Tip Blog, Blogging dan Wordpress

“Panduan Mudah Untuk Blogger”

Archive for the ‘ebook percuma’ Category

Buat Duit Dengan Nuffnang

Sebelum ini saya pernah menulis mengenai buat duit dengan pelbagai cara melalui blog. Antaranya Google Adsense, Bidvertiser dan juga menjual produk.

Ada lagi cara yang lain untuk buat duit dan salah satunya ialah Nuffnang. Mungkin anda baru mendengarnya atau mungkin anda sudah mengetahuinya.

Nuffnang adalah sebuah program buat duit yang sama sahaja seperti program yang lain iaitu berlandaskan kepada konsep Pay Per Click atau pengiklanan. Dan apa yang perlu anda lakukan hanyalah meletakkan iklan di blog anda. Jika iklan itu diklik oleh ramai pelawat, maka pendapatan juga semakin tinggi.

Sudah ramai yang buat duit dengan Nuffnang ini. Saya dulu ada buat juga tapi sekejap sahaja semasa Nuffnang mula-mula dilancarkan. Akibat program Nuffnang ini banyak masalah di awalnya, maka saya berhenti.

TAPI sekarang sudah jauh bezanya. Program Nuffnang sudah semakin maju dan mendapat sambutan daripada pihak pengiklan seperti McDonald, DiGi dan pelbagai syarikat besar yang lain.

Bagaimana Melakukannya?

Tiada rahsia dan tiada trik. Anda hanya perlu letakkan kod iklan pada template blog anda sahaja. Tidak perlu saya menulis panjang mengenai Nuffnang di sini. Anda boleh download ebook percuma yang disediakan oleh saudara Noorizam Shah.

Klik ke blog NoorizamShah untuk download Panduan Nuffnang.

Daftar program Nuffnang di: http://www.nuffnang.com.my

Kepada pembeli Pakej Kit Blogger, saya ada menyatakan trik dan teknik bagaimana untuk memastikan blog yang baru dibina diindeks oleh Google atau enjin carian dalam masa yang singkat di dalam panduan asas WordPress.

Jika blog anda adalah mengkhusus kepada ‘market’ Malaysia, anda boleh menggunakan khidmat MalaysiaStory.net untuk tujuan yang saya nyatakan di atas. Namun, jika anda sudah mempunyai blog dan sudah pun tersenarai di dalam enjin carian, anda juga sesuai menggunakan MalaysiaStory.net tersebut untuk tujuan mendapatkan trafik (pelawat).

Laman web itu berfungsi lebih kurang sama seperti laman web digg.com, tetapi MalaysiaStory.net lebih mengkhusus kepada blogger-blogger Malaysia.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Social Bookmarking dengan menggunakan MalaysiaStory.net ini, anda boleh mendownload ebook percuma berikut:

Panduan Social Bookmarking

Ebook tersebut disediakan oleh pemilik MalaysiaStory.net iaitu Sham yang mana beliau adalah penulis kepada Ebook Panduan RajaAdsense.

Semoga bermanfaat.

ps. Mahukah anda menjana pendapatan di Internet melalui Blog WordPress dan juga produk digital? Jika ya, sila klik di sini.

Projek 7 Blogger LIVE!

Apa khabar para pembaca semua?

Akhirnya, projek yang telah saya usahakan dalam hampir dua bulan (actually tak time sebulan sahaja untuk siapkan all materials), telah siap dan anda boleh mendowload beberapa item PERCUMA seperti ebook dan juga video.

Untuk maklumat lanjut, lawati blog smartusaha.com di sini.

Atau, untuk terus ke laman web download, sila klik salah satu link di bawah:

URL web 1: http://smartusaha.com/7blogger

Jika laman web melalui link di atas tidak dapat dibuka atau slow (perlahan loadingnya), gunakan link alternatif berikut:

URL alternatif: http://malaysiasoho.com/7blogger

Harap maklum.

yang ikhlas,

SmartZuL

Ebook Percuma Sudah Dilancarkan.. :)

Apa khabar pembaca semua, terima kasih kerana melawati blog ini di samping blog utama saya di http://blog.smartusaha.com. Blog ini khusus mengenai blogging dan blog smartusaha.com lebih umum skopnya mengenai perniagaan internet.

Baiklah, seperti yang dijanjikan beberapa hari lepas, kini anda sudah boleh mendownload ebook percuma yang telah saya janjikan. Jika anda sudah mendaftar newsletter smartusaha, maka sila semak emel anda yang mana saya telah menghantar link untuk mendownload ebook ini. Dan jika anda belum mendaftar, sila daftar sekarang di http://smartusaha.com/news dan anda akan mendapat emel untuk men-download.

Sekian dahulu kali ini dan jika anda ingin memberikan sebarang komen, usah segan dan silu. Gunakan fungsi komen di bahagian ini.

Wassalam, jumpa lagi.

P/S: Jika anda belum lagi membaca post saya di blog utama, sila ke link berikut:

http://blog.smartusaha.com/