Tip Blog, Blogging dan Wordpress

“Panduan Mudah Untuk Blogger”

Archive for the ‘panduan blog wordpress’ Category

Asas Blog Dot Com

Ramai yang nak buat blog dot com sendiri, TAPI selama pengalaman saya menjual Pakej Kit Blogger, ada mereka yang tak tahu rupa-rupanya perlu beli hosting dan domain name dahulu baru boleh buat blog.

Saya tak salahkan mereka sebab mereka tiada pengetahuan banyak mengenai internet dan juga istilah-istilah tertentu.

Ok. Artikel ini hanya untuk mereka yang baru nak mula buat blog dot com.

Untuk menghasilkan blog dot com anda sendiri, apa yang diperlukan adalah:

1. Nama domain

2. Hosting (Server)

3. Sistem Wordpress

Itu sahaja. Tak banyak benda dan syarat pun. Malah langsung tidak komplikated.

Untuk mendapatkan nama domain dan hosting, sekarang ia sudah terlalu murah. Dengan harga bermula RM45, anda sudah mampu memiliki satu nama domain dan akaun hosting sendiri.

Apa itu nama domain?

Saya tidak perlu terangkan dari segi teknikal. Cukup bagi contoh sahaja. Contoh nama domain adalah SmartUsaha.com, BloggingSteps.com dan apa-apalah yang berakhir dengan .com, .net, .my dan banyak lagi jenis dot dot. :)

Nama domain ni umpama alamat rumah kita. Kalau tak ada alamat, susah lah posmen nak hantar surat.

Analogi alamat rumah tadi sama seperti nama domain dan hosting. Kalau nama domain adalah alamat, maka hosting adalah rumahnya.

ALAMAT <-> RUMAH

NAMA DOMAIN <-> HOSTING

Di mana terletaknya blog?

Blog diletakkan di hosting lah. :D Kita perlu upload sistem Wordpress ke hosting dan setup pemasangan blog di hosting juga. Sudah pasti, masa nak pasang blog tu, nama domain perlu ada. Kalau tak, macam mana nak akses server.

Jadi, untuk memastikan blog kita dapat dicapai oleh orang ramai, maka kita perlu ada alamat sendiri iaitu nama domain. Anggap je lah blog itu adalah sebuah rumah.

Kesimpulannya, kalau tak ada nama domain, maka tak dapatlah orang datang ke blog kita. Contohnya blog ini, kalau tak ada nama (alamat) bloggingsteps.com, maka anda tidak dapat mengakses blog ini.

Penerangan di atas hanya asas dan secara kasarnya. Anda perlu tahu lebih sedikit mengenai nama domain, hosting, server, Cpanel dan juga FTP agar proses pembinaan blog akan jadi lebih mudah.

Sistem Wordpress

Untuk buat blog, kita perlu satu perisian (sistem). Anda tak perlu tahu sangat pasal perisian ini sebab anda hanya perlu tahu pasang dan guna sahaja.

Sistem Wordpress adalah salah satu perisian untuk kita buat blog. Banyak lagi sistem lain, tapi Wordpress adalah yang terbaik takat ni.

Untuk tahu lebih lanjut mengenai Wordpress, sila ke laman web mereka di Wordpress.org.

Langkah demi langkah

Langkah langkah yang perlu anda lakukan di dalam membina sebuah blog dot com adalah:

1. Tentukan topik blog yang akan dibina

2. Beli nama domain dan hosting

3. Pasang blog menggunakan Wordpress

4. Mula menulis

5. Promosi blog

Itu langkah-langkah secara singkat dan teorinya.

Kesimpulan

1. Untuk buat blog dot com, anda perlu keluarkan kos (modal). Contohnya, untuk blog bloggingsteps ini, saya keluarkan belanja minima sebanyak RM60.00 sahaja.

2. Blog dot com tak sesuai untuk mereka yang tak ada perancangan untuk apa dia buat blog. :) Bukan apa, nanti rugi duit je beli domain name dan hosting.

3. Blog dot com amat sesuai untuk mereka yang melakukan perniagaan. Tidak kisah perniagaan internet ataupun Offline. Blog adalah satu alat pemasaran yang amat berkesan.

