“Panduan Mudah Untuk Blogger”
Boleh dikatakan, sejak akhir tahun lepas, saya telah hampir mendapat 5 atau 6 kali bayaran daripada text-link-ads.com iaitu salah satu program menjana pendapatan dengan blog.
Walaupun hasil yang saya dapat adalah sedikit, namun saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya tahu bagaimana untuk melakukannya. Untuk pengetahuan semua, saya tidaklah begitu fokus dan serius dengan program ini, maka sudah tentulah hasilnya juga sedikit.
Saya melakukan program ini bukan sebab suka-suka, tetapi saya mahu menjana pendapatan sampingan secara ‘auto-pilot’ dengan mudah walaupun tidak begitu serius melakukannya. Teruskan membaca…
Setiap awal bulan, saya akan mendapat bayaran daripada pihak text-link-ads.com (TLA) dan jumlah bayaran itu bergantung kepada jumlah link yang dipamerkan di blog saya. Salah satu blog yang dimasukkan untuk program ini adalah blog ebiz iaitu http://blog.smartusaha.com. Cuba lihat rajah berikut:
Anda boleh melihat dua link tersebut di bahagian sidebar (tepi) kanan blog smartusaha.com itu. Setiap link tersebut mempunyai nilai tersendiri dan bila cukup sebulan link tersebut berada di blog saya, maka saya akan dibayar oleh pihak TLA. Jika pihak yang meletak link itu mahu link laman web mereka terus berada di blog saya, maka mereka perlu membayar pihak TLA. Begitulah prosesnya.
Ini adalah bukti saya mendapat bayaran sebanyak $64.25 USD bagi bulan Mac 2007:

Ini adalah ’statement’ di akaun PayPal saya:
*Sila klik pada imej tersebut untuk saiz paparan yg lebih besar.
Jelas dan terbukti, kita boleh buat duit dengan blog!
Di lain masa, saya akan kongsi lagi beberapa perkara berkaitan dengan program TLA ini. Cuma syarat asasnya, blog anda mesti ada nilai PR yang tinggi sekurang-kurangnya PR3 (dicadangkan). Blog SmartUsaha.Com mempunyai PR5. Blog anda juga mesti ada ranking yang baik di Alexa.Com iaitu tools yang dapat melihat sejauh mana trafik (pelawat) ke laman web anda. Itulah dua syarat penting untuk menyertai program TLA ini. Jika tidak, blog anda susah untuk diterima oleh pihak TLA atau susah untuk mendapat pembelian link oleh mana-mana pihak.
Usah gusar dan kecewa, kerana anda boleh berusaha ke arah itu. Tingkatkan promosi blog anda untuk dapat trafik dan tingkatkan jumlah backlink untuk dapatkan nilai Google PR yang baik.
Jika anda tidak dapat melakukan program TLA ini, usah kecewa kerana ada lagi cara-cara yang lain. Saya akan kongsikan apakah cara buat duit dengan blog yang mana saya sendiri telah mendapat hasilnya. Ia bukan mitos dan ia bukan karut. Siapa yang usaha, mereka akan dapat. Jumpa lagi.
Bagi anda yang berminat untuk mencuba, boleh mendaftarkan diri anda melalui link berikut:
Ikhlas,

PS. Sebelum saya menulis artikel ini, saya telah melakukan satu perkara di salah satu blog saya untuk mendapatkan ‘bayaran mudah’.
PPS. Anda belum ada blog dot com sendiri? Dapatkan Pakej Kit Blogger. Anda akan dapat membina blog anda sendiri! Klik di sini untuk mendapatkannya.
Video: Tonton video cara buat duit dengan blog di laman web YouTube ini:
http://youtube.com/watch?v=ROdMAe2rAzk
6 Responses for "Buat Duit Dengan Blog : Text-Link-Ads.Com"
[...] Baca artikel lain: BUKTI blog boleh menghasilkan pendapatan ‘mudah’. Klik di sini. Bookmark Artikel Ini. Klik Pada Mana-Mana Button: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages. [...]
Tahnih Zul. Tentu dengan pendedahan Zul ini lebih menyakinkan ramai orang bahawa boleh membuat duit melalui blog.
[...] Pada tulisan saya yang lepas, saya telah mendedahkan salah satu program yang telah saya lakukan iaitu text-link-ads.com. Walaupun hasil yang sedikit, namun ia adalah satu permulaan yang memuaskan hati saya. Lagipun, ia hanyalah sebagai side income sahaja, bukan primary income saya. [...]
[...] dapat ilmu dari sdr SmartZul. Dia tu baik orangnya. Anda boleh berkongsi ilmu beliau disin: http://bloggingsteps.com/tips/buat-duit/buat-duit-dengan-blog-text-link-adscom.html Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover [...]
uishh..teringin jgk ni..
Saya berminat tapi tak tau nak mula, mula dengan blogger, wordpress, C-panel atau?. Saya telah mengoder Panduan Asas C-Panel melalui suami saya norsham bin yunos, email add ynorsham@maxis.com.my tapi sampai sekarang belum terima lagi, jadi saya masih tertunggu-tunggu bila nak mula projek.
Leave a reply