Tip Blog, Blogging dan Wordpress

“Panduan Mudah Untuk Blogger”

Archive for the ‘buat duit dengan blog’ Category

Ini adalah artikel yang amat praktikal dan boleh dipraktikkan terus. Dengan syarat, pembaca telah memiliki asas blogging berkaitan. Semoga bermanfaat.

——————

Pilih satu cabang bidang dan fokus pada penulisan berkaitan bidang itu sahaja. Kelak di satu masa, beberapa hasil yang akan diperolehi adalah seperti:

(1) Dijemput ke perjumpaan tertutup (seperti sidang media). Di luar negara, hal ini sudah tidak asing lagi. Malah blogger amat ‘dihormati’ di sana. Di Malaysia pula, peluang masih terbuka luas untuk bidang-bidang selain politik dan hiburan. InsyaAllah, ia akan berkembang dari masa ke semasa.

(2) Dijemput ke mana-mana program secara percuma untuk membuat liputan.

(3) Dijemput memberikan ceramah (talk) ataupun membentangkan kertas kerja. Mana tahu boleh dapat tiket flight dan bilik hotel (penginapan) percuma. ;)

(4) Mendapat sesuatu produk secara percuma untuk membuat ulasan di blog. Ya, mungkin akan menjadi kelompok pertama mencuba produk itu!

(5) Membina komuniti/peminat tersendiri. Kalau ada produk sendiri, atau mempunyai buku yang diterbitkan, kita sudah ada bakal pembeli.

(6) Dikejar oleh pihak media. Mana tahu, ada wartawan yang mahukan pandangan daripada anda!

(7) Menjadi penulis di kolum-kolum khas majalah atau akhbar. Wah, seronok bukan? Dapat bayaran (honorarium) tau! :)

“Dengan perkembangan pesat bidang majalah dan akhbar sekarang, semakin banyak bahan diperlukan oleh media massa negara kita. Rancangan jangka panjang Kumpulan Karangkraf bagi menerbitkan 200 buah majalah setiap bulan sudah cukup memberi gambaran sebanyak mana artikel yang dapat dibekalkan kepada majalah-majalah itu.”

Sumber: http://www.universitipts.com

Pendek kata: Perlu menjadi blogger berkredibiliti. Benar, ia menuntut usaha yang gigih dan strategi yang betul. Kedua, perlu pandai ‘memasarkan diri’ dan blog tersebut. Ketiga, rancang sekurang-kurangnya “plan” 3 tahun dari sekarang.

Antara bidang-bidang (industri) yang ada potensi di pasaran tempatan:
1. Keusahawanan/bisnes
2. Ekonomi
3. Pertanian
4. IKS – Industri Kecil & Sederhana
5. Teknologi dan ICT
—> Bidang ini amat berkembang pesat di Malaysia!
6. Lain-lain. Boleh buat kajian di majalah dan internet berkaitan. Paling mudah, baca ruangan Bisnes & Ekonomi di akhbar-akhbar terkemuka seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro dan banyak lagi.

Utamakan bidang yang sedang dan akan berkembang agar usaha kita tidak sia-sia begitu sahaja. Biarlah susah di peringkat permulaan, tetapi kelak kita akan menuai hasilnya. Teguhlah pada usaha.

Tip PENTING:

1. Utamakan bidang yang banyak program dan produk di pasaran (terutama di kalangan Big Business atau sekurang-kurangnya IKS), iaitu sebaiknya bidang yang sudah menjadi sebuah industri. Elakkan bidang/topik yang hanya sekadar ramai pembaca biasa sahaja. Jadikan blog kita ‘dikejar’ oleh golongan-golongan industri dan mereka tidak kisah membayar kita.

Namun perlu ditekankan di sini, industri itu perlulah mempunyai kadar pengguna/pembeli yang besar jumlahnya. Contohnya bidang telekomunikasi (mobile phone, teleko seperti Celcom, Maxis, …, broadband). Jadi, perlu serasikan industri dengan pengguna agar usaha blog kita ini mencapai tahap yang baik. Kita memerlukan jumlah trafik (pengunjung) yang besar ke blog kita agar pihak bisnes berminat untuk mendapatkan ‘perkhidmatan’ kita.

