Tip Blog, Blogging dan Wordpress

“Panduan Mudah Untuk Blogger”

Archive for the ‘panduan blog’ Category

Seorang lagi pembeli Panduan Kit Blogger berjaya membina blog dot com sendiri walaupun katanya tidak tahu apa-apa sebelum ini. Sebaik sahaja dapat panduan, beliau terus ikut panduan yang diberikan satu persatu. Katanya, beliau dah tak sabar nak buat blog sendiri.

Saya terkejut juga dengan keterujaan dia itu. Nanti putus-asa pula kalau tak jadi. Namun, anggapan saya salah. Dalam dua hari sahaja, beliau berjaya membina blog dot com-nya sendiri.

buat-blog1

Walau hasilnya adalah asas, namun kira Ok lah. Sekarang beliau sedang memulakan kempen promosi untuk blog beliau di samping meneruskan pembelajaran.

Secara mudah, panduan Kit Blogger menunjukkan langkah demi langkah bagaimana membina blog dot com sendiri dengan bahasa yang mudah difahami.

Namun syaratnya tetap ada iaitu:

1. Tahu asas penggunaan komputer dan internet

2. SABAR – yang ni ramai yang tak ada. :)

3. Modal RM54.00 untuk beli domain name dan hosting

Bagi anda yang mahu buat blog sendiri, dapatkan Pakej Kit Blogger. Ia telah banyak membantu ramai orang membina blog dot com sendiri.

Asas Blog Dot Com

Ramai yang nak buat blog dot com sendiri, TAPI selama pengalaman saya menjual Pakej Kit Blogger, ada mereka yang tak tahu rupa-rupanya perlu beli hosting dan domain name dahulu baru boleh buat blog.

Saya tak salahkan mereka sebab mereka tiada pengetahuan banyak mengenai internet dan juga istilah-istilah tertentu.

Ok. Artikel ini hanya untuk mereka yang baru nak mula buat blog dot com.

Untuk menghasilkan blog dot com anda sendiri, apa yang diperlukan adalah:

1. Nama domain

2. Hosting (Server)

3. Sistem WordPress

Itu sahaja. Tak banyak benda dan syarat pun. Malah langsung tidak komplikated.

Untuk mendapatkan nama domain dan hosting, sekarang ia sudah terlalu murah. Dengan harga bermula RM45, anda sudah mampu memiliki satu nama domain dan akaun hosting sendiri.

Apa itu nama domain?

Saya tidak perlu terangkan dari segi teknikal. Cukup bagi contoh sahaja. Contoh nama domain adalah SmartUsaha.com, BloggingSteps.com dan apa-apalah yang berakhir dengan .com, .net, .my dan banyak lagi jenis dot dot. :)

Nama domain ni umpama alamat rumah kita. Kalau tak ada alamat, susah lah posmen nak hantar surat.

Analogi alamat rumah tadi sama seperti nama domain dan hosting. Kalau nama domain adalah alamat, maka hosting adalah rumahnya.

ALAMAT <-> RUMAH

NAMA DOMAIN <-> HOSTING

Di mana terletaknya blog?

Blog diletakkan di hosting lah. :D Kita perlu upload sistem WordPress ke hosting dan setup pemasangan blog di hosting juga. Sudah pasti, masa nak pasang blog tu, nama domain perlu ada. Kalau tak, macam mana nak akses server.

Jadi, untuk memastikan blog kita dapat dicapai oleh orang ramai, maka kita perlu ada alamat sendiri iaitu nama domain. Anggap je lah blog itu adalah sebuah rumah.

Kesimpulannya, kalau tak ada nama domain, maka tak dapatlah orang datang ke blog kita. Contohnya blog ini, kalau tak ada nama (alamat) bloggingsteps.com, maka anda tidak dapat mengakses blog ini.

Penerangan di atas hanya asas dan secara kasarnya. Anda perlu tahu lebih sedikit mengenai nama domain, hosting, server, Cpanel dan juga FTP agar proses pembinaan blog akan jadi lebih mudah.

Sistem WordPress

Untuk buat blog, kita perlu satu perisian (sistem). Anda tak perlu tahu sangat pasal perisian ini sebab anda hanya perlu tahu pasang dan guna sahaja.

Sistem WordPress adalah salah satu perisian untuk kita buat blog. Banyak lagi sistem lain, tapi WordPress adalah yang terbaik takat ni.

Untuk tahu lebih lanjut mengenai WordPress, sila ke laman web mereka di WordPress.org.

Langkah demi langkah

Langkah langkah yang perlu anda lakukan di dalam membina sebuah blog dot com adalah:

1. Tentukan topik blog yang akan dibina

2. Beli nama domain dan hosting

3. Pasang blog menggunakan WordPress

4. Mula menulis

5. Promosi blog

Itu langkah-langkah secara singkat dan teorinya.

Kesimpulan

1. Untuk buat blog dot com, anda perlu keluarkan kos (modal). Contohnya, untuk blog bloggingsteps ini, saya keluarkan belanja minima sebanyak RM60.00 sahaja.

2. Blog dot com tak sesuai untuk mereka yang tak ada perancangan untuk apa dia buat blog. :) Bukan apa, nanti rugi duit je beli domain name dan hosting.

3. Blog dot com amat sesuai untuk mereka yang melakukan perniagaan. Tidak kisah perniagaan internet ataupun Offline. Blog adalah satu alat pemasaran yang amat berkesan.

Irfan Khairi, saya, pakar motivasi, penulis buku, pendakwah dan ramai lagi telah menggunakan blog dot com!

Jadi, jika anda berminat untuk membina blog dot com anda sendiri tanpa mahu mengupah orang lain, alternatifnya adalah dengan belajar melalui Pakej Kit Blogger

Sekian.

Teknik Mudah Untuk Update Blog

Ramai blogger pening kepala untuk menulis artikel bagi blog mereka. Hakikatnya, mereka bukan tidak boleh menulis atau tiada masa atau kekeringan idea. Itu semua hanyalah mitos semata-mata.

Terdapat dua jenis artikel (post) iaitu:

1. Topik yang terfikir secara spontan

2. Tajuk yang telah dirancang

Untuk mendapat idea yang spontan, ia tidak selalu berlaku. Maka, sebab itu ramai blogger ‘kekeringan idea’ kerana lebih berharap kepada idea yang spontan dan tiba-tiba.

Jadi, untuk membolehkan anda sentiasa menulis pelbagai artikel tanpa sebarang masalah, anda perlu merancang dari awal.

Contohnya, rancanglah lima hingga sepuluh tajuk artikel yang akan diterbitkan secara berkala. Tidak semestinya berlainan tajuk atau topik kerana anda juga boleh menulis dalam bentuk bersiri.

Dengan merancang lebih awal, maka anda sudah tidak ada masalah untuk memikir-mikir apa yang mahu ditulis. Malah, penulisan anda di blog akan lebih konsisten dan tidak terkeluar daripada topik utama. Sebaliknya, apabila sudah tahu tajuknya, maka anda hanya perlu mencari dan memikirkan isinya sahaja.

Luangkanlah sedikit masa untuk merancang bagi penulisan di blog anda. Saya yakin, masalah kekeringan idea tidak akan berlaku lagi.

Video Kit Blogger

Sila tonton video di bawah:

Dapatkan Pakej Kit Blogger untuk membina blog dot com anda sendiri.