“Panduan Mudah Untuk Blogger”
9 Feb
Menurut Lea Woodward, pautan kedua terbanyak selepas pembaca membaca entri kita adalah ruangan ‘About’, atau biasanya dikenali sebagai ‘Tentang’, ‘Tentang Penulis’, ‘Siapa Saya’ apabila kita melawat blog-blog tempatan.
Hal ini juga turut diakui oleh Chris Brogan di entri blog beliau, yakni ‘About About About’. Ini kerana secara naturalnya, pembaca blog sentiasa mahu tahu, siapakah gerangan di sebalik pemilik blog tersebut. Lebih-lebih lagi apabila setiap entri mereka memaparkan informasi yang baik, lagi bermanfaat.
Ruangan about merupakan ruangan pengenalan diri kita pada pembaca. Fungsi-fungsinya adalah seperti berikut:
Jadi, kita perlu tahu bagaimana untuk memaparkan biodata diri dengan lebih efektif, supaya pembaca terpikat, lalu bertukar menjadi pembaca setia blog. Ini secara tidak langsung, menjadikan blog kita berpengaruh.
Paparkan Gambar Pemilik Blog
Tahukah kita bahawa 65% komunikasi efektif, datang daripada komunikasi berbentuk visual? Hal ini dijelaskan oleh pakar komunikasi jualan, yakni Carmine Gallo. Kata beliau, contoh yang paling baik boleh dilihat adalah menerusi CEO syarikat Apple, iaitu Steve Jobs.
Jika kita lihat, setiap kali beliau mempersembahkan slaid Keynote, hanya imej sahaja yang dipaparkan. Ini kerana beliau tahu, penonton akan berasa lebih teruja jika kita memaparkan imej, berbanding teks yang panjang berjela-jela.
Bagi memberikan first impression yang baik kepada pelawat, maka paparkan gambar kita di bahagian about. Pastikan juga gambar tersebut adalah gambar profesional, dan mempunyai resolusi tinggi. Gambar yang pecah dan kurang menarik, akan mengurangkan minat pembaca untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai pemilik blog.
Kekalkan Mantra WIIFM
WIIFM merupakan singkatan kepada Whats In It For Me. Apabila kita menubuhkan blog, apakah kebaikan utama yang mahu diberikan kepada pembaca? Sebagai contoh, jika blog kita adalah blog kesihatan, maka objektif utama blog tersebut adalah:
Kita harus nyatakan kebaikan yang akan diperoleh oleh pembaca. Kerana mereka adalah aset, dan mereka yang akan tolong mempromosikan blog kita kelak.
Ubah Ruangan About Hari Ini
Jika ruangan about kita masih lagi tidak diubahsuai seperti cadangan di atas, maka bertindaklah hari ini. Pastikan ruangan tersebut padat, tepat dan fokus pada kebaikan yang akan diperoleh oleh pembaca.
Tentang Penulis
Aqif Azizan merupakan usahawan internet dan penulis sepenuh masa. Beliau kini bertugas sebagai Content Developer & Business Manager di Flarebiz Network, sebuah syarikat teknologi maklumat yang dipelopori oleh usahawan muda.
Layari blog perniagaan internet beliau untuk maklumat lanjut.
14 Jan
Ini adalah artikel yang amat praktikal dan boleh dipraktikkan terus. Dengan syarat, pembaca telah memiliki asas blogging berkaitan. Semoga bermanfaat.
——————
Pilih satu cabang bidang dan fokus pada penulisan berkaitan bidang itu sahaja. Kelak di satu masa, beberapa hasil yang akan diperolehi adalah seperti:
(1) Dijemput ke perjumpaan tertutup (seperti sidang media). Di luar negara, hal ini sudah tidak asing lagi. Malah blogger amat ‘dihormati’ di sana. Di Malaysia pula, peluang masih terbuka luas untuk bidang-bidang selain politik dan hiburan. InsyaAllah, ia akan berkembang dari masa ke semasa.
(2) Dijemput ke mana-mana program secara percuma untuk membuat liputan.