Tersilap memilih pasaran yang kecil pasarannya, atau sukar berkembang maju atau tidak melibatkan pasaran ‘end user’, maka blog yang dibangunkan mungkin akhirnya terkubur begitu sahaja. Jadi, pastikan memilih bidang yang berkembang  atau bakal berkembang + ada ‘end user/buyer’ yang besar pasarannya.

2. Pastikan kita boleh menulis berkaitan bidang tersebut. Walaupun tiada lulusan atau sijil, ia boleh dipelajari dan diusahakan. Salah satu usaha adalah dengan belajar cara menulis. Buku rujukan seperti “Buat Duit Dengan Menulis” (penulis: Jeniri Amir), adalah amat sesuai untuk dirujuki sebagai asas penulisan.

3. Lakukan usaha ini dengan berbekalkan minda usahawan dan bukan sekadar buat duit semata-mata. Fikirkan sejauh mungkin. Ya, sebaik mungkin perlu ada perancangan ‘rapi’ dan strategi yang berkesan. Bak kata orang putih, “do it with passion!”. Dengan itu, kita tidak cepat berasa bosan dan mudah kecewa kerana kita melakukannya dengan penuh motivasi dan serasi dengan jiwa.

Tip Mendapatkan Kandungan Blog: Baca berita di akhbar dan hubungi pihak atau individu berkaitan. Temubual mereka secara ringkas dan buat ringkasan di blog. Dan boleh juga membuat respon dengan pendapat sendiri terhadap sesuatu isu yang sedang berlaku dalam bidang tersebut. Benar, kita perlu proaktif mencari kandungan blog dan tidak boleh hanya menunggu kita dihubungi.

Mengapa saya keutarakan hal ini?

1. Mahu memperkembangkan bidang blog jenis ini. Kita masih kekurangan. Sekarang banyak blog berbentuk personal dan lebih kepada ‘end user/buyer’, tetapi tidak target kepada pemain-pemain industri atau bidang yang mempunyai pasaran yang lebih menguntungkan.

2. Kita perlu memulakannya dahulu. Pemain industri tidak akan sedar kepentingan blog/blogger industri selagi tidak banyak blog sebegini wujud. Jadi kita perlu menjadi pemula.

Marilah kita menjadi usahawan dengan menggunakan blog dan bukan hanya sekadar blogger di dunia Online semata-mata. Semoga berjaya!

Bina blog dot com sendiri: http://bloggingsteps.com/kit

.

Hakcipta Terpelihara (c) SmartUsaha.com (Perniagaan Internet)

*Tidak diizinkan “copy & paste” artikel ini tanpa kebenaran dan permohonan terlebih dahulu. Boleh kongsikan link terus direct ke artikel ini: http://bloggingsteps.com/tips/blogging-tips/blogger-usahawan.html

[FB Page] Jom sertai FB BloggingSteps.com dengan klik di sini.

Buat Duit Dengan Nuffnang

Sebelum ini saya pernah menulis mengenai buat duit dengan pelbagai cara melalui blog. Antaranya Google Adsense, Bidvertiser dan juga menjual produk.

Ada lagi cara yang lain untuk buat duit dan salah satunya ialah Nuffnang. Mungkin anda baru mendengarnya atau mungkin anda sudah mengetahuinya.

Nuffnang adalah sebuah program buat duit yang sama sahaja seperti program yang lain iaitu berlandaskan kepada konsep Pay Per Click atau pengiklanan. Dan apa yang perlu anda lakukan hanyalah meletakkan iklan di blog anda. Jika iklan itu diklik oleh ramai pelawat, maka pendapatan juga semakin tinggi.

