“Panduan Mudah Untuk Blogger”
Ramai yang menyangka bahawa, blog memerlukan kita menulis dan menulis. Tetapi hakikatnya, tidak semestinya perlu menulis. Sebuah blog, boleh dimasukkan kandungan sama ada secara bertulis, audio, video ataupun gambar (imej, foto, lukisan…).
Berikut adalah dua contoh blog yang menggunakan imej sahaja tanpa begitu banyak menulis:
1. http://www.icanhascheezburger.com
Blog ini meletakkan gambar-gambar (foto) kucing yang lucu. Cuba lihat, tidak banyak bahkan tidak ada pun ayat-ayat yang panjang bukan? Tetapi, pemilik blog ini telah berjaya menjana pendapatan hanya melalui blog ini sekitar lebih 4 angka USD sebulan.
Blog kedua ini pula memaparkan komik yang melucukan yang boleh ‘diambil’ oleh sesiapa sahaja dan meletakkannya di blog atau laman web mereka. Pemilik blaugh.com ini juga menjana pendapatan melalui pengiklanan.
Kesimpulannya, blog bukan hanya perlu menulis, tetapi anda boleh meletak imej, foto, lukisan, audio dan video. Jadi, jelaslah bahawa blog ini bukanlah hanya untuk mereka yang tahu menulis sahaja, sebaliknya ia adalah untuk sesiapa sahaja.
Cuma sahaja syaratnya, anda mesti ada idea.
Jika anda mahu memiliki blog dot com sendiri, dapatkan Ebook panduan Asas WordPress di laman web berikut:
Jumpa lagi.
5 Responses for "Buat Duit Dengan Blog – Tak Perlu Menulis"
terima kasih untuk ini
sememangnya betul..kadang-kadang tak perlu pun menulis untuk buat duit..pelukis komik tu pun satu lagi cara..tapi kalau buat dialog, ada la tulisan..:D
bg sesiapa yg ingin melabur di unit amanah sila hubungi saya.
betul tu, x semestinya blog tu kna buat mcm diari
blog bergambar dan blog video boleh jugak.
asalkan lain dari yang lain dan bahan yang dimasukkn jarang dilihat di tempat lain
btol tu..sy stju cgt2..kdg2 org lebih gemar tgok gambr dr mmbace..hihi
Leave a reply