Tip Blog, Blogging dan Wordpress

“Panduan Mudah Untuk Blogger”

Archive for the ‘Buat Duit’ Category

Ini adalah artikel yang amat praktikal dan boleh dipraktikkan terus. Dengan syarat, pembaca telah memiliki asas blogging berkaitan. Semoga bermanfaat.

——————

Pilih satu cabang bidang dan fokus pada penulisan berkaitan bidang itu sahaja. Kelak di satu masa, beberapa hasil yang akan diperolehi adalah seperti:

(1) Dijemput ke perjumpaan tertutup (seperti sidang media). Di luar negara, hal ini sudah tidak asing lagi. Malah blogger amat ‘dihormati’ di sana. Di Malaysia pula, peluang masih terbuka luas untuk bidang-bidang selain politik dan hiburan. InsyaAllah, ia akan berkembang dari masa ke semasa.

(2) Dijemput ke mana-mana program secara percuma untuk membuat liputan.

(3) Dijemput memberikan ceramah (talk) ataupun membentangkan kertas kerja. Mana tahu boleh dapat tiket flight dan bilik hotel (penginapan) percuma. ;)

(4) Mendapat sesuatu produk secara percuma untuk membuat ulasan di blog. Ya, mungkin akan menjadi kelompok pertama mencuba produk itu!

(5) Membina komuniti/peminat tersendiri. Kalau ada produk sendiri, atau mempunyai buku yang diterbitkan, kita sudah ada bakal pembeli.

(6) Dikejar oleh pihak media. Mana tahu, ada wartawan yang mahukan pandangan daripada anda!

(7) Menjadi penulis di kolum-kolum khas majalah atau akhbar. Wah, seronok bukan? Dapat bayaran (honorarium) tau! :)

“Dengan perkembangan pesat bidang majalah dan akhbar sekarang, semakin banyak bahan diperlukan oleh media massa negara kita. Rancangan jangka panjang Kumpulan Karangkraf bagi menerbitkan 200 buah majalah setiap bulan sudah cukup memberi gambaran sebanyak mana artikel yang dapat dibekalkan kepada majalah-majalah itu.”

Sumber: http://www.universitipts.com

Pendek kata: Perlu menjadi blogger berkredibiliti. Benar, ia menuntut usaha yang gigih dan strategi yang betul. Kedua, perlu pandai ‘memasarkan diri’ dan blog tersebut. Ketiga, rancang sekurang-kurangnya “plan” 3 tahun dari sekarang.

Antara bidang-bidang (industri) yang ada potensi di pasaran tempatan:
1. Keusahawanan/bisnes
2. Ekonomi
3. Pertanian
4. IKS – Industri Kecil & Sederhana
5. Teknologi dan ICT
—> Bidang ini amat berkembang pesat di Malaysia!
6. Lain-lain. Boleh buat kajian di majalah dan internet berkaitan. Paling mudah, baca ruangan Bisnes & Ekonomi di akhbar-akhbar terkemuka seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro dan banyak lagi.

Utamakan bidang yang sedang dan akan berkembang agar usaha kita tidak sia-sia begitu sahaja. Biarlah susah di peringkat permulaan, tetapi kelak kita akan menuai hasilnya. Teguhlah pada usaha.

Tip PENTING:

1. Utamakan bidang yang banyak program dan produk di pasaran (terutama di kalangan Big Business atau sekurang-kurangnya IKS), iaitu sebaiknya bidang yang sudah menjadi sebuah industri. Elakkan bidang/topik yang hanya sekadar ramai pembaca biasa sahaja. Jadikan blog kita ‘dikejar’ oleh golongan-golongan industri dan mereka tidak kisah membayar kita.

Namun perlu ditekankan di sini, industri itu perlulah mempunyai kadar pengguna/pembeli yang besar jumlahnya. Contohnya bidang telekomunikasi (mobile phone, teleko seperti Celcom, Maxis, …, broadband). Jadi, perlu serasikan industri dengan pengguna agar usaha blog kita ini mencapai tahap yang baik. Kita memerlukan jumlah trafik (pengunjung) yang besar ke blog kita agar pihak bisnes berminat untuk mendapatkan ‘perkhidmatan’ kita.

Tersilap memilih pasaran yang kecil pasarannya, atau sukar berkembang maju atau tidak melibatkan pasaran ‘end user’, maka blog yang dibangunkan mungkin akhirnya terkubur begitu sahaja. Jadi, pastikan memilih bidang yang berkembang  atau bakal berkembang + ada ‘end user/buyer’ yang besar pasarannya.

2. Pastikan kita boleh menulis berkaitan bidang tersebut. Walaupun tiada lulusan atau sijil, ia boleh dipelajari dan diusahakan. Salah satu usaha adalah dengan belajar cara menulis. Buku rujukan seperti “Buat Duit Dengan Menulis” (penulis: Jeniri Amir), adalah amat sesuai untuk dirujuki sebagai asas penulisan.

3. Lakukan usaha ini dengan berbekalkan minda usahawan dan bukan sekadar buat duit semata-mata. Fikirkan sejauh mungkin. Ya, sebaik mungkin perlu ada perancangan ‘rapi’ dan strategi yang berkesan. Bak kata orang putih, “do it with passion!”. Dengan itu, kita tidak cepat berasa bosan dan mudah kecewa kerana kita melakukannya dengan penuh motivasi dan serasi dengan jiwa.