Sudah ramai yang buat duit dengan Nuffnang ini. Saya dulu ada buat juga tapi sekejap sahaja semasa Nuffnang mula-mula dilancarkan. Akibat program Nuffnang ini banyak masalah di awalnya, maka saya berhenti.

TAPI sekarang sudah jauh bezanya. Program Nuffnang sudah semakin maju dan mendapat sambutan daripada pihak pengiklan seperti McDonald, DiGi dan pelbagai syarikat besar yang lain.

Bagaimana Melakukannya?

Tiada rahsia dan tiada trik. Anda hanya perlu letakkan kod iklan pada template blog anda sahaja. Tidak perlu saya menulis panjang mengenai Nuffnang di sini. Anda boleh download ebook percuma yang disediakan oleh saudara Noorizam Shah.

Klik ke blog NoorizamShah untuk download Panduan Nuffnang.

Daftar program Nuffnang di: http://www.nuffnang.com.my

Produk Apa?

Ramai yang bertanya, produk apa yang boleh dijual melalui atau di Internet? Salah satunya ialah dengan menggunakan blog. Sebelum anda mengatakan anda sudah tahu, sila baca dahulu artikel ini. Buat duit dengan blog bukanlah seperti yang biasa kita dengar, tapi ia lebih daripada itu.

Jika anda mempunyai blog, anda sebenarnya boleh menambah saluran pendapatan dengan pelbagai cara yang berkaitan dengan topik blog anda. Sebagai contoh di sini, saya akan berikan contoh untuk blog Tip Kesihatan yang dimiliki oleh Mohd Rozmie (JimieRay).

Di antara produk yang boleh dikeluarkan yang berkaitan dengan blog beliau ialah:

1. VCD/DVD Kesihatan – Kandungannya mungkin secara umum atau secara spesifik kepada golongan yang tertentu sahaja. Mungkin sebuah DVD kesihatan untuk seorang eksekutif yang sibuk atau mungkin sebuah DVD/VCD untuk kesihatan untuk seorang ibu yang baru lepas bersalin. Di sini, bukan hanya satu tajuk VCD sahaja yang boleh dikeluarkan, tapi banyak tajuk yang boleh dihasilkan. Satu tajuk, satu VCD. Bayangkan keuntungan yang bakal diperolehi.

Contoh Sebenar: Tahukah anda, terdapat VCD yang hanya berkaitan cara tukar tayar dan cara check dan tukar minyak hitam kereta?

2. Ebook Kesihatan – Sama keadaannya dengan produk VCD di atas, ebook yang berkaitan dengan kesihatan juga boleh dikeluarkan sama ada kandungannya secara umum atau spesifik. Salah satu cara yang mudah untuk menghasilkan ebook ialah, menggunakan tulisan sedia ada di blog. Syaratnya di sini ialah, pastikan ia artikel anda yang original (bukan hakcipta orang lain) dan tambah nilai kandungan tersebut agar lebih menarik.

Contoh Sebenar: Irfan Khairi dan Ustaz Zaharuddin menggunakan kandungan blog mereka untuk buku mereka. Bezanya, mereka tambah nilaikan kandungan itu dan menyusun ke dalam bentuk yang lebih mudah dibaca.

3. Seminar Kesihatan / Kem Kesihatan – Anjurkan seminar kesihatan. Jangan lakukan seminar yang topiknya agak hambar, sebaliknya buatlah seminar yang menyeronokkan para peserta. Mungkin salah satu sebab kegagalan (disambut hambar) kebanyakan kempen pihak Kementerian Kesihatan Malaysia ialah mereka tidak menggunakan cara yang menyeronokkan di dalam seminar kempen mereka.

Selain seminar, mungkin boleh sediakan pakej kem kesihatan. Seperti sedia maklum, kesihatan bukan hanya berkaitan dengan ubat atau sakit semata-mata, malah ia adalah menyeluruh: emosi, fizikal dan mental. Sihat mental dan fizikal, maka sihat dan cergaslah badan. Kem di sini mungkin bermaksud latihan intensif kecergasan, perkemahan dan sebagainya.