Irfan Khairi, saya, pakar motivasi, penulis buku, pendakwah dan ramai lagi telah menggunakan blog dot com!

Jadi, jika anda berminat untuk membina blog dot com anda sendiri tanpa mahu mengupah orang lain, alternatifnya adalah dengan belajar melalui Pakej Kit Blogger

Sekian.

Saya tidak mahu menulis jawapan yang panjang.

Cuba anda bandingkan kedua-dua maklumat berikut:

Maklumat 1:

Maklumat 2:

Kedua-dua maklumat (info) tersebut adalah mewakili dua hosting yang saya guna. Maklumat tersebut adalah di bahagian Fantastico > Wordpress.

Di hosting 1, versi Wordpressnya adalah 2.6.1 padahal semasa saya menulis artikel ini, Wordpress sudah pun berversi 2.6.3 yang mana sesiapa yang guna versi sebelumnya, perlu update sistem dengan segera kerana versi sebelumnya ada masalah security. Manakala di hosting kedua, versi Wordpress adalah yang terkini.

Jadi anda sudah pasti tahu apa yang ingin saya sampaikan bukan?

Jika anda berharap kepada Fantastico semata-mata, anda tidak akan dapat update kepada versi Wordpress selagi mana hosting tersebut belum update kepada versi yang terkini.

Lain jika anda pasang blog secara manual, anda pasti akan dapat  upgrade blog secara manual juga tanpa sebarang kekangan. Ini kerana anda tahu hal-hal teknikalnya walaupun sedikit seperti tahu edit file sistem, tahu guna FTP dan sebagainya.

Siapa kata pasang blog secara manual susah? Ia amat mudah sebenarnya. InsyaAllah, Pakej Kit Blogger versi akan datang akan menunjukkan cara mudah memasang blog secara manual dengan hanya beberapa langkah sahaja.

Maklumat lanjut mengenai kit Blogger akan datang anda boleh baca di sini : Blog Perniagaan Internet.

Nota: Wordpress versi 2.7 akan dikeluarkan pada hujung bulan November ini. Salah satu fungsinya adalah autoupgrade dengan sekali klik sahaja! Jadi tidak perlu lagi guna Fantastico. ;) Saya dah pun mencuba versi Beta. Memang banyak fungsi baru selain navigasinya yang berbeza berbanding versi sebelumnya.

ps. Daftar email RSS dan dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel di bahagian RSS Subscription di atas sidebar blog ini. Atau boleh baca melalui mana-mana RSS Reader yang anda mahukan: http://bloggingsteps.com/tips/feed/.

Wordpress 2.7 Beta 1

Versi terbaru akan dikeluarkan pada November ini iaitu versi 2.7. Perubahan yang amat mendadak terutama pada bahagian dashboard di samping penambahan fungsi-fungsi tertentu.

Versi ini dijangka release pada 10 Nov 2008, tetapi atas sebab tertentu, ia mungkin akan dikeluarkan di akhir November. Pada sekitar 10 Nov, hanya versi Release Candidate sahaja yang akan dikeluarkan.

Apa pun, anda sudah boleh mencuba versi 2.7 ini dengan mencuba edisi Betanya.

Nasihat saya, jangan upgrade blog sedia ada, tapi pasang blog yang baru dengan versi ini. Edisi Beta adalah versi yang belum siap sepenuhnya dan mungkin ada bugs.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dan download versi Beta 1 ini di sini.

Video Kit Blogger

Sila tonton video di bawah:

Dapatkan Pakej Kit Blogger untuk membina blog dot com anda sendiri.

RSS Subscription


Masukkan Emel Anda Untuk Dapatkan Artikel Terkini Blog Ini Terus Ke Emel Anda:

Delivered by FeedBurner


PhotoStream

  • gambar singapore sebelah malam dari stulang laut
  • gambar singapore sebelah malam dari stulang laut
  • SmartZuL, Syazwan SS, Jimie dan Sabri SS
  • Bersama Sabri SaifulSham
  • Bersama Shuth WCyber
  • Osman Affan

Komen Semasa

Sponsors

Iklan