“Panduan Mudah Untuk Blogger”
24 Jan
Minggu Media Sosial Malaysia (Malaysia Social Media Week) 2012 akan diadakan di PTWC pada 13 hingga 17 Februari 2012.
Saya sebagai seorang blogger perniagaan Internet dan juga pengguna tegar media sosial terutama Facebook dan blog, sudah pasti tidak akan melepaskan peluang menyertai program ini.

Saya sebagai seorang blogger perniagaan Internet dan juga pengguna tegar media sosial terutama Facebook dan blog, sudah pasti tidak akan melepaskan peluang menyertai program ini.
Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Minggu Media Sosial (Malaysia Social Media Week) 2012…
.
26 Jan
Heboh satu Malaysia apabila akhbar Berita Harian meletak tajuk di muka utama, “Blogger Raih Untung RM1 juta”. Sedikit sebanyak ramai pihak yang memperkatakan hal ini.
Tidak mustahil menjadi jutawan dengan blog, tapi… Ia tidaklah semudah itu. Ia perlukan perancangan yang rapi, dedikasi, kental dan perlu banyak belajar serta menyelongkar pelbagai cabang bisnes dan buat duit melalui blog.
Apa pun bagi saya, 1 juta ataupun tidak, setiap orang mempunyai tujuan masing-masing dalam menggunakan blog. Tidak semua orang guna blog untuk buat duit secara langsung. Contoh: Si A tulis mengenai motivasi, kemudian beliau dijemput memberi ceramah di sana sini. Lama-lama, bolehlah 1 juta termasuk melalui produk seperti CD dan buku-bukunya. Tidak mustahil…
Apa pendapat anda?
[FB Page] Jom sertai FB BloggingSteps.com dengan klik di sini.
10 Apr
ISTILAH globalisasi merujuk kepada fenomena yang menjadikan dunia kelihatan seperti mengecil dari segi perhubungan manusia kerana kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Dewasa ini, Internet merupakan alat globalisasi yang tidak dapat dinafikan kepentingannya dalam menyebarkan maklumat.
Blog pula ialah salah satu media alternatif yang menggunakan jaringan Internet dan semakin popular digunakan, khasnya oleh golongan muda kerana masa dan ruangannya yang tidak terhad seperti media-media lain.
Baru-baru ini, iaitu pada 11 Mac 2008, satu diskusi berkaitan blog bertajuk ‘Penulis dan Blog: Trend Masa Kini’ telah diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam diskusi tersebut, panelis-panelis telah mendedahkan bahawa sehingga Februari lalu, terdapat 108 juta laman blog yang wujud, dengan 120,000 blog baru setiap hari atau 1.4 blog sesaat.
Perangkaan ini jelas menunjukkan bahawa blog merupakan medium yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat bagi menyalurkan maklumat antaranya agama, pendidikan, undang-undang, politik dan bisnes.
Malah ia turut menyuarakan pandangan mereka menerusi catatan-catatan atau diari dalam talian, keluh-kesah, artikel dan komen berkenaan pelbagai perkara, lazimnya dalam isu melibatkan masyarakat dan pemerintahan negara.
Sehubungan itu, hasrat Menteri Penerangan yang baru, iaitu Datuk Ahmad Shabery Cheek, untuk mendekati para penulis blog adalah sangat wajar dan harus dipuji.
Beliau berpendapat bahawa pandangan penulis blog tidak boleh diketepikan, dan menyatakan keinginannya untuk membuat pertemuan dengan mereka bagi mendapatkan maklum balas sebagai usaha membantu pembangunan negara.
Ini adalah kerana, pandangan-pandangan yang dimuatkan ke dalam blog lazimnya merupakan ‘suara hati’ yang sebenarnya kerana tidak melalui sebarang ‘penapisan’. Jadi, ketulenan pandangan tersebut adalah lebih tinggi dan perlu diambil kira dalam menilai hasrat dan keinginan masyarakat terhadap negara khususnya.
Kesimpulannya, blog merupakan medium yang tidak boleh dipandang ‘sebelah mata’ seperti pada awal penggunaan Internet di negara kita.
Masyarakat hari ini semakin peka dan bijak menggunakan teknologi dalam menyalurkan sebarang idea, pandangan dan ketidakpuasan terhadap sesuatu perkara.
Justeru, usaha yang ingin dilakukan oleh beliau bagi mendekati penulis blog adalah wajar disokong.
– Mohd Faisal Mustaffa,
Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya.
Sumber: Utusan.com.my
8 Apr
SHAH ALAM 29 Mac – Setelah melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor pada 19 Mac lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo kini turut terlibat dalam bidang penulisan untuk laman blognya sendiri.
Laman blog yang dilancarkan hari ini dibuat sebagai salah satu saluran kepada bekas Menteri Besar Selangor itu untuk menyuarakan pandangannya terhadap pentadbiran baru kerajaan negeri di bawah pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Mohamad Khir ketika dihubungi di sini hari ini berkata, laman blog yang beralamat di www.drkhir.blogspot.com itu diwujudkan supaya setiap masalah rakyat diambil kira oleh kerajaan negeri termasuk melaksanakan semua janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.
‘‘Saya kini ada banyak masa berbanding sebelum ini yang saya tumpukan terhadap tugas sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO serta Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor.
‘‘Oleh itu, saya gunakan masa yang ada selain memberi tumpuan kepada rakyat di Sungai Panjang, saya turut menyuarakan pandangan dan pendapat melalui laman blog supaya ia dapat dikongsi oleh semua rakyat termasuk kerajaan negeri sendiri,’’ katanya.
Malah, katanya lagi, beliau turut mengalu-alukan sebarang komen daripada semua pihak khususnya jika ia membabitkan masalah rakyat.
Tambah Mohamad Khir, beliau juga akan memastikan PKR melaksanakan setiap janji mereka dan tidak akan membiarkan rakyat ditipu.
Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan tindakan kerajaan negeri pimpinan PKR mengenakan levi ke atas majikan yang menggaji pekerja asing sebagai terburu-buru dan hanya untuk meraih populariti.
Sebaliknya, tegas beliau, kerajaan negeri perlu mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan kerajaan Pusat termasuk Kementerian Kewangan untuk mengenakan levi sebanyak RM100 setahun bagi setiap pekerja asing bagi disalurkan ke Dana Khas Belia Selangor.
Ini kerana, katanya, dasar pekerja asing adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Pusat termasuklah peruntukan undang-undang, manakala tindakan mengenakan levi kepada majikan sudah pasti akan memberi implikasi kewangan kepada pekerja asing serta majikan itu sendiri.
Sepatutnya, menurut beliau, kerajaan negeri perlu mengkaji keperluan dari segi perundangan selain mengambil kira pandangan setiap majikan sebelum membuat keputusan mengenai perkara itu.
Sumber: Utusan.com.my
SideRSS Error: Something bad happened! Try again later.