“Panduan Mudah Untuk Blogger”
29 Mar
Ada yang menghantar emel kepada saya bertanyakan, “bagaimanakah cara membina blog?”. Untuk makluman anda, adalah amat terhad dan tidak fleksibel jika hal-hal teknikal dibincangkan melalui emel. Hal-hal teknikal memerlukan bantuan visual seperti imej dan video untuk memahaminya. Tidak cukup dengan ayat-ayat sahaja.
Untuk pembelajaran mengenai hal-hal teknikal seperti membina laman web, membina blog terutamanya menggunakan Wordpress, maka sudah pasti ada medium tertentu yang lebih sesuai seperti melalui kelas, bengkel, ebook atau video.
Setiap kali saya menerima emel sebegitu, saya akan menyatakan begini:
“Untuk membina blog, adalah lebih baik jika anda mendapatkan ebook saya iaitu Panduan Asas Wordpress. Ia menunjukkan langkah demi langkah cara membina blog sendiri terus di domain name dot com anda sendiri. Ebook ini juga disertakan bersama Pelan Tindakan yang akan memudahkan anda bertindak langkah demi langkah, malah saya juga memberikan bantuan melalui forum support”.
Jadi, jika anda ingin bertanya saya soalan asas sebegitu, maka anda biasanya akan mendapat emel jawapan berbentuk begitu daripada saya.
Kesimpulannya, pembelajaran melalui ebook Panduan Blog Wordpress saya adalah satu cara yang berkesan dan membantu.
Jika anda berminat untuk memiliki ebook itu, sila ke laman web berikut:
http://bloggingsteps.com/kit (klik URL ini sahaja)
Sekian.
27 Mar
Salah satu perkara yang amat penting dalam pembinaan laman web atau blog adalah kelajuan semasa mengaksesnya. Jika kita sahaja yang mengakses, soal kelajuan adalah satu pilihan, bukan satu kemestian yang penting. Namun, jika blog kita diakses oleh ribuan pelawat sehari katakan, maka soal kelajuan adalah satu aspek yang AMAT KRITIKAL. Kepada semua blogger, pastikan blog anda dapat diakses dengan cepat oleh para pelawat blog anda. Jika tidak, mereka akan meninggalkan blog anda begitu sahaja selamanya jika mereka adalah pelawat kali pertama.
Di tulisan ini, saya akan kongsikan satu tip sahaja dahulu. Kebanyakan blogger terutama yang menggunakan Wordpress, mereka sangat suka menggunakan pelbagai jenis Plugins.
Plugin adalah umpama aksesori tambahan untuk menambahkan sesuatu fungsi yang tiada pada versi asas sistem Wordpress.
24 Mar
Berikut saya senaraikan cara mudah proses menulis sesuatu artikel di blog. Tujuannya, selain daripada ia memberikan kesan dan pemahaman kepada pembaca, artikel kita juga perlu ada aspek SEO yang baik.
1. Tentukan tajuk tulisan (artikel)
Sudah semestinya untuk menulis artikel, ia mesti mempunyai tajuk iaitu apa yang ingin kita sampaikan. Tajuk yang digunakan mestilah ada katakunci utama perbincangan. Contoh, jika artikel yang ditulis mengenai “petua rambut gugur”, maka perkataan “petua rambut gugur” itu perlu ada pada tajuk. Untuk menambahkan lagi minat orang untuk membaca, tajuk artikel mestilah efektif seperti “Petua Rambut Gugur : Bagaimana Mengurangkan Keguguran Rambut dengan Mudah”.
Cara menulis tajuk itu ada dua tujuan. Satu, memastikan pembaca ingin membaca artikel sehingga tamat dan kedua, bagi aspek SEO iaitu jika ada yang mencari petua rambut gugur di enjin carian (google, yahoo, msn..), insyaAllah artikel anda akan disenaraikan di kedudukan yang baik di senarai keputusan carian.
20 Feb
Apa khabar semua. Semoga sihat hendaknya.
Dengan sukacitanya saya mengumumkan, pakej kit blogger versi re-launch telah dilancarkan. Sila baca maklumat lanjut di blog smartusaha.com. Klik pada link berikut:
Harap maklum.