Tip Blog, Blogging dan Wordpress

“Panduan Mudah Untuk Blogger”

Archive for the ‘Blogging Tips’ Category

Manfaatkan Kuasa Blog Untuk Perniagaan

Jika diperhatikan, masih banyak pihak perniagaan besar terutama yang ada nama dan maju tidak menggunakan blog sebagai satu platform pemasaran yang berkos rendah. Mungkin tahap kesedaran mereka terhadap kuasa blog masih di tahap rendah di samping menganggap blog hanyalah tempat mengutuk dan berpolitik semata-mata.

Jika biasanya kita menjemput para wartawan untuk membuat sidang media, tapi ada satu pihak yang tidak boleh kita pandang sebelah mata iaitu para blogger (pemilik/penulis blog).

Malah dapat dikatakan, kuasa penulis blog adalah lebih hebat daripada media massa yang besar atau prima kerana blogger lebih dekat dengan para pembaca (dari hati ke hati dan lebih telus, serta jauh daripada spekulasi). Malah setiap blogger mempunyai para audiens, target dan pengikut tersendiri.

Jika anda adalah seorang usahawan dan pemilik sebuah perniagaan yang mempunyai produk untuk dipasarkan, manfaatkanlah para blogger. Saya tidak pasti berapa ramai blogger yang ada di Malaysia (terutama blogger yang serius dan sebagai satu kerjaya), tetapi yang pasti jumlahnya semakin meningkat malah sudah ada persatuan atau kelab tersendiri. Itu belum dikira blogger yang bergerak secara bersendirian dan dalam kumpulan-kumpulan yang kecil.

Jadi bagaimanakah caranya untuk memanfaatkan kehebatan mereka? Jawapannya mudah iaitu adakan satu ‘sidang blogger’ seperti mana diadakan sidang media untuk menerangkan mengenai produk perniagaan anda. Atau jemput sekali para blogger di sidang media yang diadakan.

Andaikata 20 orang blogger datang ke sidang atau majlis penerangan tersebut, bayangkan kebarangkalian berikut:

1. Katakan secara purata setiap orang blogger mempunyai 500 orang pembaca tetap atau pengikut.

2. 500 orang akan membaca ulasan blogger tersebut mengenai produk atau perniagaan anda.

3. Di kalangan 500 orang itu juga mempunyai blog dan mereka menulis kembali ulasan kmengenai produk anda atau sekadar membuat link back kepada ulasan blogger sebelum ini. Paling kurang mereka membuka perbincangan di forum-forum terbuka di Internet.

4. Ulasan pembaca tadi akan dibaca oleh pembaca blog mereka atau pengguna Internet yang lain.

5. Dan begitulah seterusnya akan dilakukan oleh para blogger yang lain.

Inilah dikatakan sebagai pemasaran viral (viral marketing) atau dalam bahasa mudah, mulut ke mulut. Dan ia berkos rendah!

Pihak usahawan amat patut menggunakan atau memanfaatkan ruang yang ada ini. Para blogger biasanya tidak akan mengenakan caj untuk membuat ulasan mengenai produk anda kerana biasanya mereka sentiasa mencari isi kandungan terkini untuk dimasukkan ke dalam blog mereka.

Saya hanya menulis secara ringkas. Selebihnya anda bolehlah research sendiri.

Jangan pandang remeh pada blogger. Mereka juga ada “kuasa”.

Rujukan tambahan: Artikel di Utusan Malaysia: Kuasa Blog Automotif

———————

Penulis Artikel Ini: Mohd Zulfadli (smartzul). Lawati blog utama beliau – Perniagaan dan Keusahawanan Internet

  • 7 Comments
  • Filed under: Blogging Tips
  • Blueprint Asas Buat Duit Dengan Blog

    Ingin buat duit dengan blog? Tak percaya? Ketepikan ketidakpercayaan itu dan ketepikan kegagalan anda yang lepas di dalam usaha buat duit dengan blog.

    Soal tidak percaya adalah amat karut kerana sudah ramai yang berjaya buat duit dengan blog termasuk saya. Dan anda boleh membaca salah satu cerita terkini mengenai seorang blogger yang kini hidup senang dengan hanya bekerja sebagai blogger sepenuh masa! Saya akan berikan link mengenai blogger itu di akhir artikel ini.

    Anda gagal mendapat hasil disebabkan anda tidak mempunyai blueprint atau panduan menyeluruh apa yang perlu anda lakukan! Ya, anda hanya buat secara tangkap muat atau sekadar melepas batuk di tangga, dan tidak berusaha secara tersusun dan terancang.

