“Panduan Mudah Untuk Blogger”
Apa khabar semua?
Saya kini dalam proses mengemaskini pakej kit blogger 1 agar lebih bertambah nilainya, termasuk mengemaskini struktur ebook, ayat, ejaan, susunan dan lain-lain. Terima kasih kepada pembeli-pembeli yang telah memberikan pandangan dan idea.
Saya janji, pakej kit blogger ini pasti dapat membantu anda membina blog wordpress sendiri. Memiliki blog di blog percuma tidak sama perasaannya memiliki blog sendiri yang dipasang di server. Jauh bezanya..
Dengan blog sendiri, anda boleh tambah apa sahaja yang anda mahu dengan 1001 plugins yang bervariasi fungsinya. Tidak seperti blog-blog percuma, fungsinya terhad dan anda tertakluk dengan terma dan syarat pihak blog tersebut seperti blogger.com adalah milik google.com. Bermaksud, anda tiada simpanan data untuk apa yang anda taip di blog host percuma itu. Apa yang terjadi jika blog anda disuspend? Anda tidak boleh melakukan apa-apa melainkan hanya mampu merayu kepada mereka agar blog anda kembali ‘wujud’.
Adalah satu kemestian jika anda melakukan perniagaan internet, mempunyai blog yang dipasang sendiri di server (hosting) amat digalakkan, bahkan jika saya, saya akan mewajibkannya. Dari segi logik, laman web perniagaan anda menggunakan domain dot com, tetapi blog anda memakai servis percuma seperti nama.blogspot.com. Ia sudah jauh lari dengan nama domain dot com anda dan reputasi anda mungkin diragui.
Apapun, saya sudah hampir setahun lebih menggunakan blog wordpress dan ia merupakan satu pengalaman yang amat menyeronokkan berbanding mengguna blog percuma.
Terserah kepada anda, kerana keputusan adalah hak milik anda.
Jumpa lagi.
PS. Pastikan anda mendapat pakej ebook ini kelak ok.
NOTA: Pelajari membina perniagaan internet sendiri di bengkel sehari 27/1/07 ini! Klik di sini.
One Response for "Versi KemasKini KitBlogger 1"
[...] Apa lagi kelebihan blog? Ya, ia mudah untuk digunakan dan sesuai untuk mereka yang tidak pandai membina dan menguruskan laman web. Dengan blog, kita hanya tulis dan tekan publish, siap. Artikel yang ditulis itu terus terpapar di blog. Persoalan di sini, blog percuma atau pasang sendiri? Saya ada menulis hal ini di sini: http://bloggingsteps.com. Namun, saya lebih sukakan blog wordpress yang dipasang sendiri di hosting JIKA saya menjual sesuatu produk di laman web dot com. Pelik jika jual produk di laman web dot com, tapi guna blog percuma… Lagipun, banyak sangat kelebihan menggunakan blog yang dipasang sendiri. Best! [...]
Leave a reply