“Panduan Mudah Untuk Blogger”
10 Aug
Pernahkah kita menghadapai situasi tiada orang mahu membaca artikel yang kita tulis? Mengapa boleh terjadi begitu? Salah satu sebabnya adalah tajuk artikel yang kurang menarik.
Salah satu cara menulis tajuk untuk artikel (post) di blog adalah dengan menimbulkan tanda tanya. Seboleh mungkin, elakkan memberikan jawapan dalam tajuk entri yang kita terbitkan.
Contohnya, tajuk “Berikan ebook percuma kepada prospek”, adalah satu tajuk yang berbentuk jawapan. Pembaca akan terus dapat mengagak kandungan tulisan kita dan akhirnya mereka tidak akan membacanya.
Berbeza jika kita menggunakan tajuk begini, “Bagaimana membuatkan prospek percaya pada kita”, adalah satu tajuk yang akan menjadi tanda tanya kepada pembaca. Mereka perlu klik pada tajuk dan membaca artikel tersebut untuk mengetahui “bagaimana” tadi.
Saya berikan satu latihan di sini dan anda berikan cadangan tajuk yang sesuai berdasarkan tip yang saya berikan pada entri ini.
Persoalan: Katakan perkara yang kita mahu dedahkan/tulis dalam entri blog adalah berkaitan dengan teknik mempromosikan blog dengan menggunakan Facebook. Teknik ini adalah mudah dan mampu mendapat trafik dengan segera. Dan dalam tulisan kita itu, dinyatakan 4 bentuk promosi / teknik yang boleh dilakukan di Facebook.
Latihan: Berikan cadangan tajuk yang sesuai.
![]()
15 Responses for "Bagaimana Menulis Tajuk Entri Blog Yang Pasti Memaksa Pelawat Membaca Tulisan Kita"
Tajuk: Bagaimana promosi di facebook
1) Bagaimana mempromosi blog di facebook dengan 4 teknik mudah
2) 4 teknik mudah mempromosikan blog di facebook
Jawapan: 4 TEKNIK MUDAH PROMOSI BLOG DI FACEBOOK.
Terima kasih semua!
Kita tunggu lagi pembaca-pembaca lain berikan cadangan tajuk.
Bagaimana Menjana Traffik Ke Blog Menggunakan Facebook
4 Strategi Mempromosikan Blog Di Facebook
p/s sorry to fast publish the first komen
Ingin Menjadi Pemandu Yang Cekap Dan Mahir
Bagaimana menjadi blogger popular dengan Facebook?
Tajuk: Boleh ke promosi blog guna facebook?
tips yang simple dan mengena..salam kenal mas
Promosi blog anda di facebook
ketahui 4 cara mudah promosi blog dalam facebook.
ni pon info yang sangat berguna..than banyak2..simple tp padat..straight 2 da point
Macam ni ke buat blog
Tajuk: Blog anda popular kerana Facebook?
Leave a reply