Tip Blog, Blogging dan Wordpress

“Panduan Mudah Untuk Blogger”

Archive for the ‘Buat Duit’ Category

Langkah Memiliki Blog Yang Berjaya

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, terdapat lima perkara yang akan saya sentuh di blog ini:

1. Plan (perancangan)

Bermula dengan perancangan yang rapi, jelas, faham, clear, detail, apa lagi..?? :) , kita akan tiada masalah di dalam menguruskan blog. Kalau ada masalah dari segi idea nak menulis pun, tidaklah kritikal mana sebab kita dah ada perancangan. Pesan saya, perancangan yang tebaik adalah di atas kertas, samada bertulis atau ditaip di komputer dan cetak.

(more…)

Langkah Pertama Yang SALAH..

Ramai di kalangan blogger atau mereka yang mempunyai blog yang gagal di separuh jalan. Blog yang mereka bangunkan tidak hidup, ‘tidak laku’, tiada sambutan, lantas akhirnya berkubur begitu sahaja.

Juga, setelah membina blog, ramai yang tidak tahu menulis apa. Kekeringan idea. Kenapa ini berlaku? Kenapa blog tidak laku? Kenapa ramai yang gagal di dalam blogging? Kenapa dan kenapa?

Jawapan mudah adalah:

Anda memulakan langkah pertama anda dengan membina blog dahulu. Inilah langkah yang salah walaupun betul.

Langkah pertama di dalam mewujudkan sesebuah blog adalah dengan dimulai dengan:

(more…)