“Panduan Mudah Untuk Blogger”
2 Feb
Ramai yang sudah tidak sabar menanti kehadiran versi kemaskini atau re-launch kit blogger 1. Pertama sekali saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas sambutan dan keinginan itu. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menyiapkan versi kemaskini ini secepat mungkin. Untuk pengetahuan anda, ebook yang berkaitan dengan ‘teknologi’ sebegini perlu mengikut perkembangan semasa teknologi tersebut.
Dalam 10 hari yang lepas, wordpress.org telah mengumumkan versi terbaru wordpress iaitu versi 2.1 Ella. Ini menyebabkan, saya terpaksa bertungkus lumus mengemaskini ebook ini dan dateline pelancaran ebook ini perlu ditambah lagi.
InsyaAllah, saya cuba untuk mempercepatkan ebook ini agar lebih ramai orang dapat tahu membina blog sendiri.
Ada orang salah faham akan ebook saya ini: “Panduan free kan ada..”.
Jawapannya SALAH SAMA-SEKALI. Ebook saya ada ciri-ciri keunikan yang TIDAK ADA pada ebook percuma yang lain. Nak tahu, anda kena dapatkannya lah..
Wassalam.
PS. Utamakan blog dot com anda sendiri daripada blog percuma JIKA anda serius dalam ebiz..