Tip Blog, Blogging dan Wordpress

“Panduan Mudah Untuk Blogger”

Archive for the ‘trafik’ Category

Disebabkan Irfan Khairi ada menganjurkan satu bengkel mini bertajuk “Pelanggan Tanpa Had” iaitu menambah prospek perniagaan melalui blog, maka saya mengambil kesempatan untuk membuat sedikit pandangan terhadap teknik yang mungkin beliau gunakan untuk mendapatkan trafik ke blog beliau.

Daripada pemerhatian saya, antara beberapa teknik yang telah Irfan Khairi gunakan adalah:

1. Media massa seperti:

  • TV
  • Akhbar / Tabloid
  • Radio
  • Majalah

Kita sedia maklum, Irfan Khairi sentiasa tampil di pelbagai saluran media massa di Malaysia ini. Dengan pendedahan yang berulang-kali, maka sudah pasti bilangan orang yang mahu mengakses blog beliau semakin bertambah.

Kehebatan promosi melalui media massa tidak dapat kita sangkalkan. Ini kerana saluran sebegini mempunyai berjuta-juta orang prospek!

2. Promosi Mulut Ke Mulut (”Cakap-Cakap Depan”)

‘Cakap-cakap depan’ adalah cakap-cakap yang positif mengenai Irfan Khairi. Pujian, sokongan, hormat dan lain-lain sering diperkatakan di mana-mana sahaja.

Akibat daripada promosi mulut ke mulut ini, sudah pasti dinyatakan juga laman web atau blog Irfan Khairi. Contoh, “Kau masuklah blog dia, IrfanKhairi.com”.

Atau paling kurang, yang berminat ingin tahu akan mencari di Google.com.

3. “Cakap-Cakap Belakang”

Lain dengan “cakap depan”, “cakap belakang” pula ada cakap-cakap negatif, fitnah, umpatan dan kata-kata dengki. Walaupun ia negatif, tapi promosi tetap promosi.

Terima kasih kepada mereka yang suka cakap-cakap belakang. Lain kali, jangan pandang cakap belakang. Rugi woo, promosi free free je kat orang yang kita umpat tu. ;)

4. Buku

Buku “Rahsia-Rahsia Jutawan Internet Terbongkar” adalah satu buku yang betul-betul mendapat sambutan hangat oleh rakyat Malaysia.

Pada tahun 2005, buku ini mendapat ‘meletup’ dengan hebatnya dan sudah pasti seiringan dengan itu nama Irfan Khairi juga naik sama. Malah sehingga sekarang pun buku beliau tetap mendapat sambutan.

Jadi apabila ada nama, sudah pasti orang akan mencari. Melalui internet, sudah pasti salah satunya adalah blog beliau.

5. Newsletter

Trafik yang masuk ke blog beliau tidak dibiarkan begitu sahaja. Jadi teknik newsletter digunakan di mana emel pengunjung diminta agar mereka dapat dihubungi pada bila-bila masa melalui emel.

Di dalam emel, link ke blog sudah pasti akan diletak. Namun hanya dengan emel itu sahaja sudah memadai untuk terus menyematkan nama beliau di kotak fikiran prospek.

Kesimpulan

Tidak salah kalau saya katakan, trafik ke blog Irfan Khairi bukan 100% daripada usaha promosi melalui Internet. Tapi, beliau bijak mengaplikasikan segala medium offline mahupun online untuk menarik pengguna internet melayari blog beliau.

Di blog, beliau akan menunjukkan kepakarannya dalam bidang motivasi dan perniagaan. Lantas, apa sahaja produk yang dikeluarkan, sudah pasti hasilnya sudah ada di dalam tangan kerana beliau telah mempunyai prospek dan audiens tersendiri yang meyakini beliau.

Apa yang dapat saya simpulkan adalah, pengguna internet di Malaysia ini sudah mencecah jutaan termasuk pengguna dial up. Cuma sahaja kita perlu mempromosikan blog dengan pelbagai cara yang ada sama ada offline mahupun online.

“Creating Buzz”

Apa yang saya maksudkan dengan istilah ini adalah, salah satu faktor terbesar blog Irfan Khairi mempunyai ramai pengunjung adalah kerana wujudnya “Buzz”.