Tip Mendapatkan Kandungan Blog: Baca berita di akhbar dan hubungi pihak atau individu berkaitan. Temubual mereka secara ringkas dan buat ringkasan di blog. Dan boleh juga membuat respon dengan pendapat sendiri terhadap sesuatu isu yang sedang berlaku dalam bidang tersebut. Benar, kita perlu proaktif mencari kandungan blog dan tidak boleh hanya menunggu kita dihubungi.

Mengapa saya keutarakan hal ini?

1. Mahu memperkembangkan bidang blog jenis ini. Kita masih kekurangan. Sekarang banyak blog berbentuk personal dan lebih kepada ‘end user/buyer’, tetapi tidak target kepada pemain-pemain industri atau bidang yang mempunyai pasaran yang lebih menguntungkan.

2. Kita perlu memulakannya dahulu. Pemain industri tidak akan sedar kepentingan blog/blogger industri selagi tidak banyak blog sebegini wujud. Jadi kita perlu menjadi pemula.

Marilah kita menjadi usahawan dengan menggunakan blog dan bukan hanya sekadar blogger di dunia Online semata-mata. Semoga berjaya!

Bina blog dot com sendiri: http://bloggingsteps.com/kit

.

Hakcipta Terpelihara (c) SmartUsaha.com (Perniagaan Internet)

*Tidak diizinkan “copy & paste” artikel ini tanpa kebenaran dan permohonan terlebih dahulu. Boleh kongsikan link terus direct ke artikel ini: http://bloggingsteps.com/tips/blogging-tips/blogger-usahawan.html

[FB Page] Jom sertai FB BloggingSteps.com dengan klik di sini.

Topik Ebiz Untuk Blog. Ok ke?

Secara asas, jika anda menulis mengenai cara buat duit, ebiz, internet marketing dan sebagainya yang berkaitan, blog anda sedikit sukar untuk bersaing.

Namun, segalanya tidak mustahil jika kena caranya.

Sila baca artikel mengenai topik ebiz untuk blog di sini.

Semoga bermanfaat.

Jika anda kurang yakin untuk memasang blog sendiri di domain name dan Hosting, maka jalan terbaik adalah mencubanya dahulu di platform blog percuma dahulu.

Saya rekemenkan dua sahaja kerana rasanya inilah yang terbaik:

1. WordPress.com

2. Blogger.com

Pergilah ke laman web mereka tersebut dan daftarkan diri secara percuma. Lihatlah apa yang ada di dalamnya, belajar menulis sedikit, cubakan diri untuk menukar kod-kod yang asas dan apa sahaja yang perlu dan anda mahukan.

Kalau berlaku Error dan sebagainya, anda tidak rugi kerana ia boleh dikembalikan (restore) dengan mudah. Atau memang tidak rugi pun sebab anda menggunakannya untuk belajar dan mencuba.

Kemudian, apabila anda sudah merasakan yang anda sesuai menjadi seorang ‘blogger’ atau serius dengan blog sama ada untuk perniagaan atau ‘buat duit’, maka beralihlah kepada blog yang dipasang sendiri. Ia lebih sesuai dan banyak faedah.

Cara yang saya berikan di atas adalah cara ‘lambat’. :)

Cara yang cepat ialah terus belajar dan bertindak dengan memasang terus blog dot com sendiri. Tidak tahu? Maka sebab itulah Pakej Kit Blogger dihasilkan untuk membantu anda atau sesiapa sahaja yang mahu membina blog dot com sendiri.

Cuma peringatan saya ialah, soalkan diri anda, “adakah aku benar-benar serius untuk memiliki blog dot com?“.

Jika anda ragu-ragu, rujuklah mereka yang tahu. Jika anda tidak berminat atau tidak serius, maka jalan yang terbaik adalah, jangan bazirkan wang ringgit anda untuk membeli domain name dan Hosting.

Perkara-perkara yang berbayar dan yang memerlukan komitmen serta kesungguhan adalah HANYA untuk mereka yang serius dan ada matlamat yang jelas sahaja. Mereka tahu apa yang mereka lakukan dan mereka tahu mengapa mereka melakukannya.

Semoga tip kali ini membantu anda membuat keputusan secara bijak.

Wassalam, jumpa lagi.

================

Rujukan: http://bloggingsteps.com/kit

Boleh dikatakan, sejak akhir tahun lepas, saya telah hampir mendapat 5 atau 6 kali bayaran daripada text-link-ads.com iaitu salah satu program menjana pendapatan dengan blog.

Walaupun hasil yang saya dapat adalah sedikit, namun saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya tahu bagaimana untuk melakukannya. Untuk pengetahuan semua, saya tidaklah begitu fokus dan serius dengan program ini, maka sudah tentulah hasilnya juga sedikit. :) Saya melakukan program ini bukan sebab suka-suka, tetapi saya mahu menjana pendapatan sampingan secara ‘auto-pilot’ dengan mudah walaupun tidak begitu serius melakukannya. Teruskan membaca…
(more…)