    Buat duit dengan blog umpama usaha membina sebuah bangunan yang tinggi. Tanpa perancangan dan rujukan (blueprint) yang disediakan oleh arkitek/pelukis pelan bangunan, sudah pasti bangunan tidak akan siap atau kelak ia akan roboh!

    Begitulah juga buat duit dengan blog, anda perlu duduk dengan tenang dan rancang sebaik mungkin blueprint buat duit dengan blog untuk diri anda sendiri.

    Di dalam artikel ini, saya hanya nyatakan asas blueprint iaitu perkara yang perlu anda ada di dalam usaha menjana pendapatan dengan blog.

    Perkara 1: Mentor

    Anda tidak perlu belajar dan mencari sendiri. Belajarlah terus daripada mentor iaitu mereka yang telah berjaya buat duit dengan blog.

    Kata mudah daripada saya: Jangan mulakan usaha buat duit dengan blog selagi anda tidak ada mentor! Bagaimana untuk dapatkan mentor? Ini satu tip saya: Masuk ke forum WangCyber.com dan kenalpasti mereka yang telah berjaya dalam usaha ini. Hubungi mereka dan belajar dengan mereka (personal coaching). Sudah pasti kena bayarlah. ;-)

    Perkara 2: Ilmu

    Selain mendapat didikan mentor, anda perlu menambah ilmu dengan membeli panduan seperti ebook dan buku. Anda juga boleh menyertai seminar atau bengkel yang berkaitan. Pastikan tidak tertipu dengan ebook yang begitu banyak menjanjikan kekayaan mudah.

    Tanyalah pendapat mentor anda ebook mana satu yang bagus. Mereka pasti tahu panduan mana yang bagus dan panduan mana yang scam (menipu). Malah mereka juga sudah pasti mempunyai sumber rujukan tetap mereka. Minta dengan mereka semua rujukan tersebut seperti laman web, ebook percuma dan sebagainya.

    Perkara 3: Sumber Pendapatan

    Ini yang paling penting. Buat duit dengan blog banyak cara dan kaedahnya. Antaranya adalah program affiliate seperti Clickbank, Commision Juntion dan banyak lagi. Selain itu Google Adsense, Adbrite, menjual ruang iklan, menjual ebook, khidmat review produk dan sebagainya.

    Rujuk artikel saya yang bertajuk Produk Apa dan anda juga boleh baca beberapa artikel mengenai buat duit dengan blog yang saya tulis di blog ini.

    Perkara 4: Trafik

    Jika sebelum ini anda gagal di dalam usaha buat duit dengan blog, anda tahu apa puncanya? Ya, salah satunya adalah anda tidak mempromosi dengan agresif, konsisten dan dengan cara yang betul!

    Anda mesti merancang sekurang-kurangnya tiga cara untuk mempromosi blog anda. Tanpa trafik, blog anda umpama lebuh raya yang besar tetapi tiada kenderaan yang melaluinya. Sudah tentu ia amat menyeramkan. Sebaliknya, jika banyak kenderaan yang lalu dan sibuk 24 jam sehari, maka perniagaan di tepi jalan seperti kawasan rehat dan stesen minyak akan mendapat hasil jualan yang baik kerana ada pelanggan.

    Begitu juga dengan blog anda, pelawat (trafik) adalah satu perkara yang amat kritikal agar anda mendapat hasilnya. Semakin banyak pelawat blog anda dan semakin targeted trafik tersebut, maka semakin mudah untuk anda mendapat hasil yang tinggi.

    Antara cara atau teknik promosi blog adalah seperti menggunakan RSS, forum marketing, link exchange, iklan, khidmat review, viral marketing, artikel dan banyak lagi. Anda boleh baca satu artikel padat saya mengenai cara Irfan Khairi menarik trafik ke blog beliau.

    Perkara 5: Proses Monetizing Blog Yang BETUL

    Jika anda mempromosikan program affiliate di blog anda, anda perlu monetize promosi tersebut dengan betul dan berkesan. Anda tidak boleh main hentam sahaja.

    Apa itu monetize? Secara mudah ia bermaksud bagaimana cara anda mempromosi atau meletak iklan promosi sesuatu produk di blog anda. Di bahagian atas blog? Di sidebar blog? Di akhir artikel atau diselit dalam artikel? Begitu juga dengan cara penulisan anda, cara yang berkesan adalah dengan bercerita, bukan dengan mempromosi secara terus. Monetize juga termasuk kaedah promosi dan marketing anda seperti pengiklanan.