Contoh termudah “Buzz” adalah cakap-cakap orang. Pada mula-mula beliau muncul pada tahun 2005, boleh dikatakan kalau orang bercakap mengenai perniagaan Internet, nama Irfan Khairi pasti disebut.

Inilah kehebatan “Buzz”. Ia memberikan kuasa getaran yang hebat untuk menghasilkan sesuatu yang menguntungkan. Tetapi, untuk mencipta buzz bukanlah semudah disangka.

Irfan Khairi pandai mengambil peluang yang ada. Beliau menampilkan dirinya dengan bukunya dan membongkar mengenai perniagaan internet yang selama ini tidak begitu diminati oleh rakyat Malaysia.

Walaupun beliau bukan orang pertama jutawan Internet di Malaysia, namun peluang sudah digarapnya dengan baik dan buzz sudah tercipta. Maka jutawan Internet lain tenggelam tanpa dipedulikan oleh orang lain.

Nah, inilah kehebatan buzz. Sukar saya mahu perjelaskan. Harap-harap anda fahamlah apa yang saya cuba maksudkan. Mudah ceritanya, “satu perkara semua orang bercerita”. Nama Irfan Khairi di mana sahaja.

Mencipta Buzz ini bukan satu teknik baru. Malah kebanyakan blogger yang terkenal menggunakan teknik ini. Mereka bukanlah promosi sangat pun blog mereka. Tapi dengan buzz yang kena tunenya (tepat pada masa, keadaan, cara), hasil yang diperolehi adalah trafik/pelawat blog yang melimpah ruah.

Bagi kes Irfan Khairi, buzz berlaku terhadap beliau bukan sahaja di Offline, malah di Online juga. Maka tak disangkalkanlah beliau mempunyai trafik yang melimpah luah tak habis-habis berkunjung ke laman web atau blog beliau.

Anda tanyalah mana-mana pakar perniagaan, teknik Buzz ini adalah salah satu strategi perniagaan. Bagi saya amat mudah, kalau tak ramai yang tahu perniagaan anda, maka salah satu sebabnya tiada “kuasa buzz” yang anda usahakan.

Wujudkan Sistem Aliran Trafik

Bagi saya, untuk memastikan pelawat akan datang semula ke blog kita, satu aliran ’sistem’ perlu diwujudkan. Contohnya:

  1. Sarankan pelawat subscribe Email Newsletter (atau Email RSS)
  2. Promosikan blog secara Online mahupun Offline. Link link link link. Letak link blog di mana-mana sahaja. Jangan SPAM sudahlah ya. Tak baik! Contohi Irfan Khairi. Di mana sahaja dia pasti letak atau sebut URL blog dia, IrfanKhairi.com. Anda juga mesti begitu!
  3. Dalam selang masa tertentu, hubungi subscribers melalui emel.
  4. Promosikan produk/servis
  5. Ulang proses 1 – 4 secara konsisten. Step 1 perlu buat kerja sekali sahaja seperti letak opt-in form di sidebar blog.

Akhir kata, apa yang saya tulis ini adalah cakap-cakap depan. Satu promosi percuma untuk blog beliau. Oh! :D 1

Anda pula bagaimana? Tiada blog sendiri? Usah gulana. Pakej Kit Blogger kan ada. ;)

ps. Nak baca artikel mengenai Perniagaan Internet? Klik di sini. Saya jamin anda berpuas hati dengan artikel-artikel yang ditulis.

Teknik Mendapatkan Pelawat Ke Blog

Saya ada tulis satu tip mudah mengenai cara mendapatkan trafik ke blog anda.

Sila klik link di bawah untuk membaca artikel tersebut:

Teknik Mudah Tarik Trafik Ke Blog.

RSS Subscription


Masukkan Emel Anda Untuk Dapatkan Artikel Terkini Blog Ini Terus Ke Emel Anda:

Delivered by FeedBurner


PhotoStream

  • gambar singapore sebelah malam dari stulang laut
  • gambar singapore sebelah malam dari stulang laut
  • SmartZuL, Syazwan SS, Jimie dan Sabri SS
  • Bersama Sabri SaifulSham
  • Bersama Shuth WCyber
  • Osman Affan

Komen Semasa

Sponsors

Iklan