“Panduan Mudah Untuk Blogger”
5 Apr
Pada tulisan saya yang lepas, saya telah mendedahkan salah satu program yang telah saya lakukan iaitu text-link-ads.com. Walaupun hasil yang sedikit, namun ia adalah satu permulaan yang memuaskan hati saya. Lagipun, ia hanyalah sebagai side income sahaja, bukan primary income saya.
Ramai mereka yang ingin membuat duit dengan blog merasa teruja dengan pendapatan puluhan ribu oleh orang lain. Lantas, orang tersebut menjual formula mereka yang mana katanya ia telah digunakan olehnya sendiri untuk menghasilkan duit menggunakan blog. Ramai yang tidak tahu cerita di sebalik kejayaan mereka itu. Bagaimanakah mereka bermula? Apakah ranjau atau ujian yang dihadapi? Apakah asas dan pengetahuan yang perlu kita ada selain formula tersebut? Dan, berapa banyakkah blog yang mereka ada? Adakah semua teknik yang mereka guna adalah legal? Tiada siapa yang tahu… Maka, jangan cepat teruja dengan janji manis mereka. Lain orang, lain rezekinya. Maka, usahalah dengan bijaksana dan ambillah masa.
2 Apr
Boleh dikatakan, sejak akhir tahun lepas, saya telah hampir mendapat 5 atau 6 kali bayaran daripada text-link-ads.com iaitu salah satu program menjana pendapatan dengan blog.
Walaupun hasil yang saya dapat adalah sedikit, namun saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya tahu bagaimana untuk melakukannya. Untuk pengetahuan semua, saya tidaklah begitu fokus dan serius dengan program ini, maka sudah tentulah hasilnya juga sedikit.
Saya melakukan program ini bukan sebab suka-suka, tetapi saya mahu menjana pendapatan sampingan secara ‘auto-pilot’ dengan mudah walaupun tidak begitu serius melakukannya. Teruskan membaca…
(more…)