“Panduan Mudah Untuk Blogger”
Ramai yang kekeringan idea. Seperti tulisan saya sebelum ini, saya ada memberikan tips bagaimana mendapatkan idea. Salah satu perkara yang saya sentuh adalah, jangan menulis di blog terlalu panjang dan banyak. Maksud di sini, anda boleh (bahkan amat bagus) menulis setiap hari di blog, tetapi jangan menyentuh banyak tajuk atau perkara dalam satu artikel atau tulisan anda itu.
MENGAPA?
Kerana, apabila tiba satu tahap kebekuan idea penulisan kelak, anda akan ‘cemas’ untuk mencari idea penulisan kerana sudah banyak menulis tanpa menyimpannya untuk masa-masa mendatang.
Ada yang bertanya, “bagaimana kalau idea datang melimpah ruah, apa saya nak buat?”. Apa yang perlu anda buat adalah, menyimpannya dengan beberapa cara berikut:
1. Catat di buku nota anda
2. Taip tajuk artikel (idea) di bahagian Post Title blog anda dan ‘Save’
3. atau simpan di dalam satu file teks dengan apa-apa nama yang anda suka
Kelak, apabila anda ingin menulis terutama di waktu kekeringan idea, anda tidak perlu risau lagi kerana anda ada bank maklumat! (bukan bank muamalat yerr)..
Inilah yang saya lakukan selama ini. Apa sahaja yang terdetik di kepala, saya akan terus mencatatnya atau menyimpannya dengan cara-cara di atas. Tulis apa sahaja selagi mana idea tersebut masih diingati dan kelak, kita boleh ‘elaborate’ kembali berdasarkan idea tersebut.
SWIPE FILE
Kebanyakan teknik yang saya gunakan adalah berdasarkan kajian dan pemikiran saya sendiri (kebanyakannya) dan saya tidak menamakan teknik yang digunakan itu. Rupa-rupanya, teknik-teknik yang saya nyatakan sebelum ini di tulisan di sini adalah bernama SWIPE FILE.
Swipe file ini secara mudah adalah ‘meniru’ tulisan orang lain dan menulis kembali di blog kita. AWAS! Bukan copy and paste tetapi kita hanya mendapatkan idea isinya sahaja. Teknik swipe file ini banyak digunapakai dalam penulisan ‘headline’ dan ayat-ayat untuk ’sales letter’. Hal ini saya tidak akan menghurai panjang. Cuma apa yang ingin dinyatakan adalah, mendapatkan idea penulisan orang lain, menyimpannya dan mendapatkan kembali simpanan idea itu untuk menulis dengan gaya sendiri, adalah satu teknik yang efektif dan mudah.
Sekian sahaja untuk tip kali ini. Jumpa lagi.
PS. Tak ada blog untuk perniagaan internet anda? Kami boleh membantu! Klik di sini.
One Response for "Tip Mudah Elak Hilang Idea Penulisan"
[...] 2. Tip Elak Kehilangan Idea Penulisan [...]
Leave a reply