“Panduan Mudah Untuk Blogger”
1 Feb
Dalam penulisan artikel di blog, ada caranya tersendiri jika ingin mendapat kelebihan dari segi SEO. Bermaksud, jika orang mencari di google.com katakan, mereka akan berjumpa dengan tulisan kita.
Bagaimana caranya?
Ada beberapa cara dan di kali ini, saya akan kongsikan satu cara tersebut.
Tajuk artikel mestilah ada keyword yang dicari orang atau yang berkaitan dengan topik blog anda.
Ya, jika sebelum anda membina blog, biasanya kajian kata-kunci akan dilakukan terlebih dahulu untuk mengenal-pasti apakah kata-kunci yang digunakan oleh pengguna internet bagi sesuatu topik.
Contohnya, ramai yang gunakan keyword perniagaan internet. Maka, saya menggunakan kata-kunci ini pada tajuk artikel saya dan apabila ia di-indeks oleh enjin carian, maka blog saya akan tersenarai sekali dalam senarai hasil carian.
Penggunaan teknik ini adalah amat berkesan dan memang menjadi. Letakkan kata-kunci yang berkaitan dengan topik blog anda dan keyword itu juga biasa digunakan oleh pengguna internet.
InsyaAllah, artikel dan blog anda akan menerima pelawat dan pembaca jika teknik ini digunakan dengan sebaik mungkin.
16 Jan
Ramai yang kekeringan idea. Seperti tulisan saya sebelum ini, saya ada memberikan tips bagaimana mendapatkan idea. Salah satu perkara yang saya sentuh adalah, jangan menulis di blog terlalu panjang dan banyak. Maksud di sini, anda boleh (bahkan amat bagus) menulis setiap hari di blog, tetapi jangan menyentuh banyak tajuk atau perkara dalam satu artikel atau tulisan anda itu.
MENGAPA?
Kerana, apabila tiba satu tahap kebekuan idea penulisan kelak, anda akan ‘cemas’ untuk mencari idea penulisan kerana sudah banyak menulis tanpa menyimpannya untuk masa-masa mendatang.
Ada yang bertanya, “bagaimana kalau idea datang melimpah ruah, apa saya nak buat?”. Apa yang perlu anda buat adalah, menyimpannya dengan beberapa cara berikut:
1. Catat di buku nota anda
2. Taip tajuk artikel (idea) di bahagian Post Title blog anda dan ‘Save’
3. atau simpan di dalam satu file teks dengan apa-apa nama yang anda suka
Kelak, apabila anda ingin menulis terutama di waktu kekeringan idea, anda tidak perlu risau lagi kerana anda ada bank maklumat! (bukan bank muamalat yerr)..
Inilah yang saya lakukan selama ini. Apa sahaja yang terdetik di kepala, saya akan terus mencatatnya atau menyimpannya dengan cara-cara di atas. Tulis apa sahaja selagi mana idea tersebut masih diingati dan kelak, kita boleh ‘elaborate’ kembali berdasarkan idea tersebut.
SWIPE FILE
Kebanyakan teknik yang saya gunakan adalah berdasarkan kajian dan pemikiran saya sendiri (kebanyakannya) dan saya tidak menamakan teknik yang digunakan itu. Rupa-rupanya, teknik-teknik yang saya nyatakan sebelum ini di tulisan di sini adalah bernama SWIPE FILE.
Swipe file ini secara mudah adalah ‘meniru’ tulisan orang lain dan menulis kembali di blog kita. AWAS! Bukan copy and paste tetapi kita hanya mendapatkan idea isinya sahaja. Teknik swipe file ini banyak digunapakai dalam penulisan ‘headline’ dan ayat-ayat untuk ‘sales letter’. Hal ini saya tidak akan menghurai panjang. Cuma apa yang ingin dinyatakan adalah, mendapatkan idea penulisan orang lain, menyimpannya dan mendapatkan kembali simpanan idea itu untuk menulis dengan gaya sendiri, adalah satu teknik yang efektif dan mudah.
Sekian sahaja untuk tip kali ini. Jumpa lagi.
PS. Tak ada blog untuk perniagaan internet anda? Kami boleh membantu! Klik di sini.
12 Jan
Apa khabar anda semua? Semoga sihat di sana.
Setelah hampir dua bulan tidak menulis di blog ini, insyaAllah, saya akan cuba untuk mengemaskini blog ini sekerap yang mungkin. Sesungguhnya, begitu sedikit panduan dan rujukan mengenai blog (bukan hanya perkara teknikal!) mengenai blog di dalam bahasa melayu.
Beberapa hari lepas saya telah menulis tips mengenai bagaimana mendapatkan idea menulis blog. Sebenarnya, ia bergantung kepada jenis blog anda. Seperti saya, di blog smartusaha.com, ia lebih kepada penulisan dari idea saya sendiri dan tidak menggunakan mana-mana sumber atau mengupah orang lain.
Sebaliknya, jika anda lebih kepada program affiliate dan google adsense, adalah satu kelebihan dan kemudahan jika anda menggunakan sumber dari PLR atau mengupah orang lain. Ini kerana, untuk tujuan tersebut, biasanya anda mempunyai banyak blog dan tidak terurus jika anda seorang sahaja yang mengurusnya.
Baiklah, anda boleh membaca tips mendapatkan idea yang saya berikan dan baca juga komen-komen pembaca di blog smartusaha.com itu. Klik di sini.
PS. Sudahkah anda memiliki blog sendiri? Ingin tahu cara membinanya? Mungkin ini dapat membantu anda. Klik di sini.