“Panduan Mudah Untuk Blogger”
21 Mar
Saya ada menulis satu artikel ringkas mengenai versi Wordpress 2.5 yang akan dilancarkan dalam masa terdekat ini.
Anda boleh ke sini:
Wordpress 2.5: Apa Pendapat Anda?
*Jika anda mahu belajar upgrade blog Wordpress anda kepada versi yang lebih terkini, anda boleh dapatkan video panduan di sini.
4 Sep
Kepada anda yang sudah mencuba Wordpress versi 2.3 Beta 1, hari ini telah dikeluarkan versi 2.3 Beta 2. Anda hanya digalakkan untuk mencuba sahaja dan JANGAN sesekali gunakan versi ini untuk blog sebenar anda.
Untuk makluman, setiap hari Isnin (hari Selasa di sini), Team Wordpress akan keluarkan siri Beta 1, 2, 3 dan seterusnya sehinggalah sebelum tiba 24 September ini.
Mungkin satu ilmu bagi anda, mereka melakukan sebegitu agar semua pengguna Wordpress yang menguji versi Beta boleh memberikan pandangan sebelum versi Release dikeluarkan.
Inilah sistem Open Source, komunitinya adalah dari seluruh dunia, bekerjasama.
Maklumat lanjut, sila ke sini:
http://wordpress.org/development/2007/09/wordpress-23-beta-2/
ps. Tak sabar menunggu versi 2.3. ![]()