    Saya tidak dapat menyatakan proses monetizing yang tepat dan berkesan untuk blog anda kerana anda perlu melakukan percubaan sendiri di blog anda untuk mengetahui kedudukan atau teknik yang sesuai untuk blog anda. Ini kerana lain niche blog mungkin lain kaedahnya. Kalau nak tahu, tanyalah mentor anda sebab mereka banyak tahu. ;)

    InsyaAllah, nanti saya berikan beberapa tip monetizing di artikel akan datang.

    Perkara 6: Muhasabah

    Tajuknya seperti nak muhasabah diri. Ya, memang betul pun! Jika anda telah tetapkan jadual kerja blogging anda sekian dan sekian, di hujung setiap minggu atau paling kurang di hujung bulan, anda perlu luangkan sedikit masa untuk melihat sejauh mana kerja yang telah anda lakukan.

    Jika anda tak buat banyak kerja atau tugas yang telah anda tentukan sendiri, maka itulah sebabnya anda gagal dapat hasil yang memuaskan. Jika anda telah ikut semua perancangan tapi hasil masih lagi tak bagus bagi anda, maka inilah kelebihan muhasabah (post mortem).

    Anda lihat semula apa yang telah anda rancang. Mungkin blueprint blogging anda perlu diubah atau diperbaiki lagi. Kalau anda ada mentor, berbincanglah dengan mereka. Nah, inilah kelebihan ada mentor. Anda boleh tanya mereka bila-bila masa tanpa menyakitkan kepala sorang-sorang!

    Muhasabahlah tiga perkara berikut, inysaAllah anda akan berjaya kelak:

    1. Diri anda sendiri iaitu sejauh mana anda telah berusaha. Buat tak perancangan yang telah anda tentukan? Kalau malas, tak usahlah berangan nak dapatkan hasil yang besar.

    2. Semak balik marketing plan atau blueprint untuk usaha buat duit dengan blog anda. Jika ada yang perlu diperbaiki, lakukanlah tanpa bertangguh. Jika ada yang perlu ditingkatkan lagi, tingkatkan.

    3. Trafik. Gunakan aplikasi seperti google analytics atau paling kurang rujuk statistik di bahagian cpanel akaun hosting anda. Tanpa tahu jumlah trafik setiap hari atau bulan, amat susahlah untuk anda merancang dan improve apa yang patut.

    Ulangilah langkah muhasabah di atas sehingga anda mempunyai satu blueprint yang mantap untuk diri anda sendiri. Hati-hati jangan sampai blueprint anda jatuh ke tangan orang lain! :D

    Itu sahaja perkongsian saya setakat ini. Blog amat berkuasa. Jika saya tidak menggunakan blog sejak tiga tahun yang lepas, saya tidak akan berada di tahap ini terutama dikenali ramai walaupun tidak terkenal. :p

    Wassalam!

    ps. Saya ada ebook percuma dan juga tujuh siri tip mengenai blogging yang akan terus dihantar ke inbox emel anda. Klik di sini kalau mahu. Kalau tak mahu pun tak apa. :D

    pps. Oh ya, saya hampir lupa. Anda boleh baca mengenai seorang blogger sepenuh masa yang boleh dikatakan telah berjaya mendapat hasil. Daripada hidupnya yang “pokai”, tapi kini sudah berubah ke arah kejayaan! Klik di sini untuk membaca cerita beliau. Saya yakin anda pasti teruja dan juga mahu berjaya seperti beliau! Buat duit dengan blog memang best!!

    *Jom follow saya di twitter. Klik button di bawah:

    twitter-smartzul

  • 9 Comments
  • Filed under: Blogging Tips
  • Jangan Serabutkan Blog Perniagaan Anda

    Sebuah blog perniagaan tidak perlukan banyak aplikasi tambahan seperti mana yang dilakukan oleh kebanyakan blogger biasa.

    Jika anda memiliki blog yang khas untuk perniagaan, anda perlu tahu bahawa ia sudah semestinya tidak sama dengan blog suka-suka atau sekadar sebuah blog melepas geram.

    Pada sebuah blog perniagaan, apa yang sudah memadai adalah:

    1. Bahagian untuk pembaca subscribe ke newsletter anda atau RSS

    2. Senarai produk dan servis anda

    3. Senarai artikel semasa dan selepas

    4. Bahagian untuk pembaca menghubungi anda

    Aplikasi-aplikasi tambahan yang tidak perlu akan menyebabkan blog lambat untuk diakses. Begitu juga grafik, jangan terlampau banyak grafik.

