Tip Blog, Blogging dan Wordpress

“Panduan Mudah Untuk Blogger”

Archive for the ‘Blogging Tips’ Category

Assalamu’alaikum dan salam bahagia.

Sudah lama tidak menulis di blog ini. Bukan tak ada idea, tetapi sedikit sibuk dengan beberapa projek sebelum balik hari raya nanti + menguruskan blog utama saya, smartusaha.com. :)

Apapun, saya akan cuba sedaya upaya mengemaskini blog ini dengan tulisan-tulisan yang berkaitan dengan blog seperti yang saya janjikan di awal penulisan saya. Saya akan kongsi apa yang saya tahu mengenai blog dan perkara-perkara yang berkaitan untuk manfaat anda semua.

Baiklah, berbalik kepada tajuk, saya sedang menyiapkan satu ebook lagi, hmm, sudah pasti kali ini ia juga percuma. Sebelum ini saya telah menulis sebuah ebook mengenai paypal (lepas ini akan keluar versi kedua) dan kali ini, ebook percuma kedua saya akan berkisar mengenai…… hehe, tunggguuuu.. Anda teka lah nak teka apa pun. ;)

InsyaAllah, saya akan melancarkan ebook tersebut paling lewat esok petang (6/10/06) jika tiada aral melintang. Yang pasti, ebook tersebut akan membantu anda terutama yang newbie memahami dengan lebih lagi bagi perkara tersebut. Namun yang pasti, jika saya ingin meletakkan harga, saya akan kenakan bayaran RM29.00 untuk ebook tersebut. Tetapi, tak apa, saya berikan secara percuma kepada anda semua. Ikhlas daripada saya..

Anda sudah mempunyai blog?

Ya, saya yakin, sudah ramai memiliki blog sendiri terutama memakai blog percuma di blogger.com atau mungkin anda dalam proses perancangan. Soalan saya, apakah niche anda? Apakah topik anda? Adakah ramai pesaing (laman web) lain yang sama topik dengan blog anda? Apakah keunikan blog anda? Apakah cara promosi yang telah anda lakukan?? dan banyak lagi soalan lain yang saya boleh tanya.. :)

Namun yang terpenting adalah, langkah pertama iaitu penentuan topik yang niche. Jika anda ada laman web jualan bagi satu-satu produk, buatkan blog untuk laman web tersebut. Hal ini saya telah ulas di tulisan yang lepas.

Sehingga berjumpa lagi.

ikhlas,

zulfadli

smartusaha.com

Langkah 1: Tentukan Tema Blog Anda

Baiklah, tentu anda sudah ingin tahu apakah langkah pertama yang patut dilakukan sebelum mula membina blog bukan? Jadi di tulisan ini, saya akan menulis langkah pertama kita iaitu menentukan tema penulisan blog kita.

(more…)

Tunggu! Jangan Buat Blog Selagi…

Ya, tunggu dulu sebelum anda memulakan pembinaan blog jika anda TIDAK TAHU apa itu blog dan istilah yang berkaitan. Walaupun ia tidak perkara utama, tetapi menjadi satu kesenangan untuk anda jika anda tahu beberapa perkara asas mengenai blog.

Persoalan mudah: Apa itu blog? Haaa, mesti tergagap-gagap nak jawab ni… ;)

Nanti di tulisan seterusnya, saya akan berikan beberapa perkara asas yang penting.

PS. Nak belajar silat, takkan terus nak belajar tumbukan maut kot.. Kena belajar dulu asas-asas gerakan silat, petua dan pantangnya. ;)

  • 5 Comments
  • Filed under: Blogging Tips
  • Hehe, tajuk jer english. Tapi isinya BM. SmileBlog adalah salah satu tools marketing yang amat power jika kena caranya. Ramai yg tertewas di pertengahan jalan dengan guna cara ni. Mereka yg tewas tu rata2 menganggap satu keajaiban akan berlaku.

    Baik, macam mana nak buat duit dengan blog? Mudah sahaja. Macam benda lain jugak:

    (more…)