(3) Dijemput memberikan ceramah (talk) ataupun membentangkan kertas kerja. Mana tahu boleh dapat tiket flight dan bilik hotel (penginapan) percuma.
![]()
(4) Mendapat sesuatu produk secara percuma untuk membuat ulasan di blog. Ya, mungkin akan menjadi kelompok pertama mencuba produk itu!
(5) Membina komuniti/peminat tersendiri. Kalau ada produk sendiri, atau mempunyai buku yang diterbitkan, kita sudah ada bakal pembeli.
(6) Dikejar oleh pihak media. Mana tahu, ada wartawan yang mahukan pandangan daripada anda!
(7) Menjadi penulis di kolum-kolum khas majalah atau akhbar. Wah, seronok bukan? Dapat bayaran (honorarium) tau!
![]()
“Dengan perkembangan pesat bidang majalah dan akhbar sekarang, semakin banyak bahan diperlukan oleh media massa negara kita. Rancangan jangka panjang Kumpulan Karangkraf bagi menerbitkan 200 buah majalah setiap bulan sudah cukup memberi gambaran sebanyak mana artikel yang dapat dibekalkan kepada majalah-majalah itu.”
Sumber: http://www.universitipts.com
Pendek kata: Perlu menjadi blogger berkredibiliti. Benar, ia menuntut usaha yang gigih dan strategi yang betul. Kedua, perlu pandai ‘memasarkan diri’ dan blog tersebut. Ketiga, rancang sekurang-kurangnya “plan” 3 tahun dari sekarang.
Antara bidang-bidang (industri) yang ada potensi di pasaran tempatan:
1. Keusahawanan/bisnes
2. Ekonomi
3. Pertanian
4. IKS – Industri Kecil & Sederhana
5. Teknologi dan ICT —> Bidang ini amat berkembang pesat di Malaysia!
6. Lain-lain. Boleh buat kajian di majalah dan internet berkaitan. Paling mudah, baca ruangan Bisnes & Ekonomi di akhbar-akhbar terkemuka seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro dan banyak lagi.
Utamakan bidang yang sedang dan akan berkembang agar usaha kita tidak sia-sia begitu sahaja. Biarlah susah di peringkat permulaan, tetapi kelak kita akan menuai hasilnya. Teguhlah pada usaha.
Tip PENTING:
1. Utamakan bidang yang banyak program dan produk di pasaran (terutama di kalangan Big Business atau sekurang-kurangnya IKS), iaitu sebaiknya bidang yang sudah menjadi sebuah industri. Elakkan bidang/topik yang hanya sekadar ramai pembaca biasa sahaja. Jadikan blog kita ‘dikejar’ oleh golongan-golongan industri dan mereka tidak kisah membayar kita.
Namun perlu ditekankan di sini, industri itu perlulah mempunyai kadar pengguna/pembeli yang besar jumlahnya. Contohnya bidang telekomunikasi (mobile phone, teleko seperti Celcom, Maxis, …, broadband). Jadi, perlu serasikan industri dengan pengguna agar usaha blog kita ini mencapai tahap yang baik. Kita memerlukan jumlah trafik (pengunjung) yang besar ke blog kita agar pihak bisnes berminat untuk mendapatkan ‘perkhidmatan’ kita.
Tersilap memilih pasaran yang kecil pasarannya, atau sukar berkembang maju atau tidak melibatkan pasaran ‘end user’, maka blog yang dibangunkan mungkin akhirnya terkubur begitu sahaja. Jadi, pastikan memilih bidang yang berkembang atau bakal berkembang + ada ‘end user/buyer’ yang besar pasarannya.
2. Pastikan kita boleh menulis berkaitan bidang tersebut. Walaupun tiada lulusan atau sijil, ia boleh dipelajari dan diusahakan. Salah satu usaha adalah dengan belajar cara menulis. Buku rujukan seperti “Buat Duit Dengan Menulis” (penulis: Jeniri Amir), adalah amat sesuai untuk dirujuki sebagai asas penulisan.
3. Lakukan usaha ini dengan berbekalkan minda usahawan dan bukan sekadar buat duit semata-mata. Fikirkan sejauh mungkin. Ya, sebaik mungkin perlu ada perancangan ‘rapi’ dan strategi yang berkesan. Bak kata orang putih, “do it with passion!”. Dengan itu, kita tidak cepat berasa bosan dan mudah kecewa kerana kita melakukannya dengan penuh motivasi dan serasi dengan jiwa.
Tip Mendapatkan Kandungan Blog: Baca berita di akhbar dan hubungi pihak atau individu berkaitan. Temubual mereka secara ringkas dan buat ringkasan di blog. Dan boleh juga membuat respon dengan pendapat sendiri terhadap sesuatu isu yang sedang berlaku dalam bidang tersebut. Benar, kita perlu proaktif mencari kandungan blog dan tidak boleh hanya menunggu kita dihubungi.
Mengapa saya keutarakan hal ini?
1. Mahu memperkembangkan bidang blog jenis ini. Kita masih kekurangan. Sekarang banyak blog berbentuk personal dan lebih kepada ‘end user/buyer’, tetapi tidak target kepada pemain-pemain industri atau bidang yang mempunyai pasaran yang lebih menguntungkan.
2. Kita perlu memulakannya dahulu. Pemain industri tidak akan sedar kepentingan blog/blogger industri selagi tidak banyak blog sebegini wujud. Jadi kita perlu menjadi pemula.
Marilah kita menjadi usahawan dengan menggunakan blog dan bukan hanya sekadar blogger di dunia Online semata-mata. Semoga berjaya!
Bina blog dot com sendiri: http://bloggingsteps.com/kit
.
Hakcipta Terpelihara (c) SmartUsaha.com (Perniagaan Internet)
*Tidak diizinkan “copy & paste” artikel ini tanpa kebenaran dan permohonan terlebih dahulu. Boleh kongsikan link terus direct ke artikel ini: http://bloggingsteps.com/tips/blogging-tips/blogger-usahawan.html
[FB Page] Jom sertai FB BloggingSteps.com dengan klik di sini.
4 Jan
Selepas kita selesai memasang blog dengan menggunakan sistem WordPress, maka biasanya kita mahu menukar Theme yang digunakan kepada yang lebih baik dan sesuai.
Berikut adalah beberapa laman web yang menyediakan theme-theme percuma sama ada dikeluarkan sendiri oleh mereka ataupun hanya senarai (sumber).
http://wordpressthemesbase.com
http://www.amazingwordpressthemes.com
WordPress Theme Percuma oleh BloggingSteps.com
*Senarai di atas akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Tip: Salah satu kekurangan Theme percuma adalah kita tidak boleh membuang sumber asal Theme yang diletak di bahagian Footer. Jika mahu, kita boleh buang iaitu dengan menghubungi pihak pengeluar Theme dan tanya mereka berapa kos yang perlu kita bayar untuk membuang ‘footer link’ tersebut.
Premium Themes: Jika mahu yang berbayar, iaitu Premium Themes, anda boleh lihat senarai laman web yang menjualnya di sini:
http://wordpress.org/extend/themes/commercial
Dengan yang berbayar, kita boleh gunakan semaksima mungkin tanpa sebarang halangan seperti membuang footer link. Berikut adalah beberapa pihak yang menjual WordPress Themes.
2. Theme Forest
-
[FB Page] Jom sertai FB BloggingSteps.com dengan klik di sini.
8 May
Klik link berikut untuk download WordPress Theme secara percuma:
Klik di sini untuk download WordPress theme percuma.
Gunakan untuk blog anda mengikut kesesuaian. Ada enam design yang warnanya berbeza.
Syarat Penggunaan:
1. Boleh digunakan untuk anda.
2. Boleh diberikan kepada kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang ada blog WordPress sendiri.
3. Boleh diedarkan (distribute) dengan apa jua kaedah (jual, jadikan bonus, dan apa saja cara).
Semoga bermanfaat.
SideRSS Error: Something bad happened! Try again later.