Boleh Mula Dengan Blog Percuma Dahulu…

Jika anda kurang yakin untuk memasang blog sendiri di domain name dan Hosting, maka jalan terbaik adalah mencubanya dahulu di platform blog percuma dahulu.

Saya rekemenkan dua sahaja kerana rasanya inilah yang terbaik:

1. WordPress.com

2. Blogger.com

Pergilah ke laman web mereka tersebut dan daftarkan diri secara percuma. Lihatlah apa yang ada di dalamnya, belajar menulis sedikit, cubakan diri untuk menukar kod-kod yang asas dan apa sahaja yang perlu dan anda mahukan.

Kalau berlaku Error dan sebagainya, anda tidak rugi kerana ia boleh dikembalikan (restore) dengan mudah. Atau memang tidak rugi pun sebab anda menggunakannya untuk belajar dan mencuba.

Kemudian, apabila anda sudah merasakan yang anda sesuai menjadi seorang ‘blogger’ atau serius dengan blog sama ada untuk perniagaan atau ‘buat duit’, maka beralihlah kepada blog yang dipasang sendiri. Ia lebih sesuai dan banyak faedah.

Cara yang saya berikan di atas adalah cara ‘lambat’. :)

Cara yang cepat ialah terus belajar dan bertindak dengan memasang terus blog dot com sendiri. Tidak tahu? Maka sebab itulah Pakej Kit Blogger dihasilkan untuk membantu anda atau sesiapa sahaja yang mahu membina blog dot com sendiri.

Cuma peringatan saya ialah, soalkan diri anda, “adakah aku benar-benar serius untuk memiliki blog dot com?“.

Jika anda ragu-ragu, rujuklah mereka yang tahu. Jika anda tidak berminat atau tidak serius, maka jalan yang terbaik adalah, jangan bazirkan wang ringgit anda untuk membeli domain name dan Hosting.

Perkara-perkara yang berbayar dan yang memerlukan komitmen serta kesungguhan adalah HANYA untuk mereka yang serius dan ada matlamat yang jelas sahaja. Mereka tahu apa yang mereka lakukan dan mereka tahu mengapa mereka melakukannya.

Semoga tip kali ini membantu anda membuat keputusan secara bijak.

Wassalam, jumpa lagi.

================

Rujukan: http://bloggingsteps.com/kit

Last 5 posts by smartzul

m4s0n501

5 thoughts on “Boleh Mula Dengan Blog Percuma Dahulu…

  1. lost says:

    Pasang blog percuma dulu,belajar camna nak urus. Makna nya banyak idea dan info yang keluar kat blog yang di pasang. So,lepas dah belajar dan nak lebih serius iaitu nak blog dot com….makna nya ini blog percuma kita yang banyak dah idea info kita type pun kena tinggalkan juga lah? Maksud aku,penat-penat je kita type,then terpaksa kita buang pabila nak buat blog yang bukan percuma!

    Jadi,aku nak tanya…kalau blog percuma ni kita suai dan tukar jadi blog berbayar,boleh ke? Iye lah,malas nak type semula..

  2. says:

    Boleh saja export ke blog berbayar (pasang sendiri). Tapi sebaiknya, jangan lama-lama sangat sebab nanti sukar nak export. Satu lagi, rugi dari segi branding dan SEO.

  3. says:

    Nampaknya kalau sy nk berdot com sendiri kene buat baru la kot….dh lama guna yg free…
    tp still x reti2 lg bab2 html nih…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree