“Panduan Mudah Untuk Blogger”
9 Jul
Apa khabar semua? Diharapkan sihat selalu.
Sekadar pengumuman ringkas, saya akan mula melakukan proses kemaskini Pakej Kit Blogger mulai sekarang.
Beberapa perubahan akan dilakukan dalam versi kali ini dan saya pasti ia adalah pelajaran baru yang akan diterima oleh pembeli sedia ada.
Versi Hak Jualan Dibuka Semula
Saya juga telah membuat keputusan untuk membuka semula peluang Resell Rights untuk produk ini. Walaupun saya menyatakan saya tidak akan membukanya lagi, namun setelah memikirkannya semula, saya rasa saya perlu membuka semula dengan beberapa sebab:
1. Tidak sampai 50% reseller aktif menjual pakej ini. Akibatnya, target jualan yang saya tetapkan untuk produk ini tidak tercapai.
2. Saya mahu melebar-luaskan lagi penjualan pakej kit blogger ini. Akibat hanya segelintir reseller sahaja yang aktif, saya mahukan mereka yang lebih serius untuk memasarkan produk ini kepada khalayak ramai.
Jadi, kepada mereka yang berminat, sila tunggu pengumuman saya kelak.
Tarikh Siap?
Jika di atas kertas, saya merancang untuk menyiapkan versi kemaskini ini sebelum atau pada 28 Julai 2008 ini.
Kepada pembeli sedia ada, saya akan hubungi anda terus melalui emel untuk donwload versi terbaru secara percuma. Kepada yang akan membeli, anda boleh menunggu versi baru atau boleh membeli versi sekarang.
>> Panduan Asas Wordpress (Pakej Kit Blogger)
Sekian.
-SmartZuL
18 Nov
Apa khabar semua.
Sudah lama saya tidak update blog ini kerana saya fokus kepada projek Ebook terbaru saya. Alhamdulillah, projek tersebut telah pun dilancar pada 15/11/2007 lepas. Projek tersebut ialah Ebook Panduan Mudah FTP:

Semalam pula, dalam lebih kurang 4 jam, saya telah berjaya menyiapkan sebuah blog khas untuk produk tersebut. Anda boleh melawatnya di sini:
![]()
http://www.ftpcaramudah.com/blog
Jika anda menguasai Wordpress, anda boleh membina blog dalam masa yang tidak lama pun. Yang penting, anda tahu apakah tujuan dan matlamat blog tersebut dibina.
Contohnya, blog yang baru saya bina semalam adalah khusus untuk produk tersebut, meletak testimoni pembeli dan saya akan menulis tips mengenai Internet, FTP, Hosting dan lain-lain lagi. Blog tersebut juga saya akan jadikan sebagai tempat rujukan para pembeli Ebook Panduan Mudah FTP.
Anda pula bagaimana? Milikilah blog sendiri untuk perniagaan Internet anda.
Jumpa lagi.
16 Apr
Apa khabar para pembaca semua?
Akhirnya, projek yang telah saya usahakan dalam hampir dua bulan (actually tak time sebulan sahaja untuk siapkan all materials), telah siap dan anda boleh mendowload beberapa item PERCUMA seperti ebook dan juga video.
Untuk maklumat lanjut, lawati blog smartusaha.com di sini.
Atau, untuk terus ke laman web download, sila klik salah satu link di bawah:
URL web 1: http://smartusaha.com/7blogger
Jika laman web melalui link di atas tidak dapat dibuka atau slow (perlahan loadingnya), gunakan link alternatif berikut:
URL alternatif: http://malaysiasoho.com/7blogger
Harap maklum.
yang ikhlas,
SmartZuL
3 Apr
Untuk makluman semua, wordpress versi terkini iaitu 2.1.3 untuk siri 2.1, dan versi 2.0.10 untuk siri 2.0 telah dikeluarkan beberapa jam yang lalu.
Anda boleh merujuk maklumat berkaitan di sini: Wordpress 2.1.3 (click here)
Untuk download Wordpress versi 2.1.3, sila ke http://wordpress.org/download
Nota: Jika anda menggunakan Fantastico untuk blog anda, proses update ke versi yang lebih terkini boleh dilakukan menggunakan Fantastico.