Ramai yang mahu buat duit dengan blog, tetapi tak tahu caranya. :)

Artikel Buat Duit Dengan Blog baru-baru ini menyenaraikan beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk menghasilkan pendapatan. Banyak cara untuk buat duit dengan blog, tetapi sebagai permulaan, pilihlah satu cara dulu.

Untuk kali ini, saya ingin berikan satu idea kepada anda bagaimana cara buat duit dengan blog melalui cara yang amat mudah. Caranya ialah dengan cara mengulas (review) produk-produk yang berkaitan. Berikut adalah langkah demi langkah secara ringkas:

Langkah 1: Senaraikan apakah minat atau pengetahuan anda. Main games? Kesihatan? Peminat pakaian berjenama? Seorang yang tahu banyak mengenai perisian? Kenal pasti dahulu sebelum meneruskan langkah kedua.

Langkah 2: Pilih satu sahaja topik yang paling anda tahu dan minat. Ingat, satu topik sahaja. Memilih topik yang paling anda tahu dan minat adalah amat penting agar anda dapat menulis dan menulisdi blog tanpa rasa bosan.

Langkah 3: Bina blog dot com anda sendiri yang berkaitan dengan topik tersebut. Saya galakkan anda menggunakan blog dot com sebab anda akan berurusan dengan pihak yang mempunyai reputasi dan kredibiliti selepas ini. Untuk bina blog dot com, kos adalah RM100 ke bawah sahaja untuk nama domain dan Hosting.

Langkah 4: Tulis beberapa artikel dan usahakan untuk dapat trafik (pelawat) yang konsisten ke blog anda. Lakukan langkah ini dalam satu tempoh masa sekurang-kurangnya 2 minggu. Pada tempoh ini, ada dua perkara yang perlu anda tekankan iaitu jumlah artikel yang anda terbitkan (publish) di blog dan juga jumlah pelawat yang datang ke blog anda.

Selain itu, pastikan juga blog anda mempunyai keunikan tersendiri (design, imej, nama..) dan navigasinya mesti berfungsi.

Jangan lakukan langkah 5 seterusnya ini sebelum anda mempunyai kriteria penting seperti di atas.

Langkah 5: Setelah blog anda mempunyai beberapa artikel dan mempunyai pelawat yang konsisten, lakukan langkah ini pula. Lakukan kajian di Internet, di majalah atau akhbar mengenai syarikat-syarikat atau pengusaha produk yang berkaitan dengan topik pilihan anda. Sebagai contoh, topik blog anda ialah perisian. Jadi, senaraikan pihak yang menjual atau mengeluarkan produk perisian.

Langkah 6: Hubungi pihak yang anda senaraikan itu dan nyatakan kepada mereka bahawa anda mempunyai sebuah blog mengenai perisian. Yakinkan kepada mereka bahawa anda mempunyai pengetahuan yang banyak mengenai perisian. Kemudian nyatakan yang anda ada menyediakan khidmat review produk di blog tersebut. Jangan lupa lampirkan bersama kadar caj untuk khidmat review anda tersebut. Sediakan tawaran yang menarik untuk mereka.

Berapakah kadar bayaran? Terserah kepada anda. Tetapi buat permulaan, lagi-lagi blog anda masih baru, kenakan caj dengan kadar yang murah sahaja (harga pengenalan). Tujuannya agar tawaran anda diterima oleh mereka. Setelah blog anda sudah ‘maju’ dan ‘terkenal’ kelak, barulah anda boleh mengenakan kadar bayaran yang tinggi.

Langkah Konsisten: Ini adalah wajib. Pastikan blog anda sentiasa dijaga mutunya terutama dari segi kemaskini artikel. Dan dari semasa ke semasa, usahalah untuk promosikan blog anda agar jumlah trafik ke blog terus meningkat. Semakin tinggi trafik, maka semakin tinggilah kadar caj yang boleh anda kenakan.

Kesimpulan

Inilah salah satu cara bagaimana menghasilkan pendapatan sama ada secara sampingan atau sepenuh masa. Katakan satu review berharga RM100.00, maka jika lima buah review, jumlah pendapatan anda ialah sebanyak RM500.00. Bagaimana pula dengan 10 buah review? Lumayan bukan? Malah, anda juga akan mendapat produk secara percuma daripada usahawan atau syarikat tersebut! :)

Kerja-kerja review walau mengambil sedikit masa dan usaha, namun hasilnya amat berbaloi. Anda melakukannya bukan secara percuma, tetapi anda dibayar. Malah anda buat apa yang anda minat.

Sekarang sudah tiba masanya anda menggunakan ilmu yang anda ada untuk buat duit dengan blog!

p/s: Pakej Kit Blogger akan merungkai persoalan anda mengenai blog dan cara membina blog dot com. Panduan ini adalah yang terbaik di dalam Bahasa Melayu. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Last 5 posts by smartzul