga komen-komen pembaca di blog smartusaha.com itu. Klik di sini.
PS. Sudahkah anda memiliki blog sendiri? Ingin tahu cara membinanya? Mungkin ini dapat membantu anda. Klik di sini.
6 Responses for "Tiada Idea Menulis Blog?"
kadang-kadang tuh memang takde idea langsung nak menulis.. tapi kengkadang tuh ada terlalu banyak lak isu yang ditulis.. camne ek??
Kalau xder langsung, kena usaha dapatkan idea lah.
Kalau telebih, simpan. Jangan publish semua dalam satu masa. Rugi.
[...] Kebanyakan teknik yang saya gunakan adalah berdasarkan kajian dan pemikiran saya sendiri (kebanyakannya) dan saya tidak menamakan teknik yang digunakan itu. Rupa-rupanya, teknik-teknik yang saya nyatakan sebelum ini di tulisan di sini adalah bernama SWIPE FILE. [...]
[...] Tip Mendapatkan Idea Penulisan Sahabat Online Anda, Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed [...]
penulisan di blog haruslah mantap dan selalu dikemaskini. baru la pengunjung berpuas hati
Salam saudara zul…
Hmm…saya pendatang baru dlm dunia blogging ni.Sebagai seorang newbie,saya banyak menghadapi masalah teknikal.adoi laaa…Buat masa ini,satu soalan saya nak tanya pada saudara…Kenapa saya gagal register dlm malaysiastory.net?Dah puas saya ulang prosesnya tapi tak berjaya juga.Harap saudara boleh beri jawapan.
Terima kasih!
Leave a reply