4. VCD/DVD Seminar – Jangan tidak rekod seminar yang dilakukan itu kepada bentuk video. Teramat rugi jika tidak merekodnya. Jadikan ia kepada bentuk VCD atau DVD atau kepada bentuk dowloadable (download sahaja) dan jual kepada mereka yang berminat terutama yang tidak dapat menghadiri seminar tersebut. Tahukah anda, begitu ramai usahawan internet yang melakukan cara ini dan mendapat keuntungan besar.

Siapakah bakal peserta seminar anda? Sudah tentu antaranya ialah para pembaca blog anda!

5. Audio MP3 – Selain video, hasilkan juga produk audio. Terdapat beberapa cara untuk menghasilkan produk sebegini. Antaranya ialah menemubual pakar kesihatan atau menghasilkannya sendiri. Tidak semua orang suka membaca atau menonton, lagi-lagi dengan kewujudan teknologi tertentu seperti iPod, Mp3 player, CD player dan sebagainya, audio dapat didengar di mana-mana sahaja.

Cara mudah menghasilkan audio ialah dengan mengumpul semula tulisan anda di blog dan jadikan ia kepada beberapa point yang perlu sahaja. Kemudian rekod ia kepada audio (ya, suara anda!). Atau anda boleh mengupah orang lain merekodnya. Terdapat banyak servis merekod audio di Internet. Anda hanya perlu menyediakan transkrip sahaja.

6. Membership Site (Laman Keahlian) – Laman web sebegini adalah laman web tertutup khas untuk mereka yang berdaftar sahaja (dikenakan bayaran). Pada laman web ini, beberapa item diberikan seperti ebook, audio, video atau hanya sekadar maklumat tertentu sahaja. Terserah kepada anda untuk meletak apa yang perlu.

Sebagai contoh di sini, mungkin laman web tertutup berkaitan dengan kesihatan berat badan (weight loss) dan mereka diberikan akses tertutup untuk bahan seperti audio, artikel, video dan sebagainya.

7. Newsletter Bersiri – Sama keadaannya seperti Membership Site di atas yang mana ia adalah secara tertutup (perlu bayar untuk akses). Terdapat dua jenis newsletter iaitu melalui Internet atau secara bercetak. Jika melalui Internet, anda boleh gunakan autoresponder seperti Aweber atau Getresponse. Jika melalui bercetak, anda boleh cetak dalam bentuk makalah dan hantarkan ke alamat pelanggan pada setiap bulan.

Itulah beberapa jenis produk yang boleh anda hasilkan berkaitan dengan topik blog anda. Contoh di atas adalah berkaitan dengan kesihatan dan anda fikirlah apa yang sesuai untuk topik blog anda. Apapun, jenis-jenis produk seperti audio, ebook, video dan sebagainya tetap boleh diaplikasikan kepada topik blog anda.

Jelas, begitu banyaknya manfaat jika anda memiliki blog! Jangan hanya memikirkan ia hanya sekadar menulis semata-mata dan anda tidak boleh mendapatkan sebarang imbalan. Ingat, apa yang anda tulis di blog anda adalah hak milik anda dan ia boleh digunakan untuk apa sahaja keperluan anda.

Malah yang lebih hebat dan menyeronokkan, anda boleh menghasilkan banyak produk yang hanya berkaitan dengan satu topik (bidang) sahaja! Begitu juga dengan wujudnya blog saya ini sebagai contoh, saya akan dan telah menghasilkan produk yang berkaitan. Bukan satu, tapi banyak.

Blog buat duit vs Blog bisnes

Jangan hanya bergantung harap kepada blog anda semata-mata untuk mendapatkan pendapatan. Dengan menambah pelbagai jenis saluran pendapatan, anda sudah pasti akan mendapat pendapatan jauh lebih besar berbanding hanya dengan berharap pada blog semata-mata.

Seperti yang anda maklumi, blog terdapat dua jenis iaitu blog buat duit dan blog bisnes. Apa yang saya nyatakan di atas lebih kepada blog bisnes. Pemilik blog buat duit biasanya tidak akan mengeluarkan apa-apa produk kerana mereka lebih kepada program pengiklanan, review dan sebagainya.

Sebaliknya tidak untuk blog bisnes seperti blog SmartUsaha.com. Blog bisnes selain berkongsikan tulisan dengan para pembaca, ia adalah salah satu cara pemasaran produk atau perniagaan. Jadi, ia bukanlah sumber pendapatan utama. Blog bisnes ini biasanya dimiliki oleh usahawan internet dan blog buat duit dimiliki oleh seorang Blogger yang bukan seorang usahawan internet (kebanyakannya).

Mana yang lebih bagus? Semuanya terserah kepada anda. Jika mahu hanya menjadi seorang blogger, ia tidak salah. Tapi bagi saya, menjadi seorang blogger dan dalam masa yang sama menjadi seorang usahawan internet adalah lebih menarik dan menguntungkan berbanding menjadi blogger semata-mata kerana saya mempunyai saluran pendapatan yang bervariasi.

Sebab itulah jika kita lihat sekarang, ramai blogger sudah mula memikirkan (berjinak-jinak) untuk mengeluarkan produk mereka sendiri kerana industri blogging terlalu kerap turun dan naiknya. Maka mereka perlu mencari jalan pendapatan yang lain agar pendapatan mereka lebih stabil.

Terserah kepada anda. Ia adalah PILIHAN.

Semoga berjaya.

ps. Ebook Teknik Niche menerangkan kepada anda cara buat duit dengan Blog dan juga produk informasi digital. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Faktor Blog Kekal Lama

Dari hari ke hari, begitu ramai yang membina blog tetapi ramai juga yang akhirnya akan meninggalkan blog mereka begitu sahaja. Mengapa ini berlaku?

Salah satu faktornya ialah: TIDAK MENETAPKAN MATLAMAT

Jika anda hanya membina blog dan kemudian menulis apa sahaja yang mahu anda tulis, biasanya anda susah untuk kekal lama di dalam arena blogging. Blog amat berbeza dengan laman web statik kerana blog memerlukan anda menulis atau memasukkan apa-apa kandungan secara konsisten.

Blog pada asalnya dipanggil juga sebagai jurnal atau diari. Anda tahu apa itu diari. Jadi, sebuah diari sudah semestinya ditulis atau diisi dengan sesuatu dari satu masa ke masa sama ada setiap hari, 3 hari seminggu, seminggu sekali atau dua kali sebulan. Terserah kepada anda apa kekerapannya, cuma syaratnya mesti konsisten.

Namun untuk memiliki kekonsistenan itu, anda perlulah mempunyai matlamat untuk blog anda. Anda perlu menetapkan apa matlamat blog yang anda bina itu untuk jangka masa panjang dan bukan hanya main buat (hentam kromo) sahaja.

Contoh Matlamat

Blog saya iaitu SmartUsaha.com mempunyai matlamat tersendiri iaitu digunakan untuk mempromosikan diri saya, perniagaan dan juga produk-produk saya. Jadi, tiada alasan untuk saya meninggalkan blog itu kerana itulah salah satu cara utama bagaimana saya boleh meyakinkan orang ramai.

Berbeza jika saya tiada matlamat untuk blog tersebut, nescaya saya akan berhenti dari dahulu lagi dan akhirnya mungkin nama saya tidak dikenali ramai..

Persoalan di sini bagi anda yang mempunyai blog, apakah matlamat blog anda?

Jika tiada atau tidak dapat menjawab soalan itu, cepat-cepatlah senaraikan objektif dan tetapkan matlamat blog anda sebelum ia mati tidak berkubur. Jangan menangguh, lakukanya sekarang.

Jumpa lagi.

ps. Ingin buat duit dengan blog dan produk informasi digital? Klik di sini untuk maklumat lanjut.