    Antara lain, gunakan plugins yang perlu sahaja dan jika ada yang tak diguna, delete atau buang daripada server. Kemudian, kurangkan atau buang kod-kod script yang tidak diperlukan pun.

    Fokuskan pada isi kandungan sebab itulah yang pembaca mahukan. Grafik dan aplikasi tambahan hanyalah suatu pilihan sahaja, BUKAN satu kewajipan.

    Antara kerugian meletak banyak aplikasi, imej dan sebagainya di blog adalah:

    1. Lambat untuk diakses

    2. Blog tidak akan berjaya menjadi satu alat pemasaran yang berkesan

    3. Pembaca cepat bosan

    4. Menyusahkan pembaca melayari blog

    Berpada-padalah ‘menghias’ blog anda. Cantik dan banyak aplikasi bukan bermakna ia bagus, tapi hakikatnya dalam masa tertentu ia boleh membawa kerugian yang tak disangka.

    Betullah kata bijaksana, “besederhanalah dalam setiap apa yang dilakukan”.

  • 9 Comments
  • Filed under: Blogging Tips
  • Disebabkan Irfan Khairi ada menganjurkan satu bengkel mini bertajuk “Pelanggan Tanpa Had” iaitu menambah prospek perniagaan melalui blog, maka saya mengambil kesempatan untuk membuat sedikit pandangan terhadap teknik yang mungkin beliau gunakan untuk mendapatkan trafik ke blog beliau.

    Daripada pemerhatian saya, antara beberapa teknik yang telah Irfan Khairi gunakan adalah:

    1. Media massa seperti:

    • TV
    • Akhbar / Tabloid
    • Radio
    • Majalah

    Kita sedia maklum, Irfan Khairi sentiasa tampil di pelbagai saluran media massa di Malaysia ini. Dengan pendedahan yang berulang-kali, maka sudah pasti bilangan orang yang mahu mengakses blog beliau semakin bertambah.

    Kehebatan promosi melalui media massa tidak dapat kita sangkalkan. Ini kerana saluran sebegini mempunyai berjuta-juta orang prospek!

    2. Promosi Mulut Ke Mulut (“Cakap-Cakap Depan”)

    ‘Cakap-cakap depan’ adalah cakap-cakap yang positif mengenai Irfan Khairi. Pujian, sokongan, hormat dan lain-lain sering diperkatakan di mana-mana sahaja.

    Akibat daripada promosi mulut ke mulut ini, sudah pasti dinyatakan juga laman web atau blog Irfan Khairi. Contoh, “Kau masuklah blog dia, IrfanKhairi.com”.

    Atau paling kurang, yang berminat ingin tahu akan mencari di Google.com.

    3. “Cakap-Cakap Belakang”

    Lain dengan “cakap depan”, “cakap belakang” pula ada cakap-cakap negatif, fitnah, umpatan dan kata-kata dengki. Walaupun ia negatif, tapi promosi tetap promosi.

    Terima kasih kepada mereka yang suka cakap-cakap belakang. Lain kali, jangan pandang cakap belakang. Rugi woo, promosi free free je kat orang yang kita umpat tu. ;)

    4. Buku

    Buku “Rahsia-Rahsia Jutawan Internet Terbongkar” adalah satu buku yang betul-betul mendapat sambutan hangat oleh rakyat Malaysia.

    Pada tahun 2005, buku ini mendapat ‘meletup’ dengan hebatnya dan sudah pasti seiringan dengan itu nama Irfan Khairi juga naik sama. Malah sehingga sekarang pun buku beliau tetap mendapat sambutan.

    Jadi apabila ada nama, sudah pasti orang akan mencari. Melalui internet, sudah pasti salah satunya adalah blog beliau.

    5. Newsletter

    Trafik yang masuk ke blog beliau tidak dibiarkan begitu sahaja. Jadi teknik newsletter digunakan di mana emel pengunjung diminta agar mereka dapat dihubungi pada bila-bila masa melalui emel.

    Di dalam emel, link ke blog sudah pasti akan diletak. Namun hanya dengan emel itu sahaja sudah memadai untuk terus menyematkan nama beliau di kotak fikiran prospek.

    Kesimpulan

    Tidak salah kalau saya katakan, trafik ke blog Irfan Khairi bukan 100% daripada usaha promosi melalui Internet. Tapi, beliau bijak mengaplikasikan segala medium offline mahupun online untuk menarik pengguna internet melayari blog beliau.

    Di blog, beliau akan menunjukkan kepakarannya dalam bidang motivasi dan perniagaan. Lantas, apa sahaja produk yang dikeluarkan, sudah pasti hasilnya sudah ada di dalam tangan kerana beliau telah mempunyai prospek dan audiens tersendiri yang meyakini beliau.

    Apa yang dapat saya simpulkan adalah, pengguna internet di Malaysia ini sudah mencecah jutaan termasuk pengguna dial up. Cuma sahaja kita perlu mempromosikan blog dengan pelbagai cara yang ada sama ada offline mahupun online.

    “Creating Buzz”

    Apa yang saya maksudkan dengan istilah ini adalah, salah satu faktor terbesar blog Irfan Khairi mempunyai ramai pengunjung adalah kerana wujudnya “Buzz”.

    Contoh termudah “Buzz” adalah cakap-cakap orang. Pada mula-mula beliau muncul pada tahun 2005, boleh dikatakan kalau orang bercakap mengenai perniagaan Internet, nama Irfan Khairi pasti disebut.

    Inilah kehebatan “Buzz”. Ia memberikan kuasa getaran yang hebat untuk menghasilkan sesuatu yang menguntungkan. Tetapi, untuk mencipta buzz bukanlah semudah disangka.

    Irfan Khairi pandai mengambil peluang yang ada. Beliau menampilkan dirinya dengan bukunya dan membongkar mengenai perniagaan internet yang selama ini tidak begitu diminati oleh rakyat Malaysia.

    Walaupun beliau bukan orang pertama jutawan Internet di Malaysia, namun peluang sudah digarapnya dengan baik dan buzz sudah tercipta. Maka jutawan Internet lain tenggelam tanpa dipedulikan oleh orang lain.

    Nah, inilah kehebatan buzz. Sukar saya mahu perjelaskan. Harap-harap anda fahamlah apa yang saya cuba maksudkan. Mudah ceritanya, “satu perkara semua orang bercerita”. Nama Irfan Khairi di mana sahaja.

    Mencipta Buzz ini bukan satu teknik baru. Malah kebanyakan blogger yang terkenal menggunakan teknik ini. Mereka bukanlah promosi sangat pun blog mereka. Tapi dengan buzz yang kena tunenya (tepat pada masa, keadaan, cara), hasil yang diperolehi adalah trafik/pelawat blog yang melimpah ruah.

    Bagi kes Irfan Khairi, buzz berlaku terhadap beliau bukan sahaja di Offline, malah di Online juga. Maka tak disangkalkanlah beliau mempunyai trafik yang melimpah luah tak habis-habis berkunjung ke laman web atau blog beliau.

    Anda tanyalah mana-mana pakar perniagaan, teknik Buzz ini adalah salah satu strategi perniagaan. Bagi saya amat mudah, kalau tak ramai yang tahu perniagaan anda, maka salah satu sebabnya tiada “kuasa buzz” yang anda usahakan.

    Wujudkan Sistem Aliran Trafik

    Bagi saya, untuk memastikan pelawat akan datang semula ke blog kita, satu aliran ‘sistem’ perlu diwujudkan. Contohnya:

    1. Sarankan pelawat subscribe Email Newsletter (atau Email RSS)
    2. Promosikan blog secara Online mahupun Offline. Link link link link. Letak link blog di mana-mana sahaja. Jangan SPAM sudahlah ya. Tak baik! Contohi Irfan Khairi. Di mana sahaja dia pasti letak atau sebut URL blog dia, IrfanKhairi.com. Anda juga mesti begitu!
    3. Dalam selang masa tertentu, hubungi subscribers melalui emel.
    4. Promosikan produk/servis
    5. Ulang proses 1 – 4 secara konsisten. Step 1 perlu buat kerja sekali sahaja seperti letak opt-in form di sidebar blog.

    Akhir kata, apa yang saya tulis ini adalah cakap-cakap depan. Satu promosi percuma untuk blog beliau. Oh! :D 1

    Anda pula bagaimana? Tiada blog sendiri? Usah gulana. Pakej Kit Blogger kan ada. ;)

    ps. Nak baca artikel mengenai Perniagaan Internet? Klik di sini. Saya jamin anda berpuas hati dengan artikel-artikel yang ditulis.