“Panduan Mudah Untuk Blogger”
27 Mar
Salah satu perkara yang amat penting dalam pembinaan laman web atau blog adalah kelajuan semasa mengaksesnya. Jika kita sahaja yang mengakses, soal kelajuan adalah satu pilihan, bukan satu kemestian yang penting. Namun, jika blog kita diakses oleh ribuan pelawat sehari katakan, maka soal kelajuan adalah satu aspek yang AMAT KRITIKAL. Kepada semua blogger, pastikan blog anda dapat diakses dengan cepat oleh para pelawat blog anda. Jika tidak, mereka akan meninggalkan blog anda begitu sahaja selamanya jika mereka adalah pelawat kali pertama.
Di tulisan ini, saya akan kongsikan satu tip sahaja dahulu. Kebanyakan blogger terutama yang menggunakan WordPress, mereka sangat suka menggunakan pelbagai jenis Plugins.
Plugin adalah umpama aksesori tambahan untuk menambahkan sesuatu fungsi yang tiada pada versi asas sistem WordPress.
24 Mar
Berikut saya senaraikan cara mudah proses menulis sesuatu artikel di blog. Tujuannya, selain daripada ia memberikan kesan dan pemahaman kepada pembaca, artikel kita juga perlu ada aspek SEO yang baik.
1. Tentukan tajuk tulisan (artikel)
Sudah semestinya untuk menulis artikel, ia mesti mempunyai tajuk iaitu apa yang ingin kita sampaikan. Tajuk yang digunakan mestilah ada katakunci utama perbincangan. Contoh, jika artikel yang ditulis mengenai “petua rambut gugur”, maka perkataan “petua rambut gugur” itu perlu ada pada tajuk. Untuk menambahkan lagi minat orang untuk membaca, tajuk artikel mestilah efektif seperti “Petua Rambut Gugur : Bagaimana Mengurangkan Keguguran Rambut dengan Mudah”.
Cara menulis tajuk itu ada dua tujuan. Satu, memastikan pembaca ingin membaca artikel sehingga tamat dan kedua, bagi aspek SEO iaitu jika ada yang mencari petua rambut gugur di enjin carian (google, yahoo, msn..), insyaAllah artikel anda akan disenaraikan di kedudukan yang baik di senarai keputusan carian.
20 Feb
Apa khabar semua. Semoga sihat hendaknya.
Dengan sukacitanya saya mengumumkan, pakej kit blogger versi re-launch telah dilancarkan. Sila baca maklumat lanjut di blog smartusaha.com. Klik pada link berikut:
Harap maklum.
10 Feb
Apa khabar pembaca yang saya hormati..
Sebelum saya menulis, satu persoalan yang saya ingin bertanyakan kepada anda. Adakah anda sudah mempunyai blog dot com anda sendiri? Jika belum, maka milikinya secepat yang mungkin kerana blog adalah satu ‘alat’ yang amat berkesan dan amat berkesan dalam penyampaian sesuatu maklumat.. Blog sekarang adalah seperti keperluan, atau satu trend yang wajib dimiliki oleh sesiapa sahaja, tak kira umur dan usia..
Maka, jika anda inginkan panduan membina blog tanpa perlu mengupah orang lain, pakej kit blogger adalah rujukan yang wajib anda miliki. Pakej ini akan dilancarkan pada 12/2/2007 dan alamat laman web jualan adalah http://bloggingsteps.com/kit. Pastikan anda mendapat pakej hebat ini!
Baiklah. Beberapa hari lepas, saya telah menulis beberapa artikel yang berkaitan dengan blog di smartusaha.com. Sudi-sudikanlah untuk membaca tulisan saya di sana.
Lawati http://blog.smartusaha.com
Jumpa lagi.
- smartzul
SideRSS Error: Something bad happened! Try again later.