Kepada pembeli Pakej Kit Blogger, saya ada menyatakan trik dan teknik bagaimana untuk memastikan blog yang baru dibina diindeks oleh Google atau enjin carian dalam masa yang singkat di dalam panduan asas Wordpress.

Jika blog anda adalah mengkhusus kepada ‘market’ Malaysia, anda boleh menggunakan khidmat MalaysiaStory.net untuk tujuan yang saya nyatakan di atas. Namun, jika anda sudah mempunyai blog dan sudah pun tersenarai di dalam enjin carian, anda juga sesuai menggunakan MalaysiaStory.net tersebut untuk tujuan mendapatkan trafik (pelawat).

Laman web itu berfungsi lebih kurang sama seperti laman web digg.com, tetapi MalaysiaStory.net lebih mengkhusus kepada blogger-blogger Malaysia.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Social Bookmarking dengan menggunakan MalaysiaStory.net ini, anda boleh mendownload ebook percuma berikut:

Panduan Social Bookmarking

Ebook tersebut disediakan oleh pemilik MalaysiaStory.net iaitu Sham yang mana beliau adalah penulis kepada Ebook Panduan RajaAdsense.

Semoga bermanfaat.

ps. Mahukah anda menjana pendapatan di Internet melalui Blog Wordpress dan juga produk digital? Jika ya, sila klik di sini.