Tip Memilih WordPress Theme

Memilih theme WordPress adalah satu proses yang cerewet. Selagi tidak kena dengan kehendak hati, selagi itu proses mencari dan mencuba theme akan dilakukan, walaupun duduk menghadap laptop berjam-jam.

Biasanya kebanyakan pemilik blog menilai dari sudut cantik, kemas dan sedap mata memandang. Tetapi ada lagi beberapa faktor penting dalam memilih WordPress Themes. Antaranya:

  • Mobile responsive. Maksudnya, jika pelawat blog mengakses blog kita dengan menggunakan smartphone ataupun tablet seperti ipad, blog kita akan “auto resize” ataupun bertukar kepada bentuk tertentu mengikut saiz skrin smartphone ataupun tablet pelawat itu. Semasa memilih theme, biasanya pihak developer theme akan menyatakan adakah theme mereka responsive ataupun tidak.
  • Dihasilkan dengan pengaturcaraan yang kemas.
  • Rekabentuk yang tidak menyusahkan para pelawat untuk melayari blog.
  • Apakah niche (topik) blog? Maka pilih theme yang sesuatu dengan topik itu. Contohnya jika topik makanan, maka pasti ada theme yang design-nya sesuai dengan topik makanan. Jika topik berkaitan kereta, maka pilih theme yang serasi dengan topik itu.
  • Warna. Begitu juga dengan warna. Pilih theme yang mempunyai warna yang sesuai untuk topik yang akan anda fokuskan pada blog.
  • Disokong (supported) oleh versi WordPress yang terkini (latest). Semasa memilih, pihak developer ada menyatakan bilakah tarikh terakhir mereka update theme itu dan juga menyatakan versi WordPress yang menyokong theme mereka. Elakkan memilih theme yang tidak updated.
  • Premium. Sebaiknya beli theme berbanding menggunakan yang percuma. Salah satu kelebihannya adalah, theme yang berbayar mempunyai fungsi premium dan pihak developer theme memberikan sokongan selepas pembelian.

Itu saja setakat ini. Di lain masa saya tambah lagi.

Last 5 posts by bstepsteam

2 thoughts on “Tip Memilih WordPress Theme

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Spam Protection by WP-SpamFree