Tip Blog, Blogging dan Wordpress

“Panduan Mudah Untuk Blogger”

Archive for the ‘panduan blog’ Category

Projek 7 Blogger LIVE!

Apa khabar para pembaca semua?

Akhirnya, projek yang telah saya usahakan dalam hampir dua bulan (actually tak time sebulan sahaja untuk siapkan all materials), telah siap dan anda boleh mendowload beberapa item PERCUMA seperti ebook dan juga video.

Untuk maklumat lanjut, lawati blog smartusaha.com di sini.

Atau, untuk terus ke laman web download, sila klik salah satu link di bawah:

URL web 1: http://smartusaha.com/7blogger

Jika laman web melalui link di atas tidak dapat dibuka atau slow (perlahan loadingnya), gunakan link alternatif berikut:

URL alternatif: http://malaysiasoho.com/7blogger

Harap maklum.

yang ikhlas,

SmartZuL

Pada tulisan saya yang lepas, saya telah mendedahkan salah satu program yang telah saya lakukan iaitu text-link-ads.com. Walaupun hasil yang sedikit, namun ia adalah satu permulaan yang memuaskan hati saya. Lagipun, ia hanyalah sebagai side income sahaja, bukan primary income saya.

Ramai mereka yang ingin membuat duit dengan blog merasa teruja dengan pendapatan puluhan ribu oleh orang lain. Lantas, orang tersebut menjual formula mereka yang mana katanya ia telah digunakan olehnya sendiri untuk menghasilkan duit menggunakan blog. Ramai yang tidak tahu cerita di sebalik kejayaan mereka itu. Bagaimanakah mereka bermula? Apakah ranjau atau ujian yang dihadapi? Apakah asas dan pengetahuan yang perlu kita ada selain formula tersebut? Dan, berapa banyakkah blog yang mereka ada? Adakah semua teknik yang mereka guna adalah legal? Tiada siapa yang tahu… Maka, jangan cepat teruja dengan janji manis mereka. Lain orang, lain rezekinya. Maka, usahalah dengan bijaksana dan ambillah masa.

(more…)

Mahir Blog: 1 Hari VS 1 Tahun

Apakah pendapat anda, sekiranya saya mengatakan begitu ramai yang rakus, tamak dan mahu hasil cepat walaupun dalam perkara yang baik? Contohnya, dalam menuntut sesuatu ilmu, mereka inginkan hasil dalam waktu yang cepat. Analoginya umpama memakan sebiji burger special yang mengandungi pelbagai bahan pada burger tersebut. Semasa memakannya, semua bahan-bahan itu dikunyah dan dimakan sekaligus. Kenyang pun cepat. Namun, itu burger, ia tidak sesuai diaplikasikan dalam dunia ilmu.

Saya sehingga kini, masih lagi belajar dan terus belajar mengenai blog, blogging dan perkara-perkara yang berkaitan. Saya bermula di arena blog ini sejak penghujung tahun 2005 yang mana tatkala itu, saya amat zero dan bermula dengan cuba-cuba.

(more…)

Panduan Membina Blog WordPress

Ada yang menghantar emel kepada saya bertanyakan, “bagaimanakah cara membina blog?”. Untuk makluman anda, adalah amat terhad dan tidak fleksibel jika hal-hal teknikal dibincangkan melalui emel. Hal-hal teknikal memerlukan bantuan visual seperti imej dan video untuk memahaminya. Tidak cukup dengan ayat-ayat sahaja.

Untuk pembelajaran mengenai hal-hal teknikal seperti membina laman web, membina blog terutamanya menggunakan WordPress, maka sudah pasti ada medium tertentu yang lebih sesuai seperti melalui kelas, bengkel, ebook atau video.

Setiap kali saya menerima emel sebegitu, saya akan menyatakan begini:

“Untuk membina blog, adalah lebih baik jika anda mendapatkan ebook saya iaitu Panduan Asas WordPress. Ia menunjukkan langkah demi langkah cara membina blog sendiri terus di domain name dot com anda sendiri. Ebook ini juga disertakan bersama Pelan Tindakan yang akan memudahkan anda bertindak langkah demi langkah, malah saya juga memberikan bantuan melalui forum support”.

Jadi, jika anda ingin bertanya saya soalan asas sebegitu, maka anda biasanya akan mendapat emel jawapan berbentuk begitu daripada saya. :)

Kesimpulannya, pembelajaran melalui ebook Panduan Blog WordPress saya adalah satu cara yang berkesan dan membantu.

Jika anda berminat untuk memiliki ebook itu, sila ke laman web berikut:

http://bloggingsteps.com/kit (klik URL ini sahaja)

